Wednesday, October 19, 2011

Gerak Gempur Biah Solehah




Segala puji dan syukur dipanjatkan buat Allah SWT, Tuhan yang memiliki sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Doa dihulurkan buat para pejuang Islam, serta seluruh ummat Islam, semoga berada di bawah rahmat dan inayahNya.

          Tugas menyeru ke arah Islam tidak pernah berhenti . Usaha dakwah perlu diperhebat dari masa ke semasa supaya ianya sentiasa segar dan berpijak di bumi yang nyata. Sesungguhnya amalan yang amat mulia adalah beramal soleh, saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran, itulah golongan yang beruntung sekaligus menyelamatkan dari golongan yang rugi seperti yang difirmankan Allah.

         Pembentukan syakhsiah ummah kini terlalu menyedihkan. Dewasa ini, kita sering dikhabarkan oleh media pelbagai gejala sosial yang meruntun jiwa seorang muslim. Masalah zina, pengguguran bayi, bunuh diri, penghinaan hukum-hakam agama, budaya samseng dan pelbagai lagi. Lebih menyedihkan, perlakuan tidak bermoral ini kebanyakannya `dijuarai` oleh golongan remaja Islam! Sampai bilakah masalah ini akan terus membiak dan membarah?

Nilai pegangan agama masyarakat kini sudah pudar disebabkan suasana kehidupan sekarang yang begitu terkesan dari Negara barat yang mengamalkan kehidupan sosial.Prinsip yang ada  didalam agama tidak dihayati dan dijadikan pedoman hidup  yang kurang sihat ini. Oeh itu kita haruslah membentuk persekitaran kita yang menepati syarak. Jadilah pembentuk persekitaran sendiri dan janganlah kita dibentuk oleh persekitaran orang lain.

   Untuk merealisasikan hasrat ini,Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM, dibawah Unit Bi’ah Solehah akan mengadakan Gerak Gempur Bi’ah Solehah.Antara objektif yang ditekankan adalah :

1. Memperkasa dan memperhebatkan solat berjemaah dan qiamullail.
2. Membanteras hubungan yang tidak syar’ie.
3. Memanfatkan penggunaan media elektronik.
4. Menjalinkan ukhuwah Islamiah diantara satu sama lain.
5. Membentuk akhlak Islamiah dalam kalangan mahasiswa al-Azhar.

   Pembawakan Biro Dakwah dan Tarbiah yang bertemakan “Akhlak Al-Quran Pencetus Bi’ah Solehah Masa Depan” pada sesi ini diharapkan mampu memberi kesan sedikit sebanyak kepada ahli KPIPM.

        Akhirnya, semoga segala gerak kerja Unit Biah Solehah dipermudahkan. Kerjasama dan bantuan dari semua pihak amat diharapkan. Seperti yang digariskan oleh Dr Yusuf Al-Qardawi, kewajipan beramal  dan berdakwah dalam Islam perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Mudah-mudahan amalan kita diterima disisi Allah ta`ala.

“Akhlak Al-Quran Pencetus Bi’ah Solehah Masa Depan”

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...