Monday, August 15, 2011

Iftor Mahabbah Bersama Penghuni Syaqah 1, Wisma B


KAHERAH, 13 Ogos – Iftor Mahabbah kali singgah di Syaqah 1, Wisma Darul Ridzuan B.

Syaqah yang diketuai oleh saudara Mohamad bin Dollah itu, yang juga merupakan Ketua Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM telah dihadiri oleh barisan AJKT kira-kira jam 6.15 petang.

Nilai ukhuwah di bulan Ramadhan tetap diterapkan. Oleh itu, masa yang terluang dipenuhkan dengan beramah mesra bersama penghuni syaqah tersebut.

Sejurus selesai berbuka puasa bersama, diteruskan dengan solat Maghrib secara berjemaah di musalla.

KPIPM mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian pihak tuan rumah menerima kunjungan AJKT bersempena Iftor Mahabbah di bulan Ramadhan ini.

Semoga segala amalan kita di dalam bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah S.W.T dan menjadi bukti untuk kita mendapat rahmat Tuhan yang Maha Esa.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...