Sunday, July 1, 2012

Ehya' al-Jum'ah : Mantapkan Ilmu Sebelum Turun Ke Medan



Program Ehya’ Jum’ah pada minggu ini berjalan seperti biasa sebagai salah satu medium bagi KPIPM dalam usaha meningkatkan thaqafah,tarbiah dan juga nilai ukhuwwah dalam peribadi ahlinya.

Seperti biasa majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, alunan burdah dan bacaan yaasin. Majlis pada kali ini menampilkan insan yang tidak asing lagi bagi warga KPIPM untuk menyampaikan tazkirah sekaligus memberi kalam/ucapan wada’. Beliau ialah Ustaz Shahrul Rashid b. Ghazali, bakal graduan mahasiswa Syariah Islamiah, Kaherah yang akan pulang ke Malaysia.

Di dalam tazkirahnya, beliau mengingatkan akan kepentingan menjadi orang yang berilmu tambahan pula bagi kita yang berada di Mesir iaitu bumi Anbia’ ini yang dikenali juga sebagai ‘Qiblat ilmu’.





Beliau juga menyebut sekiranya kita pulang ke Malaysia dengan diri yang kosong daripada ilmu maka amatlah rugi kerana kita perlu untuk berkhidmat kepada masyarakat. Seterusnya agenda diteruskan dengan Solat Isya’ berjemaah,solat hajat

Dan pada sebelah paginya pula, setelah selesai Solat Subuh berjemaah, pengisian tazkirah berjalan seperti biasa di Wisma Darul Ridzuan A oleh Doktor Nihal bt. Mohd Termizi dan di Wisma Darul Ridzuan B tazkirah disampaikan oleh Ustazah Afiqah Syuhaida bt. Abd. Samad. 

Seterusnya bacaan Al-Quran dan bersurai. Semoga KPIPM terus gagah berdiri demi kelangsungan dakwah Islam di bumi Anbia’ ini. 

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...