Wednesday, May 11, 2022

KENYATAAN RASMI | MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM KPIPM FASA 2


KENYATAAN RASMI | MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM KPIPM FASA 2
Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2021/2022

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Firman Allah SWT :

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًا. وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُۥٓ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمْرِهِۦ ۚ قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍ قَدْرًا

Maksudnya: "Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)-nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Q.S. At-Thalaq: 2-3)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Taala kerana telah mengizinkan untuk kita sama–sama berada dalam nikmat Iman dan Islam yang tidak semua dapat merasainya. Bahkan, nikmat kita berada dalam kesatuan Keluarga Pelajar–pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) juga perlu disyukuri. Kesatuan ialah apabila kita dapat menggerakkan sesuatu perkara kebaikan dalam segala aspek demi memenuhi kemaslahatan bersama.

Sedia Maklum, pihak Universiti al–Azhar telah mengumumkan tarikh bagi pelaksanaan bagi fasa 2 secara rasmi. Oleh itu, KPIPM telah memutuskan bahawa penangguhan semua program di peringkat KPIPM bermula pada 10 Mei 2022 melainkan program yang berbentuk ilmiah, motivasi dan tarbiah.

Hal ini untuk memberi peluang dan ruang kepada semua mahasiswa/wi untuk membuat persediaan yang baik dan rapi bagi menghadapi peperiksaan yang akan datang. Bertepatan dengan ayat al-Quran dalam surah at-Thalaq, Allah Taala meyeru kepada makhluknya untuk sentiasa bertawakal kepadaNya dalam masa yang sama mengembleng usaha dan tenaga untuk mencapai sesuatu perkara dengan bertungkus lumus serta berusaha sebaik mungkin mengulangkaji pelajaran, menghadiri kelas tutorial, study group bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaaan.

Selain itu, peringkat kami amat mengharapkan agar kita sama–sama menyandarkan segala usaha dan keringat kita kepada Allah SWT supaya segala tindakan dan gerak geri kita dipandu dan tidak terburu–buru. Memperbanyakkan doa dan saling mendoakan antara satu sama lain merupakan perkara yang perlu diamalkan oleh semua peringkat. Dalam pada itu, pihak KPIPM juga mengharapkan agar semua anak Perak dapat menjaga kesihatan dan keselamatan sepanjang tempoh menghadapi ujian peperiksaan yang akan datang.

Akhir sekali, marilah sama-sama kita berdoa dan bermunajat kepada Allah yang Maha Esa agar segala usaha amal yang kita lakukan diterima oleh Allah dan sebagai saham kita di negeri abadi kelak. Doakan juga ilmu dan kejayaan yang diperoleh bukan sahaja untuk diri sendiri, akan tetapi perkara tersebut perlu disebarkan dan memberi manfaat pada orang lain, jika tidak perkara tersebut akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada hari perhitungan nanti. Moga kita bersama direzekikan memperoleh kejayaan dan menjadi wasilah bertambahnya ketakwaan kita kepada Allah SWT.

Meor Amin Nurrasyid bin Meor Azhar
Yang Dipertua
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2021/2022

#KPIPMKeluargaKita
#KeluargaKitaKitaJaga
#BersamaBersatuJayakanUsulYDP
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
“MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN’’

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...