Friday, November 11, 2011

Alfatihah buat Allahyarham Fareez Izhar bin Zainuddin yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi

Kejadian bermula apabila arwah bangun untuk berqiamullail sekitar jam 3 pagi.  Tiba-tiba arwah terus jatuh pengsan di hadapan sahabat sebiliknya. Melihatkan keadaan tersebut, arwah terus dibawa ke hospital di Ismailiyah dan meniggal dunia ketika dalam perjalanan ke sana sekitar jam 3.30 pagi.

Arwah merupakan mahasiswa tahun empat, kuliah Syariah Islamiah, kaherah dan telah menjadi salah seorang ahli  jawatankuasa program kepimpinan PMRAM yang diadakan di Ismailiyah selama 3 hari bermula 8 November yang lalu.

Sehingga kini, arwah masih berada di Hospital Ismailiyah.

Segala maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui facebook Pmram Cawangan Perak dan http://kpipm64.blogspot.com/

1 comment:

LAPORAN | PROGRAM TARBIAH RAMADAN DAN KEAGUNGAN SYAWAL 2024 (FARHAH ‘24)

LAPORAN | PROGRAM TARBIAH  RAMADAN DAN KEAGUNGAN SYAWAL 2024 (FARHAH ‘24) Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2023/2024 KAHERAH ...