Sunday, November 5, 2017

100 TAHUN DEKLARASI BALFOUR

"DEKLARASI BALFOUR"

GENAP 100 TAHUN PROJEK PENJAJAHAN BUMI PALESTIN

Deklarasi Balfour telah diisytiharkan pada tahun 1917. Maka, genaplah 100 tahun peristiwa yang merupakan permulaan kepada tragedi
penghalauan dan penyingkiran berjuta-juta rakyat Palestin.

Pengisytiharan Balfour adalah pernyataan dalam bentuk surat yang ditulis pada 2 November 1917 oleh Setiausaha Luar Inggeris bernama Arthur Balfour kepada Lord Rothschild.

•Isi Kandungan Deklarasi.

Kementerian Luar Negara,
2 November 1917,

"Yang Terhormat Lord Rothschild,

Saya sangat bahagia mewakili pemerintah (British) untuk menyampaikan rasa simpati terhadap cita-cita Yahudi Zionis. Aspirasi ini telah dikemukakan kepada kabinet dan dipersetujui.

Bahawa pemerintah (British) memberi perhatian dengan penuh simpati untuk mendirikan tanah air nasional bagi Yahudi di Palestin. Pemerintah (British) akan berusaha sehabis baik demi merealisasikan cita-cita ini. Namun perlu dijelaskan bahawa tiada sebarang tindakan prejudis ke atas golongan selain Yahudi yang sedia ada di Palestin. Begitu juga tidak melibatkan hak dan status politik bagi Yahudi yang berada di negara-negara lain.

Saya amat berterima kasih jika tuan memaklumkan kenyataan ini kepada gerakan Zionis."

Arthur Balfour.

Deklarasi ini memberi banyak impak hingga ke hari ini kerana mendorong sokongan kepada penubuhan tanah air Yahudi, yang membawa kepada penubuhan mandat Palestin, yang kemudiannya menjadi Israel dan Wilayah Palestin. Deklarasi ini juga berkonflik dengan janji British dan sharif Mekah yang membantunya mengalahkan Uthmaniyyah dalam surat menyurat McMohen-Hussein.

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

Disediakan oleh :
Unit Penerangan & Penerbitan KPIPM sesi 2017/2018

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...