PENCETUS HARAPAN ISLAM
Untuk melangkah maju ke
hadapan memerlukan tenaga, dan untuk mengundur ke belakang juga memerlukan tenaga. Seseorang
itu tidak mampu melakukan sesuatu pekerjaan tanpa adanya kerahan tenaga dan
usaha.
“Pemuda adalah simbol hati yang
masih jernih sehingga memiliki keyakinan dan iman yang kuat, kejujuran yang
memungkinkan untuk memiliki ketulusan dan keikhlasan dalam beramal, serta
semangat yang tinggi memungkinkan untuk beramal dengan bersungguh-sungguh dan
penuh dengan pengorbanan.” (Imam Hassan Al Banna)
Pengertian pemuda
yang digambarkan adalah seperti matahari di siang hari yang berada tepat di puncak
hari. Generasi muda mempunyai kelebihan dalam pemikiran ilmiah, mempunyai
semangat yang bersinar terang, kritis dan juga merupakan motor penggerak utama
perubahan.
Pemuda Islam
memegang peranan yang penting dalam sejarah kebangkitan Islam seperti Ali bin
Abi Talib, Zubair bin ‘Awwam, Tolhah bin Ubaidillah, Saad bin Abi Waqas, Zaid
bin Harithah dan ramai lagi. Kejayaan dan kekuatan, semangat juang yang tinggi
daripada mereka wajar dicontohi oleh generasi muda masa kini. Hakikat seorang
pemuda itu adalah berpegang teguh dengan ilmu dan taqwa. Apabila keduanya tiada
maka tidaklah dianggap sebagai pemuda baginya.
Wajarkah kita generasi muda kini hanya
menongkat dagu mengharapkan kejayaan datang bergolek dengan mudah?
Kapal yang belayar
juga memerlukan nakhoda yang mahir ilmu pelayaran dan mempunyai usaha yang jitu dalam mengemudi kapalnya untuk sampai ke destinasi. Begitu juga kepada
diri kita, kejayaan tidak akan datang tanpa kesungguhan dan
semangat iltizam yang tinggi.
Allah SWT berfirman :
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya, dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia, dan mereka yang menunaikan zakat, dan mereka yang menjaga kehormatannya kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka mereka itu tidaklah dicela, mereka yang ingin melakukan sebaliknya maka mereka itu adalah orang-orang yang melampaui batas, dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya …” (Al-Mukminun : 1-11)
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya, dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia, dan mereka yang menunaikan zakat, dan mereka yang menjaga kehormatannya kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka mereka itu tidaklah dicela, mereka yang ingin melakukan sebaliknya maka mereka itu adalah orang-orang yang melampaui batas, dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya …” (Al-Mukminun : 1-11)
Ayat ini
Allah SWT menyatakan bahawa orang yang mendapat kejayaan itu adalah dalam
kalangan orang mukmin. Orang mukmin sahaja yang sanggup melakukan syarat-syarat
yang disebutkan di dalam ayat tadi. Kemenangan umumnya hanyalah di dunia,
manakala kejayaannya yang hakiki adalah di akhirat kelak.
Terdapat tujuh syarat orang mukmin untuk mendapat
kejayaan :
1)
Khusyuk di dalam solat.
2)
Mengelakkan dari perkara
yang tidak memberi faedah.
3)
Mengeluarkan zakat.
4)
Menjaga kehormatan.
5)
Menjaga amanah.
6)
Menunaikan janji.
7)
Menjaga solat.
Pemuda Islam yang berusaha untuk
memperoleh kejayaan tidak boleh memikirkan kepentingan diri sendiri tanpa
memikirkan kepentingan rakan atau saudaranya yang lain. Syeikh Said Hawa
menyebut di dalam kitabnya bahawa pemuda Islam mestilah menjauhi 3 sifat iaitu
pemalas, kedekut dan takut. Hal ini kerana mereka yang memiliki sifat ini pasti
akan memberikan pelbagai alasan untuk kepentingan diri sendiri.
Antara
peranan pemuda Islam terhadap rakan seperjuangannya ialah menasihati dan
mengingatkan mereka supaya tidak leka dan hanyut dengan hal-hal keduniaan. Bahkan
antara hak seorang muslim ke atas muslim yang lain sebagaimana yang disebut oleh
Nabi Muhammad S.A.W. ialah dengan memberi nasihat apabila diminta.
Allah SWT berfirman :
“Dan tetaplah memberi peringatan , kerana sesunggunya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman” (Az-Zariyat : 55)
“Dan tetaplah memberi peringatan , kerana sesunggunya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman” (Az-Zariyat : 55)
Kejayaan
terbesar Islam yang terukir daripada dalam diri Nabi Muhammad S.A.W. adalah
berusaha dalam menakluk manusia daripada kegelapan kepada landasan keimanan. Dan
bukti-bukti kejayaan itu sehingga kini dapat dirasakan oleh sesiapa saja yang
berusaha untuk menggalinya. Bagaimana pula dengan kejayaan kita
Sempena
musim peperiksaan yang sedang dihadapi oleh seluruh mahasiswa dan mahasiswi
pengajian Islam mahupun perubatan, tingkatkan spiritual yang tinggi dalam menggunakan
tenaga dan masa yang ada dengan sebaiknya untuk mengulang kaji kitab-kitab
kuliah. Penyesalan yang tidak berguna adalah orang yang tidak mahu memperbaiki
dirinya dari segala kesalahan masa lalunya. Justeru itu, merasai manisnya
sebuah kejayaan adalah jauh lebih indah berbanding menelan pahitnya sebuah
kegagalan.
Akhir kata, ilmu tidak akan diraih
tanpa bekalan doa daripada seorang guru. Pintalah doa dan keberkatan daripada
mereka yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga dalam mencurahkan ilmu
kepada kita semua. Semoga dengan kejayaan yang kita perolehi dapat menjadikan kita sebagai role model kepada generasi kini dan akan datang.
Wallahua’lam.
“BERILMU,
BERAMAL, IKHLAS”
“Memurnikan
Pemikiran, Melestarikan Kesatuan”
Tinta
Pimpinan oleh :
Nurul
Izzaty binti Osman
Ketua
HEWI KPIPM sesi 2016/2017
No comments:
Post a Comment