Monday, August 27, 2012

Kenyataan Rasmi Berkenaan Isu BKPJM



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kesempatan untuk sama-sama kita terus menghirup udara di muka bumi Allah S.W.T .

Perjuangan menegakkan agama Allah SWT adalah satu tugas yang mencabar, memerlukan kepada kesabaran. Pengorbanan pula adalah sangat-sangat dituntut. Dan perjuangannya penuh dengan mehnah dan tribulasi.

Maka Islam telah menetapkan jiwa-jiwa yang berjuang di dalam perjuangan yang penuh suci ini, akan diganjari pahala dan syurga yang berlipat kali ganda malah akan kekal untuk selama-lamanya.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Baru-baru ini, sekali lagi terdapat cubaan tangan-tangan kotor yang cuba untuk merosak dan merobek kesatuan yang telah terbina selama ini.

Kali ini, tangan-tangan ini cuba menguji keutuhan kesatuan Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Di Mesir.

Sejak kedatangan 2 pegawai HEP Johor ke Mesir pada 2011, bermulalah bibit-bibit penafian hak terhadap anak-anak Johor di Mesir, khususnya kepada BKPJM.

Persoalan mula timbul apabila tujuan asal penghantaran pegawai tersebut adalah untuk menjaga kebajikan dan pendidikan mahasiswa/wi Johor.

Namun, malang sekali kedatangan tersebut bukanlah bagi melahirkan mahasiswa/wi yang cemerlang dari semua aspek, malah ianya menjadi penghalang kepada usaha-usaha mendidik dan membentuk jatidiri mahasiswa/wi yang sebenar.

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ


Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (Al-Hujurat: 10)

Daripada firman Allah S.W.T ini, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir terpanggil di dalam isu yang melibatkan Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Di Mesir ini. Tambahan pula KPIPM adalah PMRAM Cawangan Zon C bersama-sama dengan BKPJM.


Saya selaku Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2011/2012 melahirkan perasaan dukacita di atas tindakan yang dilakukan oleh tangan-tangan kotor ini.

Diharapkan laungan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” bukanlah satu laungan retorik semata-mata.

Didoakan agar seluruh pembantu agama Allah S.W.T akan diberikan pertolongan olehNya iaitu redha Allah S.W.T. Sesungguhnya Islam itu tinggi dan tiada lebih darinya (Islam).



BERILMU, BERAMAL, IKHLAS

MOHAMMAD OMAR BIN ADAM
Yang DiPertua
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2011/2012

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...