Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) merupakan satu-satunya persatuan yang menaungi dan memelihara serta mengambil berat tentang kebajikan anak-anak Perak yang menuntut ilmu di bumi Mesir, sama ada bidang Pengajian Islam atau Pengajian Sains Kesihatan.
Wednesday, December 30, 2020
PERKONGSIAN KULIAH | 'ASOBAH DI DALAM FARAID
Tuesday, December 8, 2020
MAKLUMAN | DIREKTORI BARISAN AHLI JAWATANKUASA BIRO KPIPM SESI 2020/2021
Monday, December 7, 2020
TEKS PENUH | UCAPTAMA YANG DIPERTUA KPIPM SESI 2020/2021
Saturday, December 5, 2020
KENYATAAN RASMI | MAKLUMAN : PERMOHONAN DERMASISWA LUAR NEGARA (ONLINE) KINI DIBUKA
Bismillahirahmanirrahim.
Makluman kepada semua, permohonan Dermasiswa Luar Negara bagi Mahasiswa/wi peringkat pengajian Ijazah telah dibuka pada :
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"
Wednesday, November 25, 2020
LAPORAN | PROGRAM APRESIASI GRADUAN PERAK DI MESIR 2020 (KHIRRIJIN'20)
LAPORAN | PROGRAM APRESIASI GRADUAN PERAK DI MESIR 2020 (KHIRRIJIN'20)
Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2020/2021
Monday, November 23, 2020
KENYATAAN RASMI | SERUAN MENINGKATKAN TAHAP PENJAGAAN KESIHATAN
Sunday, November 22, 2020
LAPORAN | PROGRAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-54 DAN MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-33 (MAT-54 & MTH-33)
Thursday, November 19, 2020
MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2020/2021
Tuesday, November 17, 2020
MAKLUMAN | PERJAWATAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2020/2021
Thursday, October 22, 2020
MAKLUMAN | PEMANGKUAN JAWATAN JURUAUDIT KPIPM SESI 2019/2020
Jabatan Bendahari Kehormat KPIPM sesi 2019/2020
Adalah dimaklumkan bahawa pemangkuan seperti berikut:
▪Ustaz Hazwan Nurhamzi bin Husin
📞 No. Telefon : +201065123487
⏩ Dipangku oleh
▪Ustaz Muhamad Amirul Syahmi bin Yusof
📞 No. Telefon : +201097151442
Pemangkuan ini berkuatkuasa bermula pada 22 OKTOBER 2020. Sebarang urusan berkaitan boleh menghubungi pemangku jawatan tersebut.
#KPIPMkeluargakita
#BersamaBersatuJayakanUsulYDP
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"
Monday, October 12, 2020
MAKLUMAN | PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KHAS PILIHANRAYA
MAKLUMAN | PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KHAS PILIHANRAYA
Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2019/2020
🔰 Dengan ini pihak KPIPM sesi 2019/2020 bersetuju melantik Ahli Jawatankuasa Khas Pilihanraya :
🔴 Ustaz Muhammad Afiq bin Amran sebagai PENGARAH KPR KPIPM sesi 2019/2020
🔴 Ustazah Effa Azurin binti Abdul Shukor sebagai TIMBALAN PENGARAH KPR KPIPM sesi 2019/2020
📍Sehubungan dengan itu, gerak kerja AJK KPR KPIPM sesi 2019/2020 akan bermula dalam masa yang terdekat
Harap maklum.
#KPIPMkeluargakita
#BersamaBersatuJayakanUsulYDP
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"
Sunday, September 27, 2020
PENA AZHARI | DAULAH KECIL
PENA AZHARI | DAULAH KECIL
Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2019/2020
ان الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله
من شرور أنفسنا ومن سيئات أعالنا, من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ,
وأشهد أن لا اله الا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله –صلى الله
عليه وعلى آله وأصحابه وسلم تسليما كثيرا. اللهم ثبتنا, واجعلنا هاديا مهديا.
