Wednesday, June 24, 2015

LAPORAN DISKUSI KITAB SIRI II


DISKUSI KITAB SIRI 2 : KITAB AHDAFUNA AKHTAR QADAYA AL-MUSLIMIN

KAHERAH,12 Jun 2015 –Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2014/2015 di bawah Jabatan Fasilitator telah mengadakan Diskusi Kitab Siri 2 khusus buat mahasiswa dan mahasiswi Tahun 1. Diskusi Kitab Ahdafuna Akhtar Qadaya Al-Muslimin telah diadakan di Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi, Baitul Ridzuan. Program ini bermula selepas solat fardhu Maghrib. Diskusi kitab ini telah disampaikan oleh Saudara Amar Arif bin Ahmad Po’aad.

Kitab Ahdafuna Akhtar Qadaya AL-Muslimin ini membincangkan tentang tujuan utama manusia diciptakan di muka bumi Allah ini. Setiap muslim mestilah mengetahui peranan mereka iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran serta menjadi penerus dalam membawa risalah Nabi Muhammad SAW.

Program ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Yang Dipertua KPIPM sesi 2014/2015, Saudara Mohamad Asri bin Mohd Salim. Pihak penganjur mengharapkan supaya mahasiswa dan mahasiswi dapat mengambil input yang disampaikan dan seterusnya menjadi agen perubah kepada diri sendiri dan masyarakat suatu hari nanti.





"Membumikan Tarbiah Tunjang Generasi Rabbani"
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"

Tuesday, June 16, 2015

SUNNAH SPORT SWIMMING ACTIVITY



ISNIN, 15 JUN 2015 - Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2014/2015 telah mengadakan  aktiviti sukan sunnah  yang diberi nama "Sunnah Sport Swimming Activity" untuk ahli akhawat sahaja bagi menjayakan salah satu kempen di bawah BTKKR KPIPM sesi 2014/2015 iaitu Kempen Take 5. Peserta bertolak dari Wisma Perak ( Baitu Rahman ) pada  jam 8.15 pagi dan tiba di Markaz Syabab Bab As-Sya'riyyah  di Abbasiah pada jam 8.30 pagi. Aktiviti ini telah disertai oleh seramai 36 orang  termasuk beberapa orang ahli dari BKAN Taakhi, iaitu Perlis.

         Sukan ini diadakan adalah untuk mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli HEWI KPIPM dan menambahkan kecergasan fizikal dan mental  sekaligus merehatkan minda  setelah berakhirnya fasa imtihan bagi ahli Pengajian Islam dan Sains Kesihatan.

         Sukan ini juga adalah satu sukan sunnah yang digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk dipelajari selain berkuda dan memanah. Justeru, harapan di peringkat penganjur adalah semoga aktiviti-aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan ahli serta melahirkan pemudi yang sentiasa cergas dari segi fizikal dan mental seterusnya menjadi lebih kuat untuk meneruskan survival perjuangan Islam dan KPIPM khususnya.

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS

“MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN”

KELAS TAFAQQUH AN-NISA'



14 JUN, KAHERAH- Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM Sesi 2014/2015 telah menyambung kembali kelas pengajian Tafaqquh An-Nisa’ di peringkat akhawat setelah ditawaqufkan sebentar  demi memberi laluan kepada imtihan fasa 2 yang lalu.  Tafaqquh An-Nisa' kali ini membawakan pembentangan Kitab Al-'Aqidah Al-Islamiyah yang dibentangkan oleh Ustazah NorHamiza Binti Majid, mahasiswi Usuluddin Akidah Falsafah tahun 4, Universiti Al-Azhar, Kaherah.
     Kelas yang dijalankan di Dewan Sheikh Sya'rawi, Baitul Rahman ini mendapat sambutan yang baik dari kalangan ahli HEWI KPIPM. Kelas ini bermula pada jam 5.00 petang dan berakhir pada kira-kira jam 6.15 petang.
   Semoga kelas tafaqquh yang dijalankan ini menjadi medium efektif bagi melahirkan mahasiswi-mahasiswi yang berkebolehan dalam membentangkan kitab sekaligus dapat menambah thaqafah dalam kalangan ahli HEWI KPIPM bertepatan dengan Kempen Ilmuwan Muda yang dibawakan oleh Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2014/2015.

BERILMU BERAMAL IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"



KEBERSAMAAN ADALAH WASILAH KEKUATAN ORGANISASI



Manusia adalah makhluk sosial yang tidak boleh hidup bersendiri dan manusia juga perlu berada di dalam satu kelompok ataupun dikatakan satu jemaah bagi melengkapi kehidupannya. Allah S.W.T menciptakan manusia beraneka ragam dan berbeza-beza tingkat sosialnya. Ada yang kuat dan ada yang lemah, ada yang kaya dan ada yang miskin dan sebagainya. Demikian pula Allah S.W.T menciptakan manusia ini dengan keahlian  dan kepandaian yang berbeza-beza pula. Semua itu adalah dalam rangka saling memberi dan saling mengambil manfaat ataupun saling melengkapi antara satu sama lain. Orang kaya tidak dapat hidup tanpa orang  miskin yang menjadi pembantunya manakala orang miskin tidak dapat hidup tanpa orang kaya yang memperkerjakan dan mengupahkannya. Jadi di sini jelas yang mana perlunya seseorang itu duduk di dalam satu jemaah dan tidak tinggal bersendirian.

