Alhamdulillah
segala puji bagi Allah yang masih mengurniakan kepada kita anugerah yang amat
besar iaitu nikmat masa agar dengannya kita mampu menjadikannya wasilah kepada
Redha dan Maghfirah Allah taala.
ASAS
PEREDARAN MASA
Islam
menjadikan peredaran bulan sebagai tempoh kepada perkiraan kalendar Hijrah
(Taqwim Qamariah). Perkiraan tersebut mula dikira sempena tahun penghijrahan
Rasulullah dan para sahabat ke Madinah lantas terbinalah disana Daulah
Islamiah yang pertama.
Adapun
peredaran matahari menjadi perkiraan kepada bulan Masihi iaitu Taqwim Syamsiah.
Ianya telah diperkenalkan semenjak zaman pemerintahan kerajaan Rom yang diambil
sempena kelahiran Nabi Isa a.s. bermula semenjak 20 abad yang lalu. Namun
calendar Masihi yang diguna sekarang adalah yang diperkenalkan oleh Pope
Gregory XIII bemula pada tahun 1582 Masihi.
Asas
Kalendar Islam dan Masihi ini sebenarnya telah digambarkan al-Quran sebagaimana
Firman Allah taala bermaksud:
“Dialah
(Allah) yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang benderang) dan bulan
bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu
(berpindah-pindah) pada tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat
mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa”.(Surah Yunus : 5)
BULAN
MASIHI (1 JANUARI) TARIKH KERAMAT
Tarikh 1 Januari setiap tahun(bulan pertama dalam kalendar Masihi
menunjukkan pertukaran tahun baru) pasti akan menjadi sejarah yang tersendiri
apabila kebanyakan daripada kita umat Islam juga ada yangmenyambut
kedatangannya dengan begitu meriah. Bahkan ianya kadang-kadang melebihi
sambutan daripada hari-hari kebesaran Islam itu sendiri.
Sedangkan,
kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih
baik kerana kebanyakan perkara-perkara tentang agama dikira menggunakan
perkiraan bulan samada tempoh hawl bagi pengeluaran zakat, ru’yah
hilal untuk berpuasa, tempohquru’ bagi perempuan selepas kematian
suami dan dicerai, tempoh menentukan hari raya serta lain-lain lagi tempoh
besar dalam Islam.
Justeru,
secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi
terus menjaga identiti Islam yang tersendiri.
Apa
yang perlu disedari umat Islam, keadaan mereka sebenarnya mengundang kemurkaan
Allah taala apabila mereka semakin hari semakin jauh dengan agama. Menyebabkan
tindakan segelintir daripada kita tidak menghiraukan bentuk-bentuk pengamalan
yang dilakukan sehari-hari mengundang azab Allah taala dengan pelbagai maksiat
dan dosa.
Benarlah
Firman Allah taala :“Terzahirnya kefasadan di daratan dan di lautan adalah
disebabkan perbuatan (mungkar) manusia, Allah menghendaki agar mereka merasakan
sebahagian daripada akibat perbuatan mereka moga-moga mereka kembali”. (Surah
al-Rum : 41 )
PELBAGAI KEFASADAN BERLAKU
Itulah yang telah berlaku apabila tibanya Tahun Baru Masehi, sambutan tidak
lengkap kalau tiadakonsert-konsert hiburan,tari-menari, persembahan gelak
ketawa, dendangan lagu,samada di televisyen, radio ataupun di tempat sambutan
yang dilakukan di kawasan umum.
Firman
Allah taala :“dan barangsiap yang berpaling daripada pengajaran Allah taala,
Kami akan benarkan syaitan (menyesatkannya) dan menjadi teman karib mereka,
sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang
benar , sedang mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk”. (Surah
al-Zukhruf : 36-37)
Disebabkan
itu, sambutan tersebut lebih membawa keburukan apabila berlakunya
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa ada ikatan mahram yang
dibenarkan dengan perbuatan dan percakapan yang hanya akan membangkitkan hawa
nafsu sendiri. Kebanyakan daripada anak-anak muda megambil peluang ini untuk
keluar bersama bahkan dalam erti kata untuk membuat kemungkaran kepada Allah
walaupun mereka tahu ianya dilarang.Sedangkan Allah taala melarang kita
daripada perkara tersebut.