Firman
Allah SWT :
وَقُلِ ٱعۡمَلُواْ
فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمۡ وَرَسُولُهُۥ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۖ وَسَتُرَدُّونَ
إِلَىٰ عَٰلِمِ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ
تَعۡمَلُونَ ١٠٥
Maksudnya :”Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan
segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang
beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada
(Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia
menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”
(Surah at-Taubah: ayat 105)
Sebuah ungkapan yang sangat signifikan
dengan pemuda dan dai’ sebagai tunas baru Islam tidak sempurna jika tidak
dihiasi dengan ilmu, amal dan sebar. Kini, kita berada dalam lingkungan sebuah
masyarakat di bawah satu payung yang sudah lama menaungi anak-anak Melayu di
bumi Mesir iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Namun setelah
PMRAM dibekukan bukanlah suatu alasan untuk tidak meneruskan usaha dan jerih
payah mereka terdahulu dalam menjaga kesatuan ini. Medan Keluarga
Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir(KPIPM) merupakan sebuah daulah kecil khusus
untuk anak-anak Perak di bumi Mesir demi menjaga kelangsungan survival PMRAM.
Acapkali pasti terlintas dalam fikiran kita, adakah nilai dan
kepentingan Islam yang dijaga dan diperjuangkan oleh PMRAM suatu ketika dahulu
seiring dengan perjuangan Rasulullah dan para sahabat suatu ketika dahulu juga? Pasti menjadi
persoalan di minda mahasiswa dan mahasiswi kini, bagaimanakah Rasulullah SAW
memposisikan para penolong agama lebih dikenali dengan as-Sabiqun al-Awwalun dalam membangunkan para
intelektual dari kalangan umat Islam pada ketika itu? Adakah mereka terdiri
dari golongan buta huruf, mundur, miskin, pelarian dan seangkatan dengannya
seperti yang digembar-gemburkan oleh para pengkritik dan penentang agama Islam?
Mari sama-sama kita renungi kebijaksaan Rasulullah SAW dalam
memposisikan para sahabat pada ketika itu untuk menjaga umat Islam dan
kepentingannya demi kemaslahatan ummah.
Para Muhajirin dan Ansar pada ketika itu telah dibahagikan kepada 8 golongan. Mereka diklasifikasikan mengikut kemampuan, kebijaksanaan, kemahiran, ketokohan dan keteladanan dalam berperanan penting mengikut posisi yang telah disusun oleh Rasulullah SAW. Antaranya ialah:
- Kebijaksanaan para pemimpin
- Ilmu para ulama’
- Kewibawaan para amilin
- Darah para syuhada (Para prajurit)
- Doa para solihin (Ahli Suffah)
- Kehebatan para da’I (Para pendakwah)
- Harta para aghniya’ (Orang kaya yang dermawan)
- Rahim wanita solehah
Antara para sahabat yang dilatih oleh Rasulullah SAW untuk golongan yang
pertama ialah empat Khulafa ar-Rasyidin. Jika kita menyelak lembaran-lembaran
periwayatan hadis, jarang kita akan dengari hadis yang diriwayatkan oleh
mereka.
Golongan kedua, mereka ini merupakan golongan yang berpotensi dengan
ilmu dan sesuai dengan karakter sebagai seorang ulama, sebagai contoh
Abdullah bin Umar. Suatu ketika saat berlakunya peperangan dan beliau menginjak
umur 16 tahun, beliau meminta izin Rasulullah untuk menyertai peperangan namun
tidak diizinkan. Setelah dipinta oleh ayahandanya Umar al-Khattab maka
Rasulullah mengizinkan tetapi berada sebaris dengan posisi paling belakang bersama-sama
para wanita yang merawat.
Antara sahabat nabi bagi golongan ketiga ialah Hassan bin Thabit. Beliau
berperanan untuk mengajarkan anak-anak orang Islam untuk membaca dan menulis.
Selain itu golongan ini berperanan penting dalam mewujudkan kesenian Islam,
pendidikan Islam dan bidang-bidang fardu kifayah dalam Islam. Sahabat gagah
perkasa seperti Usamah bin Zaid, Khalid bin al-Walid dan lain-lain berada dalam
golongan keempat. Mereka sangat berperanan penting dalam mempertahankan Islam
di medan peperangan.
Golongan kelima kebanyakan mereka ini terdiri dari kalangan ahli Suffah.
