Skip to main content

MSP'17 - Refleksi Bersama Ahli

LAPORAN PROGRAM MUHASABAH SEPARUH PENGGAL (MSP ‘17)

KAHERAH – Jabatan Setiausaha Agung Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2016/2017 telah menganjurkan program yang dinamakan Muhasabah Separuh Penggal (MSP ‘17). MSP’17 kali ini telah berlangsung dengan jayanya pada tarikh 16 Mac 2017 bertempat di Dewan Syeikh Idris al-Marbawi, Baitul Ridzuan. Program yang bertemakan “ Refleksi Memacu Resolusi ” ini melibatkan seluruh ahli KPIPM selari dengan objektif yang digariskan pada kali ini iaitu meribat ukhuwah antara pimpinan dan ahli, melahirkan ahli yang memahami dan menghayati konsep amal islam serta menilai dan memperbaiki perjalanan pentadbiran KPIPM bagi tempoh separuh penggal.

     MSP’17 bermula jam 7.30 malam pada hari Khamis, 16 Mac 2017 bersamaan 17 Jamadil Akhir 1438H di Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi. Program ini dipengerusikan oleh saudara Mohamad Bukhari Ridha bin Mohd Bakri selaku Setiausaha Agung Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2016/2017. Majlis diteruskan dengan pembentangan laporan aktiviti bagi setiap jabatan dan biro. Kemudian, diteruskan lagi dengan slot muhasabah dan cadangan daripada ahli KPIPM. Seterusnya, program MSP’17 diteruskan dengan ucapan penggulungan oleh wakil Badan Penasihat KPIPM sesi 2016/2017, saudara Husaini bin Mohamed Hussain.

     Setelah itu diadakan penyerahan wang ithar kali pertama. Bagi peringkat ikhwah penyerahan disampaikan oleh saudara Khairul Naim bin Abdul Razak, Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak sesi 2016/2017 dan diiringi oleh Pengerusi Lembaga Tabung Ithar, saudara Muhammad Hanif bin Abdullah manakala bagi peringkat akhawat disampaikan oleh saudari Nurul Izzaty binti Osman, Ketua HEWI KPIPM sesi 2016/2017 dan diiringi oleh saudari Syariza binti Ayub, Timbalan Pengerusi Lembaga Tabung Ithar. Kemudian, diteruskan lagi dengan bacaan doa rabitah daripada wakil AJKT, saudara Muhammad Nurul Ihsan bin Mohd Husin selaku Ketua Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2016/2017.

     Majlis berakhir sekitar jam 11.30 malam dengan sedikit jamuan ringan.Diharapkan agar program ini dapat meningkatkan lagi mutu gerak kerja seluruh pimpinan dan ahli KPIPM pada sesi kali ini. Semoga Allah memelihara ukhuwah kita bersama di dalam keluarga besar ini dan moga-moga ikatan ukhuwah ini terus kukuh dan dirahmati Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.

“Refleksi Memacu Resolusi”

BERILMU,BERAMAL,IKHLAS
“MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN”

Disediakan oleh :
Setiausaha Muhasabah Separuh Penggal 2017 (MSP'17) KPIPM sesi 2016/2017

Comments

Popular posts from this blog

Kaifiat Solat Sunat Hifzi Dan Doa Kuat Hafalan

SOLAT SUNAT HIFZI Disunatkan bagi mereka yang ingin menguatkan hafalan mereka, terutama yang menghafal al-Quran (golongan huffaz), agar mengerjakan Solat sunat Taqwiyatul Hifzi.    Kaedahnya : 1. Mengerjakan solat ini empat rakaat, dengan dua kali tahiyat akhir. 2. Mengerjakan pada malam Jumaat, sebaik-baiknya pada sepertiga malam. 3. Mengerjakannya 3, 5 atau 7 malam Jumaat secara berturut-turut. 4. Membaca pada rakaat pertama : SURAH YAASIN. 5. Membaca pada rakaat kedua : SURAH AD-DUKHAN. 6. Membaca pada rakaat ketiga : SURAH AS-SAJADAH. 7. Membaca pada rakaat keempat : SURAH AL-MULK. 8. Setelah selesai solat, bacalah doa tersebut.          Doa Kuat Hafalan اللَّـهُـمَّ   إنـِّـي  أَسْــأَلـُكَ  بِـأَنِـّي  أَشْــهَـدُ  أَنـَّكَ  أَنـْتَ  الله ُ  الأَحَــدُ  الـصَّـمَـدُ،  الّـذِيْ  لَـمْ  يَـلِـدْ،  وَلَـمْ يُـوْلَـدْ،  وَلَـمْ  يَـكُـنْ  لَـهُ  كُـفُـوًا  أَحَــدٌ. الَّلـهُـمَّ  صَـلِّ  وَسَـلِّـمْ  عَـلَى  سَــيِّـدِنَـا مُـحَــمَّـدٍ  وَعَـلَ

Gambar : Hasil Pertandingan Sepanduk Sempena Maulidur Rasul 1433H

Konsep Kebajikan Di Dalam Islam

    I slam amat menitik beratkan konsep kebajikan dalam menghayati cara hidup yang sebenar dan sempurna berkait rapat dengan kehidupan bermasyarakat, iaitu konsep tanggungjawab sosial sesama manusia yang mana sikap mengambil berat diantara satu sama lain sebagaimana hadith Rasulullah .S.A.W yang bermaksud:  “Sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan orang muslimin maka bukanlah dia dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah”  (Riwayat at-Tabarani)