Allah S.W.T telah berfirman: “Apakah mereka  yang membahagi-bahagi rahmat tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan di dunia dan kami telah meninggikan sebahagian mereka dan sebahagian yang lain beberapa darjat agar sebahagian mereka dapat mempergunakan sebahagian yang lain. Dan rahmat tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (Az-Zukhruf: 32)

Kehidupan bermasyarakat sendiri tidak akan tercipta dengan sempurna kecuali dengan seorang pemimpin dan kebersamaan. Oleh kerana itulah Islam begitu menekankan agar kaum muslimin bersatu dalam sebuah jemaah di bawah satu penguasa. Seorang mukmin dan mukmin yang lain seperti menampung serba kekurangan seseorang itu.

Sabda Rasulullah S.A.W “ Hendaklah Kamu berada dalam jamaah dan jauhilah kamu dari perpecahan sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua dan barangsiapa yang menginginkan tempat tinggal di syurga maka hendaklah berada dalam jemaah” ( Hadith Sahih riwayat Tirmidzi, Ibn Majah dan Humaidi)

Sungguh indah kebersamaan dalam satu kelompok ataupun jemaah dan sungguh nikmat hidup dalam keteraturan di bawah satu organisasi. Satu organisasi ataupun jemaah mestilah berpandukan atas dasar yang tetap iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Jika keluar dari salah satu maka akan terjatuh dalam perpecahan. Nikmat kebersamaan dalam satu organisasi dengan satu kepimpinan dapat dirasakan sejak zaman para sahabat dengan Rasulullah S.A.W sebagai pemimpinnya. Maka ketika Rasulullah S.A.W wafat para sahabat segera membicarakan siapa khalifah yang akan menjadi pemimpin selepas peninggalan Rasulullah S.A.W.

Ini bukan kerana kegilaan kuasa para sahabat tetapi kerana mereka faham dengan betul betapa pentingnya keberadaan seorang pemimpin itu dalam kebersamaan. Tentu kepemimpinan tanpa ketaatan adalah satu benda yang sia-sia. Oleh kerana itulah Allah S.W.T memerintahkan agar seorang itu mentaati pemimpin yang Allah takdirkan.

Firman ALLAH S.W.T : “ Wahai orang-orang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan pemerintah/pemimpin di kalangan kalian”. (An-Nisa':59)

Maka betapa pentingnya seorang itu berada di dalam satu golongan ataupun kelompok ataupun satu jemaah. Ini kerana boleh satu kelompok itu menampung serba kekurangan di antara satu sama lain. Jadi disini ana berharap kita istiqomah dengan organisasi yang kita ada sekarang. Kerana kita  perlu yakin dan jelas bahawa kita perlu berada kebersamaan di dalam sebuah jemaah atas dasar Al-Quran dan As-Sunnah.

“BERILMU, BERAMAL, IKHLAS”
“MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN”


OLEH: MUHAMAD SAIFUL ADLI BIN AHMAD PADLI
KETUA BIRO PERHUBUNGAN, SAMBUTAN & REHLAH KPIPM 2014/2015

MAKLUMAN : MUHASABAH DAN CADANGAN KPIPM SESI 2014/2015




MAKLUMAN : MUHASABAH DAN CADANGAN KPIPM SESI 2014/2015

Kalam saidina Umar r.a yang bermaksud :
“ Hitunglah dirimu sebelum kamu dihitungkan ”

Dikesempatan ini barisan pimpinan KPIPM sesi 2014/2015 berhasrat untuk menyediakan medium muhasabah dan cadangan sepanjang perjalanan aktiviti KPIPM sesi 2014/22015 kepada seluruh ahli sekalian.

Hal ini bertujuan untuk memberi ruang seluas-luasnya kepada kalian untuk melontarkan sebarang muhasabah mahupun cadangan sepanjang perjalanan aktiviti KPIPM sesi 2014/2015 yang telah lalu sekaligus ia dapat melancarkan dan melicinkan lagi gerak kerja di peringkat KPIPM bagi tempoh yang berbaki bagi sesi kali ini.

Borang muhasabah dan cadangan akan dibuka dari 16 sehingga 20 Jun 2015. Sebarang muhasabah dan cadangan boleh dibuat pada pautan berikut :

Google Form (Culaan Mahabbah KPIPM) : http://goo.gl/forms/jg2QddEMeY

Sebarang permasalahan atau pertayaan sila hubungi :

Setiausaha Agung KPIPM
Muhamad Akmal Bin Ahmad
+210058452897

Setiausaha HEWI KPIPM
Umi Atikah Binti Samsudin
+201122528674

BERILMU BERAMAL IKHLAS
“ Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan ”


LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...