Selain itu, kehebatan golongan keenam juga tidak disangkal kerana mereka
merupakan pendakwah yang meredah daratan dan lautan untuk menyebarkan agama
Islam. Maka tidak hairanlah jika jasad mereka disemadikan di China, India dan
sebagainya.
Seterusnya golongan ketujuh merupakan sahabat kaya dan pemurah seperti
Abdul Rahman bin Auf merupakan antara millionaire yang banyak berkorban
dalam perjuangan agama Islam. Manakala golongan terakhir ialah wanita solehah
yang menjaga keturunan dan kemuliannya sehingga terlahirlah generasi hebat dari
kalangan para sahabat,tabiin, tabi tabiin dan seterusnya. Tidak dinafikan
kehebatan para sahabat kerana ramai yang memegang dua hingga tiga peranan dalam menjaga kemurnian Islam.
Sejarah kebangkitan dan kemenangan Islam sehingga berjaya menawan 2/3
dunia suatu ketika dahulu membuktikan Islam megah di persada dunia kerana 8
golongan ini berjaya memainkan peranan penting natijah daripada kebijaksanaan
Rasulullah SAW. Kerajaan Rom dan Parsi pada ketika itu berdiri gah mendabik
dada dengan kekuatan, kekuasaan, kezaliman serta kemegahan ketamadunan mereka.
Namun, benang kebatilan mereka berjaya diruntuhkan oleh kewibawaan dan
kecekalan tentera Islam pada ketika itu. Disebalik kemenangan itu jangan pernah
kita terleka kerana pada tahun 132 hijrah sejarah mencatatkan kejatuhan
kerajaan Islam pada ketika itu. Faktor kelemahan dan perpecahan yang dihadapi
ialah pemimpin yang tidak bijaksana, ulama kaki pengampu, amilin yang pemalas,
syuhada yang pengecut, dai’ yang tidak hebat, para solihin yang terpisah dari
bukit-bukit, orang kaya yang bakhil dan bersikap nafsi-nafsi dan para
wanita yang rosak.
Kemenangan mereka bukanlah untuk dibangga-banggakan sahaja, namun perlu
usaha dan istiqamah dalam meneruskan perjuangan sehingga Islam kembali
menyinari dunia dengan keadilan dan syariatnya. Sebuah pepatah arab berbunyi (كلت يوم أكل الثور الأبيض) yang bermaksud ”Sejak aku izinkan engkau memangsa lembu putih, maka
sebenarnya semenjak itu pula aku mengizinkan diriku dimangsai…”. Peribahasa
arab ini menekankan mengenai pentingnya persatuan dan kesatuan. Apabila sesama saudara membiarkan saudaranya
“diterkam” oleh musuh, maka tunggulah giliran, suatu hari terkaman itu juga menimpa dirinya juga.
Perpecahan merupakan sifat manusia maka sewajarnya pembinaan aspek
kesatuan ini harus dijaga dan dipelihara. Asas sebuah kesatuan dibina di atas dasar
akidah dan keimanan kerana ia merupakan benteng utama umat Islam dalam membela
dan menjaga saudaranya yang lain. Dalam
daulah kecil inilah kita diajar mengenal dan
mempelajari erti pengobanan, Ithar, sabar, saling melindungi dan sebagainya. Hayatilah firman Allah SWT :
وَٱعۡتَصِمُواْ
بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعٗا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ
عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءٗ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم
بِنِعۡمَتِهِۦٓ إِخۡوَٰنٗا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٖ مِّنَ ٱلنَّارِ
فَأَنقَذَكُم مِّنۡهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَٰتِهِۦ
لَعَلَّكُمۡ تَهۡتَدُونَ ١٠٣
Bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu
sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan
kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa
jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu
bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu
orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang
Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu
dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan
kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk
hidayah-Nya”.
