Saturday, June 13, 2009

Ziarah Ustaz Khairi

KAHERAH, 12 JUN - Ziarah menziarahi adalah amalan yang dituntut di dalam Islam. Pada Program Muhasabah Separuh Penggal lalu, ahli KPIPM menekankan supaya amalan ziarah perlu dipertingkatkan di kalangan ahli KPIPM.

Hari ini, Ahli Jawatankuasa Tadbir telah menjalankan ziarah mingguan ke rumah ahli seperti biasa yang dijalankan pada setiap Hari Jumaat. Pada hari ini, ziarah telah dijalankan ke rumah Ustaz Khairi, berbetulan cahaya mata yang baru diterimanya.

Ziarah yang bermula selepas asar itu turut disertai oleh beberapa orang ahli, dan selesai sekitar maghrib.

Ziarah yang telah dijalankan selama sebulan ini, telah dijalankan ke beberapa buah rumah di sekitar Kaherah. Alhamdulillah, ziarah ini mendapat sambutan oleh tuan rumah dan dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim sesama ahli.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...