Friday, June 8, 2012

Ekonomi Islam Membina Negara Bertamadun



Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada beberapa aspek penting. Antaranya ialah aspek kebajikan, sosial, pendidikan dan juga ekonomi. Ekonomi yang stabil dapat dilihat dari segi kecekapan sistem pentadbiran negara tersebut. Bagi mencapai kestabilan tersebut, sistem yang baik perlu dititikberatkan dan semestinya adalah ekonomi berkonsepkan Islam.

Ekonomi yang digariskan Islam adalah langkah terbaik di antara kedua-dua sistem ekstrem samaada kapitalis mahupun komunis. Ianya seimbang antara material dan juga rohani. Keberhasilan sistem ekonomi islam bergantung kepada sejauh mana penyesuaian dapat dilakukan antara kedua-dua komponen tersebut bersumberkan panduan utama iaitu al-Quran dan as-Sunnah.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 198 bermaksud :

 "Tidak menjadi satu dosa kepada kamu untuk mencari rezeki dari Tuhanmu. Maka apabila kamu bertolak dari Arafah maka sebutkanlah nama Allah SWT di Masy’arilharam, dan ingatiNya sebagaimana Dia telah memberi petunjuk kepada kamu. Dan sesungguhnya kamu sebelum ini adalah orang-orang sesat"

Dan baginda Nabi  Muhammad S.A.W di dalam hadith sahih bersabda yang bermaksud:

 "Daripada Al-Miqdam, daripada Nabi SAW: Tiada makanan bagi individu yang lebih baik daripada makanan hasil usaha sendiri, dan sesungguhnya Nabi Allah Daud a.s makan dari hasil usahanya sendiri". [Riwayat Bukhari]

Sistem ekonomi Islam berbeza dengan sistem ekonomi lain. Ia menerapkan nilai-nilai murni di samping menanam sifat takaful dalam diri. Ia lebih menekankan hak kebebasan individu dalam memiliki sesuatu barangan. Kebajikan rakyat diutamakan dan sifat sekaligus terhakisnya sifat materialistik. Dengan wujudnya nilai-nilai tersebut, maka kestabilan ekonomi akan tercapai.

Nilai-nilai tersebut selaras dengan dasar-dasar yang diketengahkan kepada umat manusia, ia bertujuan untuk membentuk negara makmur rakyat sejahtera serta seimbang sudut dunia dan akhirat. Oleh demikian, nilai-nilai  tersebut perlu ditanam dalam diri masyarakat masa dewasa kini agar solusi ini dapat diperoleh.

Realitinya pada zaman moden ini, negara-negara barat terutamanya Amerika Syarikat berusaha untuk menjajah Timur Tengah dari pelbagai aspek termasuk aspek ekonomi. Malahan, Israel dijadikan sekutu oleh Amerika Syarikat dalam menguasai rantau Timur Tengah yang dianggap sebagai pusat dunia. Sumber petroleum dan bahan galian  di negara-negara Islam terus menjadi sasaran utama mereka sehingga sanggup mereka menumpahkan darah-darah yang tidak berdosa.

Jika disoroti sejarah kegemilangan Islam, begitu banyak  tokoh ekonomi Islam yang cemerlang perniagaan atau ekonominya dengan acuan Islam, seperti  Abdul Rahman Bin A’uf, Ibnu Khaldun dan lain-lain. Mereka memberikan sumbangan besar dengan turut menyebarkan  risalah dakwah melalui aspek ekonomi yang dijalankan. Sistem ekonomi Islam yang ditunjukkan oleh tokoh-tokoh lampau sewajarnya menjadi contoh dan rujukan sehingga ke hari ini. Islam tidak pernah mengetepikan aspek ekonomi malah menggalakkan umatnya untuk bersungguh-sungguh dalam bidang yang diceburi.

Ironinya, untuk merealisasikan solusi ini, semua pihak perlu  mengambil inisiatif dan bersedia untuk melibatkan diri dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang ekonomi Islam. Kekuatan sesebuah negara yang mempunyai pentadbiran cekap dan luar biasa disandarkan dengan  aspek ekonomi yang kukuh.

Bertepatan dengan sub topik Ucapan Dasar Ucapan Presiden PMRAM 2012 "Ekonomi dan Kebajikan Tunjang Kekuatan Organisasi", ayuhlah kita sama-sama berganding bahu dalam menjayakan tema baru ini dengan merancakkan lagi penggunaan produk-produk umat Islam. Sewajarnya kita mengembleng tenaga ke arah membina sistem ekonomi Islam yang kukuh di muka bumi Allah ini.

"Ekonomi dan Kebajikan Tunjang Kekuatan Organisasi"
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Ahmad Bin Ja’afar
Ketua Badan Ekonomi,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012

Sumber : pmram.org

1 comment:

  1. kesaksian nyata dan kabar baik !!!

    Nama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyarataan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan

    Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar

    Anda tidak perlu membayar biayaa pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda

    untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mahammadismali234@gmail.comdan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com

    ReplyDelete

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...