Siiru ala barakatillah
Ustazah Mashitah binti Mohd Yusoff
(Setiausaha HEWI KPIPM sesi 2019/2020)
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
“MEMURNIKAN PEMIKIRAN , MELESTARIKAN KESATUAN”
Friday, September 25, 2020
TAZKIRAH JUMAAT | INFAQ, PENGORBANAN HAKIKI DALAM MEDAN DAKWAH
TAZKIRAH
JUMAAT | INFAQ, PENGORBANAN HAKIKI DALAM MEDAN DAKWAH
Jabatan
Fasilitator, Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2019/2020
Harta yang
dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia hanyalah bersifat sementara untuk
memenuhi keperluan harian serta rutin kehidupan selaku hamba Allah SWT. Adapun
kehendak perlu dikawal dan diatasi dengan baik kerana ia sudah semestinya
mempunyai tentangan hebat daripada musuh tegar dari diri seseorang manusia
iaitu nafsu.
Namun, bagi
pendakwah yang menjadikan hartanya sebagai 'bayaran' untuk berjual beli dan
mendapat redha Allah SWT, sudah semestinya diinfaqkan kepada medan dakwah dan
perjuangan Islam. Pendakwah yang sering menyumbang khususnya dari sudut harta
di medan dakwah meletakkan tujuan besarnya dalam memastikan intipati dakwah
dapat disampaikan kepada mad'u dengan lebih lancar, jelas dan memberi impak
yang berkesan.
Islam
menegaskan bahawasanya berjihad menegakkan agama Allah SWT perlu mencakupi
pelbagai sudut dan kekuatan yang dimiliki, iaitu dengan menggunakan jiwanya,
kekuatan anggotanya mahupun harta yang dimiliki. Ibnu Taimiyyah mengatakan :
"Sesiapa yang tidak mampu berjihad dengan badannya, dan mampu berjihad
dengan hartanya, wajib hukumnya berjihad dengan harta". Ini membuktikan
bahawa jihad harta ini bukan perkara remeh yang sering menjadi kesukaran bagi
pendakwah berharta.
Harta dan
anak-anak, dua perkara ini yang lazimnya menjadi gangguan dan kesibukan
seseorang apabila hatinya tidak mengetahui tujuan penciptaannya dan bagaimana
untuk memanfaatkannya. Fitrah penciptaan manusia sudah semestinya mencintai
harta benda.
Firman Allah
SWT ;
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٰتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ
وَٱلۡبَنِينَ وَٱلۡقَنَٰطِيرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَيۡلِ
ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَٰلِكَ مَتَٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ
وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ
Maksudnya:
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada
benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak;
harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan
yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun
tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada
sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."
-Surah
Al-Imran, Ayat 14-
Islam tidak
menghina harta benda dan tidak memeranginya, malah Islam juga tidak melarang
seseorang untuk menjadi kaya kerana ia memberi manfaat buat sesiapa yang
memanfaatkannya semula buat Islam. Namun Islam menyatakan bahawa wujud juga
satu golongan yang mempunyai sifat bakhil. Sedangkan Islam menguatkan bahawa
harta benda ialah nikmat Allah SWT yang mesti disyukuri. Allah SWT telah
berpesan di dalam Al-Qur'an agar manusia menghindari sifat-sifat bakhil di
dalam firman-Nya:
هَٰٓأَنتُمۡ هَٰٓؤُلَآءِ تُدۡعَوۡنَ
لِتُنفِقُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ فَمِنكُم مَّن يَبۡخَلُۖ وَمَن يَبۡخَلۡ
فَإِنَّمَا يَبۡخَلُ عَن نَّفۡسِهِۦۚ وَٱللَّهُ ٱلۡغَنِيُّ وَأَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُۚ
وَإِن تَتَوَلَّوۡاْ يَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓاْ
أَمۡثَٰلَكُم
Maksudnya:
"(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru
supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan
Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang
berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya
sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun),
sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam
segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma)
Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan
berkeadaan seperti kamu."
-Surah
Muhammad, Ayat 38-
DARI MANAKAH
SUMBER DANA?
Tidak wujud,
berjalan, mahupun berkesan sesebuah dakwah tersebut tanpa adanya sebuah
aktiviti atau program. Dan tidak dapat tidak, ianya memerlukan dana dan sumber
kewangan bagi memastikan perjalanannya berjalan lancar dan baik. Lantaran itu,
sumber kewangan daripada penyumbang dana menjadi suatu kemestian bagi membiayai
aktiviti atau program tersebut sehingga mampu menuju sasarannya dan memperoleh kejayaan.
