SHOUBRO, 10 Jun – Muhafazah Shoubro telah menjadi sasaran Liqa’ Mahabbah Pimpinan baru-baru ini.
Liqa’ tersebut telah diadakan bertempat di markaz DPM Shoubro. Majlis ringkas itu bermula sejurus selesai solat Asar.
Banyak perbincangan dan pertukaran pandangan semasa majlis berlangsung.
Disamping melawat ahli KPIPM di Shoubro, para pimpinan juga dapat melihat sendiri masalah-masalah yang berlaku di kawasan mereka.
Aspek kebajikan dan pendidikan juga tidak terlepas dari menjadi topik perbincangan.
Sebelum majlis berakhir, beberapa penjelasan berkenaan isu-isu sekitar anak-anak Perak turut diberikan agar memastikan penerimaan info-info yang penting di semua peringkat.
“ Semoga ziarah kali ini akan berterusan terutama ke muhafazah Shoubro untuk melihat sendiri masalah anak-anak Perak di sini”. Ujar saudara Amar bin Jusoff Khadidi yang juga merupakan Duta KPIPM di Shoubro.
“Terima kasih pimpinan KPIPM kerana sudi hadir menjenguk kami di sini”. Tambah beliau lagi.
Sebelum berpindah kepada majlis jamuan, KPIPM juga menyampaikan cenderahati kepada Duta KPIPM di Shoubro, saudara Amar bin Jusoff Khadidi sebagai tanda terima kasih dari pihak pimpinan yang hadir.
No comments:
Post a Comment