Saturday, December 3, 2016

MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM DI PERINGKAT KPIPM



MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM DI PERINGKAT KPIPM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

           Sesi pengajian fasa pertama bagi 2016/2017 kini   berada di dalam tempoh persediaan menuju ke musim peperiksaan. Semua mahasiswa/wi sedang bersiap sedia dengan setiap medium yang ada bagi memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
       
          Sehubungan dengan itu, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2016/2017 memaklumkan bahawa pada tanggal 4 Rabi'ul Awwal 1438 H bersamaan 3 Disember 2016 adalah tarikh penangguhan bagi sebarang program di peringkat KPIPM dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah dan motivasi. Ia bertujuan memberi persediaan dan semangat yang jitu kepada mahasiswa/wi dalam menghadapi peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi.

          Oleh yang demikian, KPIPM mengharapkan seluruh mahasiswa/wi dapat memanfaatkan setiap peluang yang ada dan memberikan sepenuh perhatian dalam pelajaran. Peringkat KPIPM juga mendoakan agar semua mahasiswa/wi meraih kejayaan dalam peperiksaan seterusnya berbakti kepada ummah.


“BERILMU BERAMAL IKHLAS”
“MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN”


Khairul Naim bin Abdul Razak
Yang Dipertua (Perhubungan Luar & Unit Perangcang)
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2016/2017

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...