Thursday, July 19, 2012

Pengalaman Berharga Di `Ain Sokhnah



KAHERAH, 17 Julai – Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah KPIPM sesi 2011-2012 telah menganjurkan satu program jaulah ke `Ain Sokhnah. Program ini bertujuan untuk mengisi masa cuti musim panas dengan perkara yang berfaedah. Dalam masa yang sama juga dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama ahli baru mahupun yang lama.

Pada jam 5.00 pagi semua peserta telah diarahkan untuk berkumpul di perkarangan rumah perak  wisma a. Seramai 31 orang telah menyertai program jaulah ini. Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit. Antara aktiviti sepanjang perjalanan ialah kata-kata aluan dari pengarah program Kembara`12 sendiri iaitu Saudara Muhamad Amir bin Ghazali. Seterusnya, ucapan ringkas daripada Saudara Ibnu Abbas bin Azizuddin, Timbalan Yang Dipertua KPIPM.


“Penganjuran jaulah ini mempunyai objektif yang sangat baik untuk dijayakan, semoga ukhuwah kita ini memantapkan lagi kesatuan yang dibina.” Ujar Saudara Ibnu Abbas dalam ucapannya.

Tepat jam 8.00 pagi rombongan jaulah sampai ke tempat yang dituju. Antara aktiviti yang berjaya dijalankan sesi pagi ialah  mandi-manda dan bola sepak pantai. Program berhenti seketika bagi menunaikan solat zohor. Program diteruskan lagi dengan aktiviti memanggang ayam (BBQ) dan acara indoor.


Kemuncak program KEMBARA`12 ini dimeriahkan dengan acara final bola sepak pantai dan acara tarik tali. Tepat jam 6.30 petang rombongan bergerak pulang ke Wisma darul Ridzuan A.

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...