LAPORAN | PROGRAM DAURAH SYITA’IYYAH 2026 (SYITA’IYYAH ’26)




 LAPORAN | PROGRAM DAURAH SYITA’IYYAH 2026 (SYITA’IYYAH ’26)

Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM Sesi 2025/2026

KAHERAH – Program Daurah Syita’iyyah ’26 telah dianjurkan di bawah seliaan Biro Pelajaran dan Ilmiah, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sesi 2025/2026 dengan tema “Menghidupkan Ilmu, Menggerakkan Amal”.


Program ini merupakan program daurah pertama bagi sesi kali ini dan dikategorikan sebagai program separa mega.

Program Daurah Syita’iyyah ’26 telah berlangsung seperti ketetapan berikut:

- 3 & 4 Februari 2026: Pengajian Kitab Manzumah Baiquniyyah (Ulum Hadis)

- 15 & 16 Februari 2026: Pengajian Kitab Al-Taqrirat al-Sadidah (Fiqh Puasa)

 Objektif utama program Daurah Syitaiyyah'26 ini adalah untuk:

1. Meningkatkan thaqafah ahli dalam ilmu turath.

2. Memaksimumkan suasana ilmu dalam kalangan mahasiswa, khususnya anak Perak.

3. Penerapan kefahaman Islam yang syumul dalam kalangan mahasiswa.

Pada 3 dan 4 Februari 2026, kelas Ulum Hadis iaitu Kitab Manzhumah Baiquniyyah telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Abi A'la bin Ahmad, Aktivis KPKM. Sesi bermula pada jam 7.30 malam dan berakhir pada jam 9.30 malam.

Seterusnya, pada 15 dan 16 Februari 2026, kelas Fiqh Puasa iaitu Kitab Al-Taqrirat al-Sadidah telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Muiz bin Haji Marzuki, Aktivis BKPPPM. Sesi ini bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 10.00 malam.


Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan penggerak dan semua peserta yang menjayakan program ini. Pihak program Daurah Syitaiyyah'26 berharap agar objektif program untuk memperkasa thaqafah dan ukhwah dalam kalangan anak Perak tercapai, sekaligus merealisasikan pembawaan KPIPM, insya-Allah.

“Menghidupkan Ilmu, Menggerakkan Amal”


#DaurahSyita’iyyah26

#WeStandWithPalestine

#BersamamuPalestin

#KPIPMKeluargaKita

#KeluargaKitaKitaJaga

#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM


BERILMU, BERAMAL, IKHLAS

"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"


Disediakan oleh:

Muhammad Rafiq bin Mohamed Daud

Setiausaha Program Daurah Syita’iyyah ’26

Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir Sesi 2025/2026

Comments