Sunday, August 5, 2012

Fahami Fiqh Syura




Salam Ramadhan buat sahabat-sahabat yang dikasihi. Sedar atau tidak, kita telah pun berada di pertengahan Ramadhan, moga sama-sama kita melipat gandakan amalan kita bagi mencari lailatul qadar yang dirindui oleh setiap abid pada setiap zaman dan ketika tibanya bulan mulia ini.

Mewujudkan Biah Solehah atau persekitaran yang baik adalah suatu yang wajib. Ia termasuk dalam amar makruf dan nahi mungkar. Bahkan menjalankan tugas amar makruf dan nahi mungkar itu adalah untuk mewujudkan Biah Solehah.

Tak kira di mana sekalipun sama ada di rumah, sekolah, universiti, tempat kerja dan di mana sahaja, di dalam bangunan atau di luar bangunan, dalam suatu kawasan atau luar kawasan, wajiblah kita mewujudkan Biah Solehah.

Amat tidak patut apabila satu pihak yang berusaha untuk mewujudkan Biah Solehah dan pada masa yang sama ada pihak yang lain yang meruntuhkan Biah Solehah yang hendak dibina. Tetapi, itulah realiti dan hakikat yang berlaku dalam kehidupan kita seharian. Begitulah pentingnya mewujudkan Biah Solehah difahami dan dipikul oleh semua pihak.

Apalah gunanya pada waktu pagi kita mencanangkan pelbagai dasar, program dan aktiviti yang positif untuk dilaksanakan demi pembangunan dan kemajuan agama, negara dan bangsa tetapi pada waktu petang dan malam kita juga yang membenarkan dan menyediakan pelbagai dasar, program dan aktiviti berbentuk negatif yang boleh meruntuhkan dan merobohkan segala kebaikan yang terbina.

Baru-baru ini, kita telah mendapati bahawa telah berlaku pencabulan ke atas hak bersuara anak-anak Perak iaitu usul Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke 44 yang telah diputuskan. Usul yang berbunyi “ Membenarkan penggunaan komputer di Wisma Darul Ridzuan dengan syarat tertentu manakala penggunaan internet  hanya di tempat yang dikhususkan”.

Bukanlah isu penggunan internet itu halal atau haram, boleh atau tidak. Tetapi kita melihat kepada usul Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 44 yang telah disepakati umum.
Kita seharusnya menghormati suara majoriti ahli yang telah disepakati.

Secara ilmiahnya, kita perlu juga memahami Fiqh Syura yang mana, apabila telah diputuskan dan telah disepakati sesuatu perbincangan itu dan menemui kata putus, maka perkara yang baru atau hal-hal mendatang, mestilah mendapat persetujuan mesyuarat dahulu. Hatta pemimpin negara sekalipun perlu melalui proses ini. Jika tidak, kepimpinan tersebut boleh digelarkan diktator atau kuku besi.

Sensitiviti perlu ada pada setiap yang bernama muslim mukmin. Janganlah hanya mementingkan diri tanpa memikirkan suara sahabat sahabat kita. Moga nukilan ini dapat membuka sedikit minda sahabat-sahabat di bulan yang mulia ini. 


Disediakan oleh :
Saudara Muhamad Amin Yahya
Setiausaha Badan Hisbah
KPIPM sesi 2011/2012



No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...