LAPORAN | PROGRAM DAURAH AN-NISA' 2.0 Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2025/2026
LAPORAN | PROGRAM DAURAH AN-NISA' 2.0
Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2025/2026
![]() |
KAHERAH – Program Daurah An-Nisa' 2.0 khusus untuk mahasiswi telah dianjurkan di bawah seliaan Biro Pelajaran dan Ilmiah, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sesi 2025/2026.
Program ini merupakan program daurah khusus mahasiswi kedua bagi sesi kali ini.
Program Daurah An-Nisa' 2.0 telah berlangsung pada 20 dan 31 Ogos 2026 di Dewan Syeikh Sya'rawi, Wisma Baitul Rahman pengajian Kitab Ajarkan Wanitamu Surah al-Nur
Objektif utama program Daurah An-Nisa' 2.0 ini adalah untuk:
1. Menghidupkan suasana ilmiah.
2. Memantapkan thaqafah dalam kalangan mahasiswi.
3. Mengeratkan ukhuwah sesama mahasiswi Perak.
Pada 20 Ogos 2026, kelas pertama bagi Kitab Ajarkan Wanitamu Surah al-Nur telah disampaikan oleh Ustazah Nik Anis Azizah binti Nik Aziz, Ketua Biro Pengetahuan KPKM sesi 2025/2026. Sesi bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.
Seterusnya, pada 31 Ogos 2026, kelas kedua dijalankan dan kitab telah dikhatamkan. Sesi ini bermula pada jam 7.30 malam dan berakhir pada jam 9.30 malam.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang menjayakan program ini. Pihak Biro Pelajaran dan Ilmiah berharap agar objektif program untuk memperkasa thaqafah dan ukhwah dalam kalangan anak Perak tercapai, sekaligus merealisasikan pembawaan KPIPM, insya-Allah.
#WeStandWithPalestine
#BersamamuPalestin
#KPIPMKeluargaKita
#KeluargaKitaKitaJaga
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"
Disediakan oleh:
Nur Alya Marsya binti Nurahmad Sallehin
Ketua Biro Pelajaran dan Ilmiah HEWI
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir Sesi 2025/2026




Comments
Post a Comment