Saturday, December 10, 2011

Ehya' Muharram 1433 H : Menuntut Ilmu Demi Masa Depan Ummah


KAHERAH,8 Disember – Ahli KPIPM sekali lagi dihidangkan dengan motivasi selepas motivasi kali pertama oleh Ustaz Abdul Hadi Bin Jusoh di rumah Perak baru-baru ini. Motivasi ini salah satu pengisian di dalam Ehya’ Muharram 1433 H anjuran Biro Dakwah Dan Tarbiah dengan kerjasama Biro Pelajaran Dan Ilmiah KPIPM.




Program motivasi pada kali ini disampaikan oleh mantan Yang Dipertua KPIPM iaitu Dr Jamnul Azhar Bin Mulkan. Beliau juga lepasan mahasiswa Kuliah Perubatan dan Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar. Motivasi tersebut berlangsung selepas membaca Surah Yasin, solat isya’ dan solat sunat hajat secara berjemaah. 


Pengisi banyak memberi semangat dalam menuntut ilmu sama ada dalam aliran agama atau perubatan. “Sebagai mahasiswa perubatan, tidak dapat tidak perlu mengetahui serba sedikit mengenai hukum syariah. Hal ini demikian kerana seorang doktor pasti berhadapan dengan pelbagai golongan pesakit.  Jadi, sebagai seorang doktor muslim perlu menjaga atau merawat pesakit tanpa melanggar hukum syara’. “tegas Dr Jamnul Azhar.


Beliau juga menegaskan “ menuntut ilmu ini hanya satu tujuan iaitu untuk UMMAH bukan untuk diri sendiri.” Jadi, walau apapun kesusahan yang menimpa ketika menuntut ilmu kita perlu menghadapinya dengan sabar kerana semua itu perkara biasa bagi seorang penuntut ilmu



Dalam motivasi itu juga, beliau sempat menceritakan peristiwa hitam dalam kehidupannya sebagai mahasiswa, bilamana beliau hampir-hampir dibuang universiti ketika menjadi kepimpinan dalam KPIPM. Ini semua berlaku kerana fitnah yang dilemparkan kepada beliau ketika mempertahankan persatuan yang kita naungi sekarang.

Akhirnya, KPIPM berharap dengan kalam-kalam motivasi yang dilontarkan pada malam tersebut dapat membangkitkan semangat anak-anak Perak khususnya dalam menuntut ilmu untuk masa depan ummah.


No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...