Kaherah – 3 April 2014 : Keluarga Pelajar-pelajar Islam
Perak Mesir telah mengadakan Program Ehya’ Jumaah sekaligus mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Biro di bawah KPIPM. Program ini telah dijayakan pada sesi-sesi sebelumnya dan
diteruskan lagi pada sesi kali ini dibawah kelolaan Biro Dakwah dan Tarbiah.
Perlaksanaan ini sedikit sebanyak dapat memberi impak yang positif kepada ahli
KPIPM kerana memperkenalkan kempen bagi setiap biro dan dalam masa yang sama
dapat membina syakhsiah mahasiswa dari acuan azhari khususnya.
Program
ini dimulai dengan solat maghrib berjemaah,membaca surah yasin dan diteruskan
dengan pengisian tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Nur Aini Kamilah bt Abd Razak. Perkongsian
yang dibawa berkaitan dengan kisah salafussoleh.Beliau menekankan mengenai
aspek syakhsiah diri dari segi amalan kebaikan, amanah, menjauhi
perkara-perkara ghibah, mengelakkan diri dari sifat marah dan saling
menghormati.Akhlak yang mulia merupakan uslub yang paling penting dalam diri
seorang daie yang membawa risalah perjuangan baginda Rasulullah s.a.w.Sebagaimana
firman Allah Ta’ala dalam kitab mulia Nya “ Ajaklah ummat manusia ke jalan
Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan dengan nasihat yang baik..”(Surah Al-Nahl :
ayat 125).
Selepas selesai sahaja tazkirah program diteruskan lagi dengan
pelancaran kempen bagi setiap biro yang dimulai dengan Biro Ekonomi,Biro
Perhubungan Sambutan dan Rehlah,Biro Perumahan,Biro Pelajaran dan Ilmiah,Biro
Tabung Kebajikan Kesenian dan Riadah dan yang terakhir adalah Biro Dakwah dan
tarbiah.Kempen tersebut telah ditandatangani oleh Yang Dipertua KPIPM Sesi
2014,Ustaz Mohamad Hazim bin Mohamad Halim.Kemudian program diteruskan lagi
dengan pemberian watikah kepada semua fasilitator untuk muzakarah berkelompok
untuk sesi 2014.
Keesokan
harinya, program ini diteruskan lagi dengan solat subuh berjemaah bacaan al-Ma’thurat dan bacaan surah waqiah.Seterusnya
program diteruskan lagi dengan pengisian rohani yang disampaikan oleh Ustaz Munir Izzam Ilyas bin Azmi selaku Ketua Biro
Tabuhg Kebajikan Kesenian dan Riadah sesi 2014. Kisah yang dikongsikan adalah berkaitan
dengan Lapangan dalam Berdakwah.Dakwah adalah satu pekerjaan yang membawa
kepada ganjaran yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Dalam berdakwah banyak
uslub-uslub yang telah digariskan oleh para ulama. Sehubungan dengan itu, jangan
merasa kekurangan yang ada pada diri tidak mampu untuk melaksanakan dakwah
tersebut. “ Gilaplah bakat dan kelebihan yang ada pada jalan Allah, dan
terimalah kekurangan yang ada serta perbaikilah agar lebih baik”. Akhirnya
program di akhiri dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr.
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS.
MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN.
"SATU FIKRAH, SATU AMAL"
No comments:
Post a Comment