Sunday, July 8, 2012

Arkib KPIPM : Kronologi Pembaikan Semula Wisma Darul Ridzuan Kali Kedua



Pada penghujung tahun 1999, genap 4 tahun Wisma Darul Ridzuan selepas diselenggarakan. Tanpa disedari, masalah Wisma Darul Ridzuan ini kembali menghantui para penghuninya. Kerosakan demi kerosakan telah berlaku. Terutamanya kerosakan yang begitu serius di beberapa bahagian sistem saluran tandas dan paip air yang tidak teratur.

Kerosakan ini seterusnya mempengaruhi kerosakan pada struktur lain. Ini telah menyebabkan.Wisma Darul Ridzuan diselubungi dengan kerosakan, dan ini telah memberi kesan yang cukup mendalam kepada seluruh pelajar Perak. Di situlah mereka berteduh, berkumpul, bertukar senang dan susah dalam mengharungi kehidupan di bumi Mesir ini. Segala-galanya bersama KPIPM dan Wisma Darul Ridzuan adalah saksinya.

Apabila kerosakan telah berlaku, serba sedikit ia menjejaskan kerukunan dan kebersamaan yang telah dibina selama ini. Sehubungan itu, satu tindakan drastik telah diambil dengan menghantar satu kertas kerja permohonan bagi pembaikan semula Wisma Darul Ridzuan. Kertas kerja ini telah diusahakan oleh Biro Perumahan KPIPM. Tujuan kertas kerja ini dibentuk bagi memohon peruntukan kepada kerajaan negeri untuk pembaikan kali kedua Wisma Darul Ridzuan yang mengalami kerosakan teruk, di samping dapat meneruskan lagi usia dan nafas Wisma Darul Ridzuan yang telah menjangkau usia 18 tahun.


Pada 8hb Julai 2000, ketibaan rombongan pegawai SUK telah selaku wakil kerajaan negeri Perak untuk meninjau dan memantau kerosakan yang berlaku di Wisma Darul Ridzuan. Beberapa perbincangan yang lebih menyeluruh di antara pihak SUK dan Ahli Jawatankuasa Tadbir KPIPM telah diadakan. Setelah melihat kerosakan dan kecacatan yang berlaku ke atas Wisma Darul Ridzuan, maka pihak SUK bersetuju untuk memilih Syarikat Manjalawi & Company sebagai kontraktor utama dalam proses menyiapkan, serta membaikpulih Wisma Darul Ridzuan. Kos pembaikan kali kedua ini telah menelan belanja sebanyak L.E 200,000.00. Proses pembaikan tersebut merangkumi bilik air, sistem paip air, sistem pembuangan najis dan beberapa bahagian bangunan rosak yang telah dikenalpasti.

Pada 9hb hingga 15hb Julai 2000, Biro Perumahan KPIPM telah menganjurkan gotong-royong yang telah melibatkan semua ahli. Gotong-royong dan kerahan tenaga secara besar-besaran ini telah diadakan secara berperingkat. Ini termasuklah memindahkan segala barang-barang hak milik persatuan serta individu-individu yang menetap di rumah Perak.

Memandangkan barangan dan alatan yang diluar jangkaan dan kapasiti, maka Biro Perumahan terpaksa menyewa sebuah garaj untuk menyimpan barang-barang ahli KPIPM serta memastikan segala barangan tersebut selamat daripada berlaku sebarang kecurian dan kehilangan. Pada masa yang sama, usaha terus dilakukan bagi memindahkan penempatan dan pejabat mahasiswi ke Haiyyu Zuhur buat sementara waktu. Dengan pemindahan penempatan dan pejabat mahasiswi tersebut, pihak KPIPM terpaksa berkongsi wang bersama ahli KPIPM yang tinggal di rumah itu, untuk membiayai sewa rumah tersebut yang menelan belanja sebanyak L.E 2040.00 sebulan.

1 comment:

  1. kesaksian nyata dan kabar baik !!!

    Nama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyarataan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan

    Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar

    Anda tidak perlu membayar biayaa pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda

    untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mahammadismali234@gmail.comdan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com

    ReplyDelete

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...