Kaherah, 13 Disember 2012 - "Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang
beriman keluar semuanya (pergi berperang), oleh itu hendaklah keluar sebahagian
sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal)
itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya
mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu
kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan
larangan Allah)."(surah
At-taubah ayat ke 122)
Sempena musim imtihan yang bakal tiba ini, Keluarga
Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir bagi sesi 2012/2013 dengan julung-julung kalinya
telah mengadakan sebuah Program Motivasi Kecemerlangan. Pada sesi kali ini, KPIPM
telah menjemput beberapa tokoh mahasiswa daripada anak Perak bagi mengisi program motivasi
tersebut. Antara tokoh tersebut adalah saudara Wan Ahmad Hafizi Bin Wan Junaidi,
mahasiswa Kuliah Perubatan Tahun 5 Universiti Kaherah, saudara Afifi Bin
Abdullah, mahasiswa Darul Ifta’ Tahun 2 Universiti Al-Azhar Kaherah dan saudara
Mohammad Omar Bin Adam, graduan Kuliah
Usuluddin Universiti Al-Azhar Zagazig.
Program di bawah kelolaan Biro Pelajaran Dan Ilmiah
itu telah dimulakan selepas solat Isyak. Kehadiran yang menggalakkan telah diserlahkan
pada program tersebut. Banyak input dan tips kejayaan yang dikongsi bersama.
Antara soalan-soalan yang menarik yang ditujukan kepada kedua-dua ahli panel
adalah tips pembelajaran, tips menghadapi tekanan dan pengalaman kejayaan
hidup.
“Kami amat berterima kasih kepada ketiga-tiga ahli
panel kerana sudi mengemudi program motivasi kecemerlangan bagi sesi kali ini.”
Kata saudara Nizamuddin Sabri, selaku Ketua Biro Pelajaran Dan Ilmiah bagi sesi
kali ini. “KPIPM mengharapkan kejayaan daripada ahli KPIPM dalam imtihan yang
bakal tiba ini. Semoga dengan motivasi ini dapat menjadi satu titik tolak
kepada seluruh ahli KPIPM dalam meniti sebuah kejayaan yang cemerlang.” Ujar
saudara Hanif Abdullah selaku Yang Dipertua
KPIPM sesi 2012/2013.
No comments:
Post a Comment