Kaherah, 20 Disember
2012 – Program Ehya’ Juma’ah
yang dikendalikan oleh Biro Dakwah Dan Tarbiah semestinya mendapat sambutan hangat
di kalangan ahli KPIPM sendiri. Program yang saban tahun menjadi agenda mingguan
KPIPM itu menjadikannya sebuah medium untuk mengumpulkan ahli KPIPM serta
meneruskan sesi pentarbiahan.
Bersempena dengan musim
imtihan yang semakin hangat ini, KPIPM melalui program ini membuat satu
insiatif iaitu solat sunat hifzi dalam usaha meningkatkan persiapan ahli KPIPM
bagi menghadapi imtihan yang bakal tiba tidak lama lagi. Solat sunat hifzi ini
dilakukan dengan tujuan beribadah serta meningkatkan daya ingatan sepertimana
hadith yang mengisahkan tentang Saidina Ali R.A. yang mengadu kepada Rasulullah
SAW tentang lemahnya hafalan beliau.
Kali ini KPIPM menjemput
2 orang anak Perak daripada Maahad Qiraat Al-Azhar, Shoubra untuk mengepalai
solat sunat hifzi iaitu saudara Muhammad Bin Zaba dan saudara Muhammad Khairul
Hafizin.
“Dengan medium ini, KPIPM akan terus berusaha memberikan yang terbaik
kepada ahli KPIPM dalam apa jua skop kebajikan khususnya pembinaan modal insan
yang berkualiti.” Ujar saudara Mohd Fadzil Rahim selaku Ketua Biro Dakwah Dan
Tarbiah bagi sesi kali ini.
No comments:
Post a Comment