Wednesday, December 7, 2011

Ehya' Muharram 1433 H: Motivasi Pembakar Semangat Ahli KPIPM



KAHERAH, 5 DIS- “Muharram Dira’I, Ibrah Dihayati” demikian tema bagi program Ehya’ Muharram 1433 H anjuran Biro Dakwah Dan Tarbiah dengan kerjasama Biro Pelajaran Dan Ilmiah KPIPM. Aktiviti Ehya’ Muharram 1433 H telah berjalan seperti yang dirancang. Baru-baru ini, telah berlangsung program  Motivasi dan Teknik Menjawab Soalan sebagai persediaan seluruh ahli KPIPM untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Program telah bermula selepas solat maghrib dengan majlis iftor jamaie sempena berpuasa hari `asyura. Turut hadir bagi memeriahkan lagi program pada malam itu ialah Saudara Mohd Hafizzul Azri b. Azman, Badan Pengurus angkat KPIPM dan Saudari Nurul Nadhirah binti Aw. Mohd Nor, HEWI angkat KPIPM . Motivasi pada malam itu telah disampaikan oleh Saudara Abdul Hadi bin Jusoh, Mahasiswa tahun 2, Maahad Qiraat, Syoubra.






Motivasi yang sangat memberi kesan itu menyentuh beberapa aspek yang penting untuk memperoleh kecemerlangan. “Terdapat tiga aspek yang perlu di tekankan untuk menjadi individu yang hebat iaitu menjadi anak yang soleh dan solehah pada kedua ibu bapa. Kedua, menjadi pelajar cemerlang dari segi akademik mahupun sahsiah diri. Ketiga, yang paling utama adalah menjadi seorang hamba yang beriman dan bertaqwa kepada Allah”. Tegas Saudara Hadi dalam penyampaiannya.



Selesai sahaja slot motivasi berlangsung, slot teknik menjawab soalan telah diadakan mengikut kuliah  masing-masing. Setiap kuliah telah dipimpin oleh mentor-mentor yang berkaliber. Mentor bagi kuliah Syariah ikhwah adalah Saudara Ibnu Abbas b. Azizuddin. Manakala sebelah akhawat Saudari Norazlina bt. Idris. Selain itu, bagi kuliah Usuluddin adalah Saudara Adam b.  Adenan. Manakala, sebelah akhawat, Saudari Noriah bt. Mohd Zahid. Seterusnya, bagi kuliah Bahasa Arab ikhwah adalah Saudara Zulhafeez b. Ahmad Zahidi. Manakala, sebelah akhawat Saudari  Saidatul Yuhanis bt. Dahwani. Mentor kuliah Perubatan pula dipimpin oleh Saudari Nihal bt. Mohd Tarmizi


“KPIPM sentiasa berusaha untuk memastikan supaya ahli-ahlinya mendapat persediaan secukupnya dari sudut mental dan fizikal sebelum menghadapi peperiksaan. Jadi, dengan medium motivasi ini ambillah segala azimat yang telah dicurahkan demi kecemerlangan akademik kita bersama”. Berkata Saudara Mohammad Ainuddin, Ketua Biro Pelajaran dan Ilmiah ketika di akhir program.




No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...