Firman
Allah taala :“Dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya ia adalah satu
perkara yang keji dan buruk jalannya”. (Surah al-Isra' : 32)
Lalu
apabila jalan dan medan untuk melepaskan nafsu sudah ada, pelbagai lagi
kefasadan dikalangan mereka akan berlaku seusai sambutan Tahun Baru. Kes zina,
rogol, khalwat dan macam-macam lagi bentuk kemungkaran dapat dilihat
membabitkan goglongan muda dan tidak terlepas juga kepada mereka yang kurang
iman.
Ianya
juga membawa kepada sebuah pembaziran yang tidak terhitung banyaknya, iaitu
pembaziran wang kerajaan dengan persiapan yang cukup rapi bagi menjayakan
sambutan Tahun Baru tersebut.Allah taala melarang daripada hamba-hambanya
daripada melakukan pembaziran yang berlebih-lebihan.
Firman
Allah taala :“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah sahabat-sahabat
syaitan, adapun syaitan itu adalah bagi kamu musuh yang nyata”. (Surah al-Isra'
: 27)
Ada
juga dikalangan mereka yang bersuka ria sampai ke pagi hari denganmakan besar
sempena merayakan Tahun Baru, sehingga mabuk meminum minuman syaitan, bejudi
dan lain-lain sehingga lupa kewajipan mereka sebagai umat Islam yang
sepatutnya.
Sesungguhnya
Allah taala ada berfirman :“Mereka menanyakanmu (Wahai Muhammad) tentang khamr
(segala minuman yang memabukkan) dan judi, maka katakanlah : Pada keduanya
terdapat dosa besar dan beberapa kecil sahaja manfaat bagi manusia, tetapi
dosanya lebih besar daripada manfaatnya..” (Surah al-Baqarah : 219)
Ada
yang bertindak ganas pada malam ini dengan melakukan tindakan liar dan
merosakkan harta benda awam dan harta benda masyarakat awam serta mengancam
keselamatan diri dengan pelbagai adegan mencuri, merompak, peras ugut dan
lain-lain. Hal ini timbul daripada hawa dan nafsu yangditunas daripada
program-program dan didikan yang tidak syar’ie sebagaimana sambutan yang
disajikan dengan lagu-lagu, tari menari dan hiburan melampau apabila tiba
sambutan Tahun Baru.
Firman
Allah taala dengan tegas melakukan pencabulan hak asasi manusia lain :“Dan
mereka-mereka yang menyakiti orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan (dalam
apa jua bentuk) tanpa ada apa pun kesalahan yang mereka buat, maka sesungguhnya
mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata”. (Surah al-Ahzab :
58)
Rasulullah
juga pernah bersabda daripada Abdullah bin Amru bin al-Ash r.a. : “Seorang
muslim adalah yang menjaga keselamatan terhadap muslim yang lain daripada lidah
dan perbuatannya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan
janganlah kerana terlalu mengikut dan melayan kehendak hawa nafsu kita sudah
hilang pegangan hidup dalam erti kata jati diri seorang muslim sebenar
sedangkan kita sudah diberi petunjuk dan peringatan yang jelas.
Firman
Allah taala :“Seandainya kebenaran itu mengikuti keinginan (hawa nafsu) mereka
pasti binasalah langit dan bumi serta semau yang ada dalamnya, bahkan Kami
telah memberikan peingatan kepada mereka tetapi mereka berpaling darpada
peringatan itu”.(Surah al-Mukminun :71)
PERBAHASAN TENTANG KEHARUSAN MENYAMBUT SAMBUTAN TAHUN BARU
Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang HARAM kan sama sekali
sambutan Tahun Baru Masihi dalam apa jua bentukoleh kerana sambutan Tahun Baru
tersebut tidak memberi apa-apa makna dalam Islam yang tidak perlu
disambut dan diagungkan.
