[PEMAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA 1]
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat
( Surah Al-Mujadilah : ayat 11 )
Alhamulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kepada kita nikmat Iman dan Islam serta menjadikan kita sentiasa dalam naungan-Nya. Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) adalah salah satu kesatuan yang telah dibina sekian lama yang berperanan mempersiapkan mahasiswa-mahasiswa Islam yang bersifat siap saga dalam menghadapi tanggungjawab di Malaysia kelak termasuk dalam aspek pendidikan.
Sedia maklum, peringkat pengajian Al-Azhar sesi 2017/2018 akan menghampiri satu fatrah peperiksaan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Mahasiswa/wi juga dalam proses bertungkus lumus dan berusaha menghadiri kuliah, mengulangkaji pelajaran, menghadiri kelas tutorial dan sebagainya bagi memperoleh kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan.
Sehubungan dengan itu, KPIPM telah memutuskan tarikh 6 Disember 2017 sebagai tarikh penangguhan bagi semua aktiviti dan program di peringkat KPIPM dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, motivasi dan tarbiah. Hal ini bagi memberi peluang kepada seluruh anak Perak di Mesir melakukan persiapan dan persediaan dalam menghadapi peperiksaan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Disamping itu, peringkat Kami berharap agar mahasiswa/wi sentiasa menguatkan hubungan dengan Allah S.W.T dan memperbanyakkan doa yang menjadi kunci-kunci kejayaan bagi seorang individu muslim. Peringkat Kami juga berharap anak-anak Perak dapat menjaga kesihatan dan keselamatan sepanjang tempoh menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.
Tuntasnya, Kami mendoakan seluruh anak Perak meraih kejayaan yang cemerlang serta dapat memanfaatkan ilmu yang dimiliki kepada masyarakat. Semoga kejayaan yang diperoleh menjadikan kita bertambah ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Siiru ala barakatillah
“Memurnikan pemikiran, Melestarikan kesatuan”
Mohamad Bukhari Ridha bin Mohd Bakri
Yang Dipertua
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir
Sesi 2017/2018
No comments:
Post a Comment