14
JUN, KAHERAH- Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM Sesi 2014/2015 telah menyambung
kembali kelas pengajian Tafaqquh An-Nisa’ di peringkat akhawat setelah
ditawaqufkan sebentar demi memberi
laluan kepada imtihan fasa 2 yang lalu. Tafaqquh An-Nisa' kali ini membawakan
pembentangan Kitab Al-'Aqidah Al-Islamiyah yang dibentangkan oleh
Ustazah NorHamiza Binti Majid,
mahasiswi Usuluddin Akidah Falsafah tahun 4, Universiti Al-Azhar, Kaherah.
Kelas yang dijalankan di Dewan Sheikh
Sya'rawi, Baitul Rahman ini mendapat sambutan yang baik dari kalangan ahli HEWI
KPIPM. Kelas ini bermula pada jam 5.00 petang dan berakhir pada kira-kira jam
6.15 petang.
Semoga kelas tafaqquh yang dijalankan ini
menjadi medium efektif bagi melahirkan mahasiswi-mahasiswi yang berkebolehan
dalam membentangkan kitab sekaligus dapat menambah thaqafah dalam kalangan ahli
HEWI KPIPM bertepatan dengan Kempen Ilmuwan Muda yang dibawakan oleh Biro Pelajaran
dan Ilmiah KPIPM sesi 2014/2015.
BERILMU BERAMAL IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"
No comments:
Post a Comment