Bahkan
ianya adalah termasuk dalam salah satu perayaan Kristian yang meraikan dan
mengagungkan kelahiran Tuhan Jesus mereka (Tuhan Anak dalam pegangan Kristian).
Sebab itulah ianya bertentangan dengan syariat Islam dan bersifat syirik
seandainya kita mengagungkan perayaan sambutan Tahun Baru Masihi sebagaimana
mereka (Kristian).
Ini
adalah sebagai langkah berjaga-jaga daripada menyebabkan pelbagai kemungkaran
berlaku secara bermaharajalela didalam masyarakat yang akhirnya membawa kepada
kefasadan dan kemungkaran disisi Allah taala. Pendapat ini berhujahkan satu
Usul asas dalam Fiqh iaitu : "Saddu al-Zara'ie" iaitu
menyekat sebelum sesuatu perkara itu berlaku lebih buruk.
Namun,
menyambut Tahun Baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendarciptaan
Pope Gregory), ada juga yang berpendapat ia adalah HARUS secara bersyaratdaripada
sesetengan ijtihad ulama’serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang
dibuat.
Antara syarat-syarat menyambut Tahun Baru Masihi :
1.
Tidak menganggap ianya adalah satu upacara keagamaan dan tidak dianggap
dianggap sebagai ibadat.
Ini
adalah kerana perayaan tersebut sempena kelahiran Tuhan Jesus (pegangan
Kristian) dan mereka menganggap merayakannya adalah salah satu daripada upacara
ibadat dan penggagungan kepada Tuhan mereka.Ini adalah kerana Allah melarang
kita menyembah dan beriktiqad sebagaimana iktiqad-iktiqad yang songsang dan
batil.Ini adalah kerana mereka (Kristian) walaupun daripada agama samawi yang
dirunkan Allah namun telah dipesongkan. Tapi andainya sekadar menyambut dengan
ber mujamalah (dalam bab kesopanan dan kebaikan dalam pergaulan).
Firman
Allah :“Katakanlah (Wahai Muhammad) : Wahai orang-orang kafir ! Aku tidak akan
menyembah apa yang kamu sembah !dan aku bukan penyembah apa yang kamu sembah !
dan aku tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah ! dan kamu tidak pernah
pula menjadi penyembah apa yang aku sembah ! untukmu agamamu dan untukku
agamaku”.(Surah al-Kafirun : 1-6)
2.
Sambutan dilakukan atas dasar Uruf dan Adat.
Dalam Qawaied
Fiqhiyyah ada menyebutkan satu kaedah :“al-Aslu fil ashya’ al-Ibahah”.Maksudnya
: “Asal hukum sesuatu perkara itu adalah harus”. Ini adalah mengikut Mazhab
Syafie yang mengharuskan hukum sesuatu perkara sehinggalah datang dalil
mewajibkan dan mengharamkan perkara tersebut.
Rasulullah
ada bersabda : “Halal itu apa yang telah diperkatakan halal oleh Allah
dalam kitab-Nya , haram itu apa yang diperkatakan haram oleh Allah itu dalam
kitab-Nya, dan apa tidak diperkatakan oleh-Nya, (tidak dinyatakan halal
dan haram secara qati’e) maka ianya dimaafkan perkara tersebut disisi Allah”. (Hadis
Riwayat al-Tarmizi)
Dalam
kaedah lain pula menyebut :“al-‘Adat al-Muhakkamah”. Maksudnya : “Adat
yang tidak bercanggah dengan syara’ boleh menentukan sesuatu perbuatan dan
tindakan”.
