Monday, December 26, 2011

ARMA : Warisan Yang Sentiasa DIingati




Mengasaskan sebuah persatuan bukanlah sesuatu yang susah, namun untuk mengekalkan sebuah persatuan ia amatpayah dan banyak halangan serta dugaan yang perlu dihadapi.

Seperti yang diketahui umum, PMRAM adalah sebuah  persatuan induk dan tertua di Mesir dan sehingga kini sudah berusia melebihi 81 tahun. Pelbagai mehnah dan tribulasi yang ditempuhinya sejak penubuhan awal dari tahun 1930sehingga hari ini, namun ia masih kukuh berdiri sebagai sebuah persatuan yang menjaga kebajikan dan kesatuan pelajar di Bumi Mesir.

Walaupun banyak tribulasi yang dihadapi oleh PMRAM dan ahlinya,ia bukan alasan untuk persatuan ini kecundang malah menjadikan PMRAM sebuahpersatuan yang sangat matang dalam menghadapi siri-siri kehidupan.

Antara salah satu perkara yang menjadi isu penting dan masih  menjadi pertanyaan adalah dimanakah hak PMRAM ke atas Rumah Melayu Abassiah atau lebih dikenali sebagai ARMA.

Sesunngguhnya,PMRAM  sendiri telah banyak melakar sejarah.Pada tahun 1956,telah berlaku peperangan 3 serangkai di Mesir telah membuatkan seramai 65 orang wakil daripada pemuda-pemuda Melayu (PMM),sebelum ditukar nama dengan PMRAM, secara sukarela atas dasar keprihatinan telah membantu pihak Mesir.

Peperangan itu telah mendapat kejayaaan pada Mesir dan telah membuatkan kerajaan Mesir pada ketika itu menghadiahkan sebidang tanah sebagai tanda terima kasih atas sokongan dan bantuan yang diberikan. Tanah yang asalnya di Tahrir kemudian ditukar ke Abbasiah yang kini telah dinafikan hak PMRAM ke atasnya.

ARMA yang juga  suatu ketika dulunya dibina atas nama kebajikan pelajar telah ditukar dengan penswastaan. Ini semua adalah dari kerja tangan-tangan yang tidak bertanggung jawab demi mengaut keuntungan dan kepentingan sendiri.

Bukan tiada usaha untuk mendapatkan semula hak PMRAM di ARMA.Namun semua usaha yang dilakukan tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pernah pada tahun 2009 ketika rombongan Perdana Menteri Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan lawatan ke Mesir, turut diadakan pertemuan bersama pelajar Malaysia.

Sebagai usaha, PMRAM telah menghantar surat untuk mendapat kebenaran memiliki semula Pejabat PMRAM di ARMA, Namun tiada respon positif yang diperolehi.Bahkan sehingga PMRAM masih lagi tidak diberi kebenaran untuk mendudukinya.

Amat menghairankan apakah untuk memasuki rumah sendiri perlu mendapat keizinan?. Sedangkan telah ada perjanjian yang disepakati dan dipersetujui secara bersama dalam hal ini.

Tapi amat malang demi kepentingan sesetengah pihak, ada pihak lain yang teraniaya. Bahkan perjanjian yang dimeterai secara bersama suatu ketika dulu telahpun dimansuhkan.

Sehingga kini ARMA masih lagi sunyi daripada aktiviti-aktiviti kerohanian seperti usrah, kelas-kelas pengajian. Budaya pentingkan diri sendiri dan sikap ‘ananiah’ dikalangan penghuni ARMA semakin menebal berikutan ketiadaan usaha-usaha dakwah dan program-program yang menautkan dan memperkukuhkan ukhuwwah di kalangan penghuni.

Jika dahulu, surau di ARMA amat aktif  dengan aktiviti-aktiviti yang menonjolkan nilai-nilai islam. Namun kini suasana seperti itu masih lagi tidak kelihatan dan  sepi.Dan jika ada sekalipun, ianya tidak mendapat sambutan yang memuaskan.

Namun begitu, PMRAM tidak akan mendiamkan diri atas pencabulan hak yang berlaku dan masih berusaha untuk mendapatkan semula hak yang menjadi milik kita walaupun amat sukar jika dilihat dengan mata kasar.

Namun, semua itu tidak mustahil dengan kerjasama yang diberikan dan usaha- usaha yang dilakukan.

Semoga impian untuk mendapatkan semula hak yang dinafikan selama ini menjadi kenyataan demi menjaga kesatuan dan kebajikan ahli serta menjiwai kesukaran yang dirasai oleh mereka yang terdahulu.


“Hak kita, Jasa Mereka”.

Siti Nor Hamiza bt Sarman
Timbalan Ketua Gerak Gempur & Tugas-tugas Khas
Unit Panitia ARMA 2011

sumber : pmram.org


No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...