11 Oktober Kaherah - Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud: "Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya
mengenai kepimpinannya…”
Dalam melahirkan mahasiswa Islam yang
berkualiti, KPIPM kali ini dengan jayanya telah mengadakan Majlis Wada’ bersama
saudara Mohd Hidayat Azizan, Graduan Mahasiswa Universiti Al-Azhar Tanta,
Kuliah Syariah Islamiah.
Program yang bertempat di
Wisma Darul Ridzuan A, program telah dimulakan dengan alunan qasidah. Seterusnya
majlis yang dipengerusikan oleh saudara Mohd Fadzil Bin Abdul Rahim merangkap
Ketua Biro Dakwah Dan Tarbiah 2012/2013 telah diserahkan kepada Muhamad
Nizamuddin Bin Muhamad Sabri merangkap Ketua Biro Pelajaran Dan Ilmiah KPIPM sesi 2012/2013 bagi mengetuai bacaan
yasin.
Selesai bacaan yasin,
majlis pada malam itu diteruskan lagi dengan bacaan tahlil yang dikhususkan
kepada Allahyarham Ahmad Tajudin Bin Osman, bapa kepada Dr Fadzli Bin Ahmad
Tajudin yang merupakan Pengurus Besar Yayasan Perak. Seterusnya, majlis
diteruskan lagi dengan solat Isyak dan solat hajat secara berjemaah.
Seusai solat hajat secara
berjemaah, agenda seterusnya disusuli dengan Majlis Wada’ yang dikendalikan oleh saudara Mohd Faizal Bin Jaafar.
Dalam program tersebut, saudara Mohd Hidayat Azizan telah berkongsi sedikit sebanyak pengalaman, serta memberikan nasihat
kepada semua hadirin hadirat dalam meneruskan kehidupan sepanjang keberadaan
beliau di Mesir. Antara intipati menarik melalui nasihat beliau adalah:
1) Mahasiswa perlu menekan dari sudut
penguasaan thaqafah
2) Mahasiswa perlu meningkatkan
kualiti ibadah kepada Allah S.W.T
3) Mahasiswa perlu belajar untuk
memimpin diri dan masyarakat
“Mahasiswa perlu menceburkan diri
dalam bidang kepimpinan supaya kita dapat memimpin diri dan masyarakat.” Ulas
Mantan Timbalan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2011/2012. Program tamat pada jam 9
malam dan ditangguhkan dengan bacaan kaffaratul majlis dan surah Al ’Asr
disusuli dengan sedikit jamuan ringan.
mantap ust yatt!!!
ReplyDelete