Begitu
juga dalam satu lagi kaedah :" Innama tu'tabaru al-‘Adat iza
attaradat aw ghalabat". Maksudnya : “Sesungguhnya sesuatu perkara
diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan
dilakukan atau dilakukan oleh majoriti".
Oleh
kerana itu, beberapa kaedah diatas menunjukkan bahawa pengaharusan dari sudut
hukum untuk kita menyambut perayaan tahun Baru sekiranya ia dianggap sebagai
adat dan kebiasaaan setempat mengamalkannya tetapi mestialah sesuai dengan
norma-norma Islam.
3.
Menjaga isi kandungan majlis, aktiviti dan setiap slot dalam sambutan tersebut
sesuai dengan kehendak syara’.
Sesungguhnya
manusia dicipta untuk menghambakan diri kepada Allah bukan kepada nafsu
sebagaimana Firman-Nya :“Dan tidaklah aku menciptakan manusia dan jin melainkan
untuk menghambakan diri kepada-Ku”.Sepatutnya, sambutan tersebut diisi dengan
program dan aturcara-aturcara ilmiah yang dapat membangkitkan naluri dan fitrah
kemanusiaan kepada pencipta-Nya yang telah menganugerahkan kehidupan kepada mereka
dengan pelbagai nikmat-nikmat.
Firman
Allah taala :“Sekiranya kamu menghitung nikmat-nikmat Allah maka nescaya tidak
akan terhitung banyaknya”. (Surah Ibrahim : 34)
Samada
disusun sebagaimana agenda nasyid, sajak, lakonan pentomen, ucapan tazkirah, doa
dan lain-lain agar sentiasa melazimi kebaikan dan tolong menolong melakukan
kebajikan samada dikalangan muslim mahupun non-muslim.
Daripada
Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah pernah bersabda :“Sesiapa yang menyeru
kepada hidayah Allah maka baginya pahala sebagaimana pahala orang yang
melakukannya, tidak akan dikurangkan pahala tersebut walaupun sedikitpun”. (Hadis
Riwayat Muslim)
Apa
yang disarankan oleh Rasulullah kepada umatnya agar kita sentiasa berada dalam
nikmat Allah yang banyak itu dengan bersyukur dan sentiasa merenung kepada
pemberian tersebut agar hati-hati kita jinak dengan setiap qada’ dan qadar
Allah taala. Bahkan antara banyak-banyak doa yang Nabi tuturkan adalah doa
memohon kebaikan di dunia dan di akhirat dalam apa jua bentuk pengamalan yang
dilakukan.
Daripada
Anas bin Malik :“Adalah yang paling banyak Nabi berdoa : "Allahumma atina
fiddunia hasanah wa fil akhirati hasanah waqina azabannar (Ya Allah !
Berikanlah kami kehidupan didunia akan segala kebaikan dan kehidupan di akhirat
juga segala kebaikan serta jauhilah kami daripada neraka-Mu)”. (Hadis
Riwayat Tarmizi)
4.
Menjaga batas-batas pergaulan antara yang bukan mahram.
Apa
yang penting dalam setiap majlis dan program-program yang dilakukan mestilah
cuba sedaya upaya untuk menjaga batasan pergaulan. Namun secara kebiasaannya
dalam majlis yang besar seperti sambutan Tahun Baru ini, pastinya pelbagai
jenis manusia yang hadir dari seluruh pelusuk dan ceruk muka bumi untuk
meraikannya. Samada daripada mana-mana darjat, kedudukan, umur, jenis, agama
dan lain-lain.
Oleh
itu perlulah sentiasa mengambil ihtimam (mengambil berat) dengan
menjaga etika dan sosio pergaulan agar ianya sentiasa dalam landasan syara’.
Kerana sudah pastilah dalam medan yang dipenuhi manusia, pelbagai kelakuan yang
buruk akan berlaku andainya tidak dijaga. Mestilah sentiasa menjaga pandangan,
pendengaran, percakapan dan adab pergaulan.
