Kalimah taubat membawa makna yang
besar dalam hidup setiap insan di muka bumi ini, andai mereka benar-benar
mengetahui hakikat taubat yang sebenar-benarnya. Taubat itu merupakan satu
bentuk pengabdian yang tulus daripada seorang hamba kepada Penciptanya. Namun
ramai dalam kalangan manusia yang masih lagi leka dan alpa daripada
melaksanakannya. Andai diteliti, faktor terbesar mengapa mereka tidak mahu
melaksanakannya adalah disebabkan mereka tidak yakin bahawa Allah S.W.T akan
mengampunkan semua dosa dan kesalahan yang telah mereka lakukan. Mereka tidak
tahu atau mungkin lupa bahawa Allah S.W.T itu Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.
Firman Allah
SWT :
“Dan
orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji,atau menganiaya diri
sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka
dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka
tidak meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui.”
(Ali-Imran : 135)
Telah berkata
Habib Ali Al-Jufri :
“Dosa itu satu
musibah...Tetapi musibah yang jauh lebih besar adalah terdetik dalam hati
kamu bahawasanya dosa kamu itu lebih besar daripada keampunan Allah SWT”
Imam
Al-Junaid pernah ditanya :
Apakah yang
dimaksudkan dengan taubat??
Beliau
menjawab : “Apabila kamu melupakan dosa-dosa kamu.”
Mafhumnya:
Seseorang yang bertaubat dalam keadaan yakin dan percaya yang Allah itu
Maha Pengampun dan tidak akan mensia-siakan taubat hamba-hambaNya, maka
terlupalah dia akan dosa-dosa yang telah dilakukannya dek kerana besarnya
pengampunan Allah S.W.T.
Setiap umat Islam harus yakin dan percaya bahawa Allah itu akan
mengampunkan dosa-dosa hamba-hambanya yang bersungguh untuk bertaubat kepada
Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Tahu akan perihal hamba-hambaNya,
kerana dialah pencipta manusia, haiwan, tumbuhan, langit dan bumi beserta
isinya. Mungkin ada segelintir daripada kita yang berpendapat ada insan yang
tidak dapat menerima dan memandang hina pada dosa dan kesalahan yang kita
lakukan. Akan tetapi kita perlu ingat
bahawa Allah sentiasa memberikan ruang buat hambaNya yg benar-benar ingin
bertaubat kepadaNya.
Walaupun kamu :
~Telah meninggalkan solat sepanjang hidupmu. ~ Telah membunuh ratusan orang. ~ Telah melanggar perintah Allah dgn tidak menutup auratmu. ~ Telah mengabaikan batas-batas pergaulan yang ditetapkan oleh Allah. ~ Telah menggadaikan maruahmu. ~ Telah melakukan maksiat setiap hari,setiap ketika dan setiap waktu.
Tapi selagi mana belum sampai ke tahap sehingga mensyirikkanNya maka usahlah
kita khuatir akan hilangnya pengampunan Allah SWT. Andai terdetik dlm hati
rasa ingin bertaubat,maka segerakanlah bertaubat. Allah sedia membukakan pintu
taubatNya. Selagi mana nyawa kita belum
sampai ke hujungnya. Namun, jangan sampai kita biarkan sehingga pintu itu telah tertutup, tatkala itu tiada
guna lagi penyesalan,ctiada guna lagi tangisan mahupun esakan kerana kita telah
terlebih dahulu mendabik dada,cmenutup mata dan telinga dengan tidak
menghiraukan dan mempedulikan tawaran pengampunan daripada Allah S.W.T.
Jadi di kesempatan ini, ku menyeru semua saudara seislamku, agar kita
sama-sama bertaubat daripada dosa-dosa yang telah kita lakukan. Tidak kiralah
samada dosa mata, hati, telinga, lidah mahupun anggota tubuh yang lain, dosa
yang dilakukan dalam keadaan kita sedar mahupun tidak, dosa besar mahupun
kecil. Kita mohon supaya Allah jauhkan kita daripada mengulangi dosa-dosa
tersebut. Ini kerana kita tidak tahu adakah kita masih lagi dapat bernafas
selepas saat ini?
FIRMAN ALLAH SWT :
”Sesungguhnya hanya di sisi Allah ilmu tentang hari kiamat dan Dia yang
menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim. Dan tidak ada
seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang dikerjakan esok. Dan
tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh
Allah Maha Mengetahui Maha Mengenal.”
(Surah Luqman : 34)
Semua org tidak sempurna, setiap orang ada melakukan kesalahan, tetapi jangan
sampai dibiarkan dosa itu bertindih-tindih membentuk titik-titik hitam
yang menggelapkan hati kita, yang menjadi hijab terhalangnya hubungan
kita dengan Allah SWT. Sesungguhnya orang yang bermaksiat yang bertaubat atas
dosa-dosa yang dilakukan itu jauh lebih baik daripada mereka yang melakukan
ketaatan dalam keadaan ujub dan riak dengan dirinya sendiri.
SABDA
RASULULLAH SAW :
"Sesungguhnya
Allah tidak melihat luaran kamu, tidak juga pada tubuh badan kamu tetapi Dia
melihat pada hati dan amalan kamu."
Kita sering
mengutamakan tempat jatuhnya pandangan manusia yakni luaran dan tubuh badan
kita, tetapi kita lupa pada tempat jatuhnya pandangan Allah SWt , iaitu hati.
Nurul
Fadhillah bt. Mohd Khairi
Ketua Biro
Dakwah & Tarbiah HEWI KPIPM
Sesi 2012/2013
Memartabat
Keilmuan, Memimpin Kesatuan
Julang
Keilmuan, Jana Keizzahan
Berilmu,
Beramal Ikhlas