Wednesday, July 6, 2011

Aspek Keselamatan Perlu Diutamakan

Allah Taala berfirman dalam al-Quran bermaksud : “Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan”. (Al-Baqarah : 195)

Pihak KPIPM menyarankan agar semua ahli meningkat lagi tahap keselamatan terutamanya semasa tempoh peperiksaan ini.

Aspek keselamatan selalu terabai apabila tiba musim imtihan. Sekiranya ianya diabaikan kemungkinan besar ia akan memberi kesan kepada tumpuan kita terhadap peperiksaan yang sedang dihadapi.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya”. (Al-Imran : 159)

Dan pihak KPIPM juga menyarankan agar seluruh ahli agar tidak bertindak terburu-buru di dalam sesuatu perkara. Tambahan pula jika melibatkan warga tempatan (arab).

Terutama bagi akhawat perlu senantiasa menjaga tahap keselamatan diri. Keadaan Mesir yang dilihat belum stabil sepenuhnya kini, memerlukan kepada ikhwah mahupun akhawat saling nasihat-menasihati sesama kita.

Ini kerana dibimbangi akan mengundang masalah yang lebih besar yang juga di luar pengetahuan kita bersama.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yangsabar”.

Sebarang permasalahan yang berlaku, diharapkan agar dilaporkan segera kepada YDP KPIPM, Pengerusi atau mana-mana AJKT bagi memastikan segala tindakan susulan dapat dijalankan.

Semoga segala urusan kita di muka bumi Mesir ini khususnya dipermudahkan olehNya dan di mana-mana sahaja kita berada umumnya.

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...