Friday, June 8, 2012

Ehya' Jumaat : Manfaat Masa Sebaiknya



KAHERAH, 8 JUN-  Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir(KPIPM) sekali lagi dengan jayanya telah mengadakan program Ehya’ Jumaah  dibawah kelolaan Biro Dakwah Dan Tarbiah KPIPM yang merupakan program mingguan yang masih dikekalkan sejak bertahun lamanya.

Program yang bermatlamatkan kepada pentarbiahan di samping merapatkan ukhuwah dalam kalangan mahasisiwa anak perak yang menuntut di bumi Mesir ini juga merupakan salah satu medan untuk membentuk sebuah generasi yang berketerampilan dengan pentaklifan yang diberikan pada setiap minggu.

Selesai solat maghrib berjemaah , bertempat di Wisma Darul Ridzuan A program Ehya’ Jumaah telah  dimulakan dengan alunan qasidah. Seterusnya majlis yang dipengerusikan oleh saudara Mohamad Adil bin Mohamad Fadzil merangkap Ketua Biro Dakwah Dan Tarbiah 2011/2012 telah diserahkan kepada saudara Muhammad Fadzil Bin Abdul Rahim mahasiswa markaz bahasa Universiti Al-Azhar Kaherah yang  ditaklifkan untuk mengetuai bacaan yasin secara beramai-ramai.

Selesai bacaan yasin, majlis pada malam itu diteruskan lagi dengan santapan rohani melalui tazkirah yang disampaikan oleh saudari Zahidah Binti Abdul Wafir mahasiswi tahun 4 Kuliah Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar Kaherah  sebagai peringatan kepada semua hadirin. Memetik dari surah Al-Asr beliau telah berpesan mengenai kepentingan dalam menguruskan masa dalam kehiduan seharian lebih-lebih lagi di musim Imtihan ini.

Di samping itu,  beliau  juga mengingatkan kepada semua hadirin supaya sentiasa mengambil cakna mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan maruah agama Islam yang perlu dipertahankan.

Selasai solat Isyak dan solat hajat berjemaah Program Ehya’ Jumaah ditangguhkan dengan semua hadirin saling bersalam- salaman.

Pada keesokan paginya pula bertempat di Darul Ridzuan A, program Ehya’ Jumaah diteruskan dengan solat Subuh berjemaah serta pengisian tazkirah subuh yang disampaikan oleh saudara Mohd Amir Rasyid Bin Abdul Hamid mahasiswa tahun 2 Usuluddin Universiti Al-Azhar Kaherah. Manakala bertempat di Wisma Darul Ridzuan B pengisian tazkirah subuh telah disampaikan oleh saudara Muhammad Arif Bin Mat Isa penuntut kuliah Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar Kaherah. Program Ehya’Jumaah pada minggu ini telah ditangguhkan dengan bacaan surah Al-Waqiah secara beramai-ramai.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...