Daripada
Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah pernah bersabda :“Telah tertulis keatas
tiap-tiap anak Adam akan bahagiannya daripada perbuatan zina samada dalam
keadaan sedar tentu sahaja : Mata, kedua-duanya berzina dengan cara
penglihatan, Telinga, kedua-duanya berzina dengan pendengarannya, Mulut berzina
dengan kata-katanya, Tangan, kedua-duanya berzina dengan kekerasan”. (Hadis
Riwayat Muslim)
Moga
dijauhkan kita semua daripada segalanya itu.
5.
Mengharapkan Berkat dan Rahmat daripada Allah taala.
Ketika
inilah kita mengambil peluang daripada perhimpunan secara langsung tersebut
dengan mengajak seluruh manusia kepada kesatuan dan saling nasihat menasihati
dalam pekerjaan agama.
Firman
Allah taala : "Bertolong-tolonglah kamu semua kepada kebajikan dan
mendapatkan taqwa , janganlah kamu bertolong-tolong kepada kejahatan dan
permusuhan ". (Surah al-Maidah : 2)
Sabda
Rasulullah daripada Abi Ruqayyah Tamim bin ‘Aus al-Darriyyi :“Agama itu adalah
Nasihat”. Kami bertanya : “Kepada siapa?”, Lalu Rasulullah berkata : “Kepada
Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin orang Islam dan kepada rakyat
secara keseluruhan” (Hadis Riwayat Muslim)
Bahkan
kita mengaharapkan dengan segenap pekerjaan dan tanggungjawab kita sehari-hari
samada dalam persoalan agama, keduniaan, kepentingan negara, kemasyarakatan,
ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan lain-lain adalah untuk mendapatkan berkat
dan rahmat daripada Allah taala.
Firman
Allah taala : “Dan sekiranya penduduk sesuatu negeri itu beriman nescaya
kami akan bukakan (anugerahkan) bagi mereka berkat-berkat daripada langit dan
bumi”. (Surah ).
Kita
takut sekiranya majlis dan sambuta Tahun Baru tersebut dilakukan bukan kerana
Allah bahkan kerana hawa nafsu dan untuk berseronok dengan perkara dunia yang
sia-sia maka Berkat dan Rahmat Allah tidak akan turun kepada kita bahkan azab
Allah itu mendahului kepada seluruh negeri.
Firman
Allah taala : “Peliharalah diri kamu daripada dari siksaan yang tidak
hanya menimpa orang-orang yang zalim sahaja dikalangan kamu, ketahuilah bahawa
Allah teramat keras siksaannya”. (Surah al-Anfal : 25)
KESIMPULAN
Semoga
Tahun Baru yang akan disambut malam nanti adalah sebagai satu muhasabah kepada
amalan-amalan yang dilakukan sebelum daripada ditahun-tahun yang terdahulu
dagar kita mampu sentiasa meningkkatkan potensi diri daripada buruk kepada yang
baik, dan daripada yang baik kepada yang lebih baik dan terbaik. Jadikan Tahun
Baru ini momentum kepada sebuah tindakan kerja dan aktiviti seharian agar
mengikut kehendak dan landasan Islam yang sepatutnya.Ikhlaskan niat, kenali
diri, spesifikkan azam, perbanyakkan amalan, anggarkan keberjayaan, ransang
tindakan kearah kebaikan dan positifkan keadaan kerana kita adalah hamba Allah
yang Maha Esa. Kerana sesungguhnya masa itu adalah amat berharga kepada kita
sehinggakan Allah taala sendiri yang menukulkan dalam Firman-Nya :
“Demi
Masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman
dan beramal soleh, dan berpesan-pesan kepada kebaikan serta
berpesan-pesan kepada kesabaran”. (Surah al-Asr : 1-3)
Wallahu
Waliyyu al-Taufiq
Disediakan
oleh :
Muhammad
Zuhairi bin Zainal Abidin
Felo MANHAL PMRAM