MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM DI PERINGKAT KPIPM
MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM DI PERINGKAT KPIPM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sesi pengajian fasa pertama bagi 2015/2016 kini
semakin rancak dalam tempoh persediaan menuju ke musim peperiksaan. Semua
mahasiswa/wi sedang bersiap sedia dengan setiap medium yang ada bagi
memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Sehubungan dengan itu, Keluarga Pelajar-pelajar
Islam Perak Mesir sesi 2015/2016 dengan ini memaklumkan bahawa tanggal 15 Safar
1437 H bersamaan 27 November 2015 sebagai tarikh penangguhan sebarang program
di peringkat KPIPM dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah dan
motivasi. Ini bagi memberi persediaan dan
semangat kepada mahasiswa/wi dalam menghadapi peperiksaan yang akan tiba tidak
lama lagi.
Oleh yang demikian, KPIPM mengharapkan seluruh
mahasiswa/wi dapat memanfaatkan setiap peluang yang ada dan memberikan sepenuh
perhatian dalam pelajaran. Peringkat KPIPM juga mendoakan agar semua
mahasiswa/wi meraih kejayaan dalam peperiksaan seterusnya berbakti kepada
ummah.
“BERILMU BERAMAL IKHLAS”
“MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN
KESATUAN”
Mohammad Ainuddin bin Mohd Ishak,
Yang Dipertua (Perhubungan Luar &
Unit Perangcang)
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak
Mesir sesi 2015/2016

Comments
Post a Comment