Dakwah tidak
akan berjaya sekiranya ahlinya bakhil serta tidak menyumbang untuk kelangsungan
aktiviti dakwah tersebut. Maka kita perlulah menanamkan dalam minda kita bahawa
setiap aktiviti mahupun program dakwah yang berlangsung akan menjadi kewajipan
buat diri untuk menjadi penyumbang utama dengan kadar yang kita mampu agar
menjadi 'modal' kita di hari perhitungan nanti serta tauladan bagi generasi
baru kelak.
TIDAK ADA
JIHAD TANPA PENGORBANAN
Memang
begitulah hakikatnya, tidak ada jihad tanpa pengorbanan. Suatu hakikat yang
mesti difahami oleh aktivis dakwah secara jelas dan nyata.
Sekiranya
seseorang menyangka bahawa dia akan memberikan komitmen 100% dalam menegakkan
syiar Islam, sanggup melakukan apa sahaja yang diarahkan, akan tetapi dia
bakhil dalam mengorbankan roh, harta, waktu dan segala-galanya, maka hendaklah
dia mengintrospeksi kembali dirinya serta komitmennya terhadap dakwah.
Firman Allah
SWT ;
۞إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ
وَأَمۡوَٰلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَۚ
Maksudnya :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa
mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh
Syurga"
-Surah
At-Tawbah, Ayat 111-
KESIMPULAN
Aktivis
dakwah yang sebenarnya tentu memahami bahawa dia merupakan wasilah dalam proses
pemberian hidayah kepada seseorang serta dalam menyampaikan dakwah kepada
mereka. Untuk menunaikan tugas-tugas dan tuntutan dakwah, maka segala urusan
perlu dipermudahkan, salah satunya ialah harta benda. Ianya mesti diinfaqkan
kepada jalan Allah SWT.
Justeru itu,
perkara tersebut perluah dilakukan dengan berlapang dada dan bersikap dermawan.
Allah SWT
berfirman ;
وَيُؤۡثِرُونَ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ وَلَوۡ
كَانَ بِهِمۡ خَصَاصَةٞۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ
Maksudnya:
"Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada
dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang
berjaya."
-Surah
Al-Hashr, Ayat 9-
Alangkah
bahagianya kita jika Allah SWT menerima semua itu daripada kita. Hebatnya para
sahabat terdahulu, ada dalam kalangan mereka yang miskin dan kekurangan harta
tetapi mempunyai hati yang pemurah menderma dengan nilai yang banyak. Maka
sudah pasti harta mereka diberkati dan pengorbanan mereka diredai oleh Allah
SWT.
Semoga kita
dikurniakan himmah dalam perjuangan dan dakwah sepertimana golongan-golongan
terdahulu berdakwah. Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memastikan
kelangsungan Islam dapat dicapai serta disebar luas di seluruh dunia
Insya-Allah.
Amin.
"Usrah
Pencetak Generasi Tarbawi"
**Sumber
rujukan :
Kitab Apa
Ertinya Saya Menganut Islam karangan Sheikh Fathi Yakan
Bahagian 3
(Bab Ke-2 : Saya mesti bersedia menunaikan kewajipan Infaq dalam dakwah)
Disediakan
oleh: Setiausaha Jabatan Fasilitator, Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi
2019/2020.
BERILMU,
BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN
PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"
Friday, September 4, 2020
TAZKIRAH JUMAAT | KEISTIMEWAAN FIKRAH ISLAMIAH
TAZKIRAH JUMAAT | KEISTIMEWAAN FIKRAH ISLAMIAH
Jabatan Fasilitator, Biro Dakwah dan
Tarbiah KPIPM sesi 2019/2020
Firman Allah SWT :
إِنَّ
ٱلدِّینَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَـٰمُ
Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang benar
dan diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.
(Surah
Ali-Imran : ayat 19)
وَمَن یَبۡتَغِ غَیۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِینࣰا فَلَن یُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ
فِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِینَ
Maksudnya : Sesiapa yang mencari selain daripada Islam
sebagai agama, maka sama sekali tidak diterima daripadanya, dan di akhirat
kelak termasuk ke dalam golongan orang yang rugi. (Surah Ali-Imran : ayat
85)
Allah SWT telah memberikan pilihan kepada
manusia samada memilih Islam atau kekufuran. Apabila Allah SWT tidak
menerima orang yang mengambil agama selain Islam, maka di akhirat kelak dia
termasuk dalam golongan orang yang rugi berdasarkan ayat di atas.
