Monday, June 1, 2009

Perancangan Program Fasa Akhir KPIPM

KAHERAH, 31 MEI - Musim Peperiksaan akan berakhir tidak lama lagi, dan KPIPM sedang bersiap sedia untuk menjalankan aktiviti seperti biasa yang dijalankan selepas peperiksaan. Wartawan blog telah menghubungi Yang Dipertua, Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil, selaku Unit Perancang dan Panatia untuk mendapatkan maklumat tersebut.

Beliau berkata bahawa pada fasa akhir ini, KPIPM merancang untuk memberikan tumpuan yang lebih kepada thaqafah dan ukhuwah, sejajar dengan tema yang dibawa oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir sendiri, “Julang Thaqafah, Bakti Dicurah”.

Antara yang dirancang ialah Kelas Tafaqquh yang akan bermula pada 20 Jun ini, insya Allah. Beliau berkata bahawa Kelas Tafaqquh diadakan pada sebelah malam, supaya dapat memberi ruang kepada mahasiswa untuk mendapatkan pengajian di Masjid al Azhar. Kitab yang diajar akan dimaklumkan kemudian.

Beliau menambah lagi bahawa sepertimana yang dirancang, Jaulah Ahli Jawatankuasa yang masih berbaki beberapa cawangan lagi, akan dijalankan pada Bulan Julai. Program Bulan Julai ini akan lebih tertumpu kepada Perkampungan Tok Sagor yang diadakan setiap tahun, iaitu pada minggu ketiga, bulan tersebut.

Di peringkat HEWI pula, Program Mawaddah Siri Akhir juga akan dilaksanakan pada pertengahan Julai.

Pada Bulan Ogos, KPIPM memberi tumpuan kepada Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan anjuran PMRAM, dan sambutan Bulan Ramadhan. Kelas Tafaqquh akan ditangguhkan pada Bulan Ramadhan bagi memberi laluan kepada Kelas Pengajian Syeikh Nuruddin.

Manakala Majlis Kesyukuran dan Anugerah Cemerlang (MKAC) dan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) masih belum ditetapkan tarikh lagi.

Mengulas tentang Program Sambutan Mahasiswa Baru, beliau mengatakan bahawa KPIPM masih belum menerima tarikh yang tetap daripada MAIAMPk tentang tarikh ketibaan mahasiswa baru sesi 2009/2010.

Mengulas tentang perpindahan ahli, beliau menyifatkan bahawa tarikh perpindahan masih belum dapat ditentukan lagi, bergantung kepada jadual pembinaan bangunan. Manakala perjumpaan bersama YDP akan diberitahu tarikhnya mengikut keperluan.

Beliau mengharapkan agar kesemua program yang dirancang ini mendapat sambutan daripada semua ahli. Terutamanya Perkampungan Tok Sagor, Mawaddah di peringkat HEWI, Majlis Kesyukuran dan Anugerah Cemerlang, dan Mesyarat Agung Tahunan yang juga merupakan Program Mega KPIPM.

Beliau juga berharap agar perancangan ini dapat berjalan dengan lancar, sepertimana yang dirancang dan segala perpindaan tarikh akan dimaklumkan kemudian.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...