Monday, October 10, 2016

KENYATAAN BERSAMA YDP BKAN : Rondaan Hisbah dan JAKSI Dilaksanakan Berperingkat


KENYATAAN BERSAMA YDP BKAN : Rondaan Hisbah dan JAKSI Dilaksanakan Berperingkat

Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) merupakan wadah kesatuan yang sentiasa aktif menjaga kebajikan anak-anak Malaysia di bumi Mesir sama ada melalui mekanisme biah solehah, pendidikan, kemasyarakatan dan lain-lain lagi.

Baru-baru ini, Unit Hisbah di peringkat BKAN telah mengadakan pertemuan bersama dengan Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI) PERUBATAN. Dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara telah dibincangkan bagi membantu menjaga keadaan keselamatan dan biah solehah dalam kalangan mahasiswa Malaysia di sini.

Hal ini disebabkan peringkat BKAN telah menerima beberapa aduan kes keselamatan dan gangguan seksual terutamanya melibatkan penempatan mahasiswa Malaysia disini. Antaranya di kawasan Hayyu Sabiek, Hayyu Asyir dan beberapa kawasan penempatan pelajar Malaysia.

Susulan daripada tindakan tersebut, peringkat  Majlis Yang Dipertua BKAN bersetuju untuk mengadakan rondaan yang diwakili oleh semua Unit Hisbah BKAN dengan kerjasama JAKSI PERUBATAN dalam membanteras gejala sosial yang tidak sihat dalam kalangan mahasiswa Malaysia. Rondaan tersebut akan dilaksanakan berperingkat mengikut ketetapan yang akan disusun.

Selain itu juga, perlaksanaan seperti ini dapat memelihara maruah dan jatidiri mahasiswa Islam yang menuntut ilmudi perlembahan Nil ini.

Oleh itu, tanggungjawab menjaga keselamatan dan biah solehah ini perlu dijayakan bersama agar dapat membentuk persekitaran yang baik berteraskan syariat Islam.

Semoga Allah SWT mempermudahkan serta memberkati kerja murni ini.

_"Amar Makruf Nahi Munkar"_

#BersamaBersatu

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...