Agama
Islam ialah agama yang akan kekal hingga hari akhirat. Sumber-sumber yang
syarie iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW menjadi pedoman kepada umat
Islam dalam menjalani kehidupan di dunia ini . Ia juga meliputi peraturan dan
undang-undang kehidupan yang luas, lengkap dan merangkumi segenap aspek kehidupan
manusia.
Masyarakat
masa kini kurang memahami ajaran Islam sehingga mencampur
aduk ajaran Islam dengan ajaran yang lain. Sejak zaman kemajuan Islam yang telah
runtuh pada pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah, dunia pada hari ini telah
menafsirkan Islam dengan penafsiran yang menyimpang dan tidak sesuai dengan
hakikat Islam yang sebenar.
Kerana
itu, para pendakwah Islam perlu menerapkan dalam pemikiran umat Islam, tentang
fikrah Islamiah yang syumul selain mengamalkan segala kewajipan yang
telah ditetapkan. Hal ini kerana keistimewaan fikrah Islamiah itu sendiri, yang
berlainan dengan ajaran dan fahaman ciptaan manusia. Antara ciri-ciri khusus keistimewaan
fikrah Islamiah ialah :
1) ISLAM
BERSIFAT AJARAN ILAHI (RABBANIYYAH)
Islam merupakan agama yang bersifat Rabbaniyyah. Ajaran
Islam berbeza dengan ajaran selain Islam yang dicipta oleh akal manusia
sendiri. Penciptanya ialah Allah SWT yang pengetahuanNya meliputi segala
sesuatu. Oleh itu, ajaran Islam mencakupi seluruh fenomena kehidupan. Sifat ini
menyebabkan ajaran Islam mampu mengatasi segala permasalahan kehidupan secara
terus menerus.
Bahkan, sifat "ciptaan manusia" yang ada
dalam ajaran-ajaran selain Islam merupakan kuman yang berjangkit dan
menyebabkan kemusnahan dan kerosakan. Itulah titik tolak tempat munculnya
segala kekurangan dan kepincangannya.
2) ISLAM
BERSIFAT SEMPURNA (SYUMULIYYAH)
Keistimewaan yang seterusnya ialah Islam itu sifatnya
sempurna dan universal mencakupi segala aspek kehidupan manusia mencakupi
segenap dimensi seperti politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan
sebagainya.
Ia juga mencakupi segala peraturan yang tetap tentang
bagaimana hubungan individu dengan dirinya sendiri, keluarga, Tuhan, masyarakat
dan negaranya . Terdapat juga dasar dan prinsip yang diatur sesuai dengan
fitrah manusia yang murni serta menurut pandangan Islam terhadap alam, manusia
dan kehidupan.
Memang benar, zaman moden ini terdapat ajaran atau
peraturan ciptaan manusia yang nampaknya sempurna dalam sesuatu bidang
kehidupan tetapi jika diteliti, ternyata ajaran tersebut tidak sempurna dalam setiap
perinciannya, tidak seimbang dan tidak bersesuaian.
3) ISLAM
BERSIFAT MEROMBAK DAN MEMBANGUN (INQILABIYYAH)
Inqilabiyah ialah melaksanakan perubahan secara
keseluruhan dengan mencabut dan
meruntuhkan jahiliyyah serta membangun atau menegakkan Islam di atas keruntuhan
jahiliyyah itu. Mesti bersifat tajarrud iaitu membebaskan diri daripada prinsip
selain daripada Islam.
Islam tidak membenarkan umatnya hidup secara
Jahiliyyah. Islam tidak hanya ditetapkan sebagai agama bagi sebuah negara dengan
rakyatnya hanya melaksanakan tuntutan Islam dalam skop ibadah sahaja, bahkan Islam
perlu dijadikan satu-satunya sumber peraturan dan pegangan hidup dalam sebuah
negara.
