Sunday, October 2, 2011

Kunjungan Hormat Kepimpinan KPIPM Sesi 2011/2012 Ke Pejabat HEP Perak, Mesir


KAHERAH -2 OKT, Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh wakil Barisan Kepimpinan AJKT dan AJK Hewi KPIPM sesi 2011/2012 ke Pejabat En. Abdul Muhaimin Bin Abd Majid, Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Perak Mesir. Kunjungan yang kali pertama diadakan pada sesi kali ini telah bermula jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam  11.30 pagi.

Ucapan alu-aluan telah dimulakan oleh Saudara Mohammad Omar Bin Adam, Yang Dipertua KPIPM sesi 2011/2012. “Pihak KPIPM mengharapkan agar kerjasama terus dijalinkan antara KPIPM dan Pegawai HEP dalam sebarang urusan demi kemaslahatan bersama anak-anak Perak di Mesir”.Ujar Saudara Mohammad Omar dalam ucapannya. 



Seterusnya beliau mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian pihak pegawai yang sudi menerima kunjungan hormat dari barisan kepimpinan KPIPM.

Terdapat perbincangan ringkas sekitar program terdekat KPIPM, permasalahan dermasiswa, dan kerjasama dalam menjayakan usul yang telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas iaitu Memperkasakan Badan Hisbah untuk meningkatkan kualiti Biah Solehah. 




Diakhir pertemuan, pihak pegawai mengucapkan sekalung tahniah di atas sebarang  perubahan yang telah dilakukan oleh KPIPM dan mengharapkan agar kunjungan seperti ini diadakan secara berkala di antara Pegawai HEP dan KPIPM.

“Saya mengharapkan agar gerak kerja kepimpinan sesi kali ini dapat dipertingkatkan lagi demi memastikan akademik, kebajikan, soft skill mahasiswa/wi Perak mencapai tahap yang membanggakan”.Ujar Encik Abdul Muhaimin sebelum mengakhiri pertemuan.


No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...