Kaherah, 1 Oktober 2012- Perjalanan Unit Sambutan Mahasiswa Baru
(USMB’12) tidak akan lengkap tanpa berlangsungnya Hari Taklimat dan
Silaturrahim (HIKMAT’12). Oleh yang demikian, HIKMAT’12 telah dijalankan selama
3 hari bermula dari 1 Oktober sehingga 3 Oktober bertempat di Dewan Syeikh
Sya’rawi. Hari pertama telah dimulai dengan qiamullail dan tazkirah, seterusnya
Majlis Perasmian berlangsung pada jam 7.30 pagi dan telah dirasmikan oleh BP
Angkat KPIPM, Ustaz Ahmad Qutaibah bin Mohamad. Beliau banyak menceritakan
kepada para peserta tentang pahit-maung sejarah PMRAM.
Tentatif hari pertama
diteruskan dari pagi hari sehingga malam. Antara pengisian yang penting dan
menarik sepanjang hari pertama adalah seperti Diskusi Kitab Haraki (Al-wajibat
Syabab), Forum Al-Azhar dan Peranannya yang menceritakan berkenaan fungsi
Al-Azhar Asy-Syarif dan GKB Biah Solehah yang diadakan di dalam dewan bagi
ikhwah dan exlporace sekitar Sabi’ bagi akhawat. Selain itu, beberapa taklimat
dan penerangan juga telah dijalankan seperti Taklimat HISBAH, BAIT MUSLIM dan
BIAH SOLEHAH,Taklimat PESAT dan Slot Kita dan Perlembagaan.
Kemudian, hari
pertama diakhiri dengan talkshow yang menarik dan dibarisi oleh panel yang
mantap di bawah tajuk Mesir: Antara Permata dan Kaca. Forum yang menarik ini
telah menjentik hati para peserta untuk lebih gigih mencari ilmu agama tidak
kira pelajar pengajian Islam mahupun perubatan.
Hari Kedua HIKMAT’12, 2 Oktober 2012 – Bermula
selepas solat Maghrib berjemaah, taklimat mengisi borang PMRAM dan KPIPM
dijalankan dan disambung dengan pembentangan Prospektus Al-Azhar dari wakil
perubatan dan pengajian Islam.
Seterusnya,para pesrta didedahkan dengan lebih
mendalam berkenaan pengajian mengikut fakultiyang dipohon melalui slot Senat
Fakulti. Majlis ditangguhkan pada jam 10.50 malam setelah tamatnya GKB Ukhuwah
yang menekankan kepentingan ukhuwah di dalam Islam dan di mana sahaja umat
Islam berada tidak kira di tanah air atau di perantauan.
Hari Ketiga HIKMAT’12, 3 Oktober 2012- Sepertimana
hari kedua, program berjalan selepas selesai solat maghrib berjemaah.
Menariknya pada malam tersebut adalah dengan penampilan dari seluruh barisan
kepimpinan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013. Slot ini mendekatkan
para peserta USMB dengan pimpinan serta lebih mengenali gerak kerja dan bidang
tugas yang terdapat dalam organisasi KPIPM. Kemudian majlis diteruskan dengan
Wacana “Hak dan Peranan Mahasiswa” yang dibarisi oleh ahli panel dari kalangan
Pengajian Islam dan Perubatan. Para peserta telah diberi pendedahan mengenai
betapa pentingnya keseimbangan dalam persatuan dan pembelajaran dalam kehidupan
di alam kampus. Seusai wacana tersebut, majlis penutupan berjalan dengan
perasmian penutup oleh Ketua HEWI KPIPM sesi 2012/2013, Ustazah NurHafsah binti
Awalluddin.Beliau menekankan konsep ukhuwah yang perlu ada dalam setiap umat
Islam supaya tidak berlaku perpecahan yang bisa membantutkan perjuangan
menegakkan kalimah Allah di muka bumi.
Semoga program HIKMAT’12 ini telah memberikan banyak
informasi yang berguna serta semangat dan azam baru kepada mahasiswa/wi baru
bagi meneruskan kehidupan di bumi kinanah ini agar lahirnya generasi para duat
yang cemerlang kelak.
No comments:
Post a Comment