Jadi,
Islam tidak boleh dipisah-pisahkan dan
keseluruhan ajarannya mestilah dihayati, baik berupa perintah , larangan,
ibadah atau selainnya. Allah berfirman yang bermaksud:
"Apakah
kamu beriman kepada sebahagian Kitab Suci, dan kafir kepada sebahagiannya yang
lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian selain kehinaan dalam
kehidupan dunia ini. Dan pada Hari Kiamat kelak mereka akan dikembalikan kepada
siksa yang berat. Allah tidak lengah daripada yang kamu perbuat. " (Surah
Al-Baqarah: ayat 85)
4) ISLAM
BERSIFAT ABADI (ISTIMRARIYYAH)
Keistimewaan yang keempat ialah Islam yang bersifat
kekal dan abadi. Hal ini kerana Islam mampu menyelesaikan segala persoalan
kehidupan dan mampu mengatur kehidupan manusia dalam setiap perkara. Banyak
peraturan yang dicipta manusia diubah semata-mata untuk menyelesaikan sesuatu
masalah dalam suatu keadaan tertentu sahaja, tidak sesuai lagi, sudah
ketinggalan zaman dan nampak kekurangan serta kejanggalannya. Berbeza dengan Islam,
sifatnya abadi dan kekal serta tidak memerlukan kepada perubahan dan dapat
digunakan sepanjang zaman.
5) ISLAM
BERSIFAT SEJAGAT ('ALAMIYYAH)
Keistimewaan kelima, ajaran Islam meliputi setiap
perkara di dunia. Syariah dan peraturan-peraturan Islam menyerap dalam segenap
aspek kehidupan manusia yang terus menerus berkembang dan meningkat di seluruh
pelusuk dunia ini. Islam mengatur kehidupan manusia di mana saja berada di
seluruh permukaan bumi ini.
Ajaran Islam bukanlah terhasil pada lingkungan hidup dan
tradisi di tempat tertentu, bahkan Islam adalah peraturan Ilahi yang menjadi
pedoman hidup bagi umat manusia seluruhnya tanpa mengira tempat dan budaya.
Sifatnya yang bersumber dari wahyu Ilahi yang mencakupi peraturan dan undang-undangnya.
Oleh sebab itu, Islam dapat menguasai wilayah yang luas dan mampu untuk
membentuk kehidupan yang makmur dan sejahtera.
Dengan keistimewaan ini juga, Islam berbeza dengan seluruh peraturan ciptaan manusia kerana ciptaan itu diketengahkan untuk mengatasi sesuatu persoalan yang sedang dihadapi oleh masyarakat. Bahkan Islam menyelamatkan masyarakat dari suasana bertentangan antara suatu masalah dengan masalah yang lain.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Al-Quran
bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi Al-Quran membenarkan Kitab-kitab
Suci yang sebelumnya, dan menjelaskan segala sesuatu dan menjadi petunjuk dan
rahmat bagi kaum yang beriman." (Surah Yusuf: ayat 111)
Sebagai seorang pendakwah menjadi kewajipan ke atas kita untuk menjelaskan fikrah Islamiah ke dalam pemikiran umat Islam hari ini. Umat Islam perlu menjadikan Islam sebagai cara hidup yang meliputi segenap aspek kehidupan, tidak mengambil sebahagian sahaja daripada Islam dan meninggalkan sebahagian yang lain yang menyebabkan kita mudah untuk dipermainkan atau terjerumus dalam permainan musuh.
"Usrah Pencetak Generasi Tarbawi"
**Sumber rujukan :
Kitab Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam karangan Sheikh Fathi Yakan Bab 3 ( Bahan Dakwah )
Disediakan oleh: Setiausaha Jabatan Fasilitator, Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2019/2020.
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN,
MELESTARIKAN KESATUAN"
LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024
LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...
-
SOLAT SUNAT HIFZI Disunatkan bagi mereka yang ingin menguatkan hafalan mereka, terutama yang menghafal al-Quran (golongan hu...
-
ROKOK ~ Asap yang keluar dari rokok mengandungi gas baracun. Antaranya : Amonia ( pencuci lantai ) : Karbon monoksida-menurunkan kemampuan ...