Saturday, October 29, 2016

KALAM RASMI YANG DIPERTUA KPIPM SESI 2016/2017


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

       Segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam yang sentiasa melimpahi nikmat dan kasih sayangNya kepada kita. Selawat dan salam dipanjatkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang tidak pernah berputus asa dan patah semangat dalam meninggikan dan memperkasakan agama Allah SWT. Tidak dilupakan juga, kepada para sahabat Nabi dan insan-insan yang menelusuri jalan jihad dan jejak langkah mereka di sepanjang zaman.

Firman Allah SWT:
 "Allah SWT tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): " Ya tuhan kami, jangan Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." - (Al Baqarah: 286).

       Islam merupakan agama yang syumul meliputi segenap aspek dalam kehidupan sama ada dari sudut pendidikan, kemasyarakatan, ekonomi, politik dan lain-lain. Allah SWT telah menciptakan alam semesta dan melantik  manusia sebagai khalifah-Nya. Dari konotasi berikut, boleh difahami bahawa manusialah yang selayaknya memikul dan menggalas amanah dalam merencana risalah dakwah untuk disampaikan buat masyarakat pada hari ini.

Bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
" Wahai orang – orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya ( dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya ) dan berjuanglah pada jalan Allah ( untuk menegakkankan Islam ) supaya kamu beroleh kejayaan." - (Al Ma'idah : 35).

       Lanjutan dari Firman Allah ini, ilmu yang dipelajari sewajarnya diterjemahkan dan dipraktikkan dalam wadah KPIPM sebagai tindakan dalam berjuang pada jalan Allah bagi menegakkan agamaNya. Melihat kepada pelbagai masalah yang berlaku dewasa kini, tidak dapat tidak bagi setiap pencinta ilmu agar melengkapkan diri dengan ilmu turathi dan kontemporari untuk menghadapi rencam masyarakat pada masa akan datang. Bahkan tidak cukup setakat itu, hardskill dan softskill juga perlu dikuasai. Jadikan medium KPIPM INI sebagai wasilah untuk mempersiapkan diri dan jalan bagi menggapai Mardhatillah.

       Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan KPIPM kali ke-50 telah berjaya dilaksanakan. Para pimpinan dan ahli-ahli KPIPM telah sepakat dan sebulat suara akan menjayakan usul yang telah dibentang dan diperbahaskan, iaitu ;
"Memperkukuhkan peranan KPIPM sebagai wadah kesatuan anak-anak Perak di bumi Mesir dengan :
1) Memperkasakan peranan Lembaga Tabung Ithar dan Unit Kebajikan.
2) Memantapkan Muzakarah Berkelompok dan Unit Biah Solehah bagi membangunkan modal insan."

Dalam masa yang sama, seluruh ahli mesyuarat juga bersetuju dengan usul tergempar yang dibentangkan oleh Amar Arif bin Ahmad Po'aad yang berbunyi ;
“Bersama mempertahankan hak Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) DAN Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) bagi menyatakan solidariti mahasiswa”

      Mesyuarat berjalan lancar dengan bantuan dan kerjasama dari para ahli KPIPM. Semoga keputusan yang telah sama-sama disepakati ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dengan prinsip saling bantu-membantu antara satu sama lain.
Selain itu, saf kepimpinan sesi 2016/2017 juga ingin menekankan 5 item penting yang menjadi pembawaan KPIPM iaitu:
Fikrah         : Menerapkan kefahaman Islam yang syumul mengikut acuan al- Quran dan as-Sunnah.

Thaqafah   : Memaksimumkan pengetahuan ahli dalam ilmu thurathi dan  kontemporari.

Ukhuwah   : Memantapkan ukhuwah dalam kalangan ahli melalui pemerkasaan biah solehah.

Kebajikan   : Mengutamakan kebajikan ahli dalam pelbagai aspek serta mengukuhkan ekonomi KPIPM.

Kemahiran : Meningkatkan penguasaan kemahiran ahli dalam bidang pengurusan dan tenaga mahir.

       Pihak kepimpinan pada sesi kali ini menyeru kepada seluruh ahli KPIPM agar bersama bersatu menjayakan kelima-lima item tersebut bagi memastikan KPIPM terus terkehadapan dari segala sudut.

       Semoga KPIPM terus utuh menjadi wadah kesatuan Islam bagi anak-anak Perak di bumi Mesir ini. Didoakan agar seluruh pejuang agama Allah SWT diberi ganjaran dan dinilai sebagai amal kebajikan dalam memburu redha Allah SWT ini.


BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
“MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN”

KHAIRUL NAIM BIN ABD. RAZAK
YANG DIPERTUA
KELUARGA PELAJAR-PELAR ISLAM PERAK MESIR
SESI 2016/2017

Friday, October 28, 2016

Makluman pemangkuan Ketua Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2016/2017


Makluman pemangkuan Ketua Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2016/2017


BERILMU BERAMAL IKHLAS 
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN "

Monday, October 10, 2016

KENYATAAN BERSAMA YDP BKAN : Rondaan Hisbah dan JAKSI Dilaksanakan Berperingkat


KENYATAAN BERSAMA YDP BKAN : Rondaan Hisbah dan JAKSI Dilaksanakan Berperingkat

Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) merupakan wadah kesatuan yang sentiasa aktif menjaga kebajikan anak-anak Malaysia di bumi Mesir sama ada melalui mekanisme biah solehah, pendidikan, kemasyarakatan dan lain-lain lagi.

Baru-baru ini, Unit Hisbah di peringkat BKAN telah mengadakan pertemuan bersama dengan Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI) PERUBATAN. Dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara telah dibincangkan bagi membantu menjaga keadaan keselamatan dan biah solehah dalam kalangan mahasiswa Malaysia di sini.

Hal ini disebabkan peringkat BKAN telah menerima beberapa aduan kes keselamatan dan gangguan seksual terutamanya melibatkan penempatan mahasiswa Malaysia disini. Antaranya di kawasan Hayyu Sabiek, Hayyu Asyir dan beberapa kawasan penempatan pelajar Malaysia.

Susulan daripada tindakan tersebut, peringkat  Majlis Yang Dipertua BKAN bersetuju untuk mengadakan rondaan yang diwakili oleh semua Unit Hisbah BKAN dengan kerjasama JAKSI PERUBATAN dalam membanteras gejala sosial yang tidak sihat dalam kalangan mahasiswa Malaysia. Rondaan tersebut akan dilaksanakan berperingkat mengikut ketetapan yang akan disusun.

Selain itu juga, perlaksanaan seperti ini dapat memelihara maruah dan jatidiri mahasiswa Islam yang menuntut ilmudi perlembahan Nil ini.

Oleh itu, tanggungjawab menjaga keselamatan dan biah solehah ini perlu dijayakan bersama agar dapat membentuk persekitaran yang baik berteraskan syariat Islam.

Semoga Allah SWT mempermudahkan serta memberkati kerja murni ini.

_"Amar Makruf Nahi Munkar"_

#BersamaBersatu

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...