Tuesday, October 18, 2011

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Di Al-Azhar Conference Center


KAHERAH, 18 Okt - Perkara yang paling bermakna bagi seorang mahasiswa apabila memperolehi kejayaan setelah sekian lama berusaha dengan kesungguhan mencapai kecemerlangan.

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) begitu optimis dalam meraikan kejayaan mahasiswa dan mahasiswi yang telah berjaya melakar kecemerlangan dalam peperiksaan yang lalu.

Ini membuktikan PMRAM mengambil cakna dan prihatin dalam meningkatkan kualiti akademik mahasiswa dan mahasiswi Islam dan memberi penghormatan kepada mereka yang berjaya.

Penganjuran Majlis Apresiasi Kecemerlangan adalah sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang bakal menjadi ikon Al-Azhar, sekaligus membawa imej Azhari dimata dunia.

PMRAM juga turut meraikan mahasiswa dan mahasiswi cemerlang dikalangan pelajar tahun satu hingga tahun tiga daripada setiap kuliah dan syukbah.

Al-Azhar Confrence Center kali ini dipilih sebagai lokasi untuk menjayakan program ini dan program ini akan meraikan graduan Al-Azhar daripada tahun 2009 sehingga 2011, Master Al-Azhar dan Darul Ifta'  yang bakal berlangsung pada 2 November ini.

" Pendaftaran masih dibuka sehingga 24 Oktober ini , diharapkan kepada semua graduan dan mahasiswa cemerlang tidak melepaskan peluang keemasan ini dan bakal menjadi kenangan terindah dalam bergelar mahasiswa " ujar saudara Firdauz bin Noh selaku pemantau Majlis Apresiasi Kecemerlangan merangkap Setiausaha Agung PMRAM 2011.

Sumber: pmram.org

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...