KHAMIS - AHAD, 16 - 19 JULAI 2015 -
Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah dan Jabatan Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir
dengan kerjasama Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak telah mengadakan satu
program untuk meraikan Aidilfitri bersama-sama dengan seluruh anak-anak Perak
yang berada di bumi Mesir ini yang dinamakan Riang Ria Family Raya ( RIA'15 ).
Menyusur dengan tema "Jalinan Jiwa Menggamit Suasana" Biro Tabung Kebajikan,
Kesenian dan Riadah KPIPM membawakan RIA'15 bertemakan kekeluargaan sesuai
dengan beberapa objektif yang telah digariskan . Antaranya mengeratkan ukhuwah
dalam kalangan ahli Perak serta menggilap bakat ahli Perak melalui aktiviti kesenian
yang telah disusun. Ahli-ahli Perak telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan, ikhwah dengan 6 kumpulan, manakala
akhawat dengan 4 kumpulan. Semua nama kumpulan tersebut dipilih berdasarkan
tema yang dipilih iaitu tema ' kampung ' . Antara nama kumpulan di sebelah
ikhwah adalah Sungai Patin, Sungai Kelah, Sungai Pari, Sungai Lampam, Sungai
Pepuyu dan Sungai Keli, manakala disebelah akhawat , kumpulan Mak Long, Mak
Ngah, Mak Lang serta Mak Su.
RIA'15
berlangsung selama empat hari, bermula dengan Malam Perutusan dan Perasmian
Riang Ria Family Raya ( RIA'15 ) yang dirasmikan oleh Yang Dipertua KPIPM Sesi
2014/2015 , Saudara Muhammad 'Asri Bin Mohd Salim . Program RIA'15 diteruskan
pada hari kedua bersamaan 1 Syawal 1436 h dengan solat sunat hari raya
Aidilfitri di Dataran Kompleks Hayyu 'Asyir di bawah anjuran Badan Kebajikan
Anak Negeri di Mesir. Seusai Solat Sunat Aidilfitri, para pimpinan AJKT dan AJK
HEWI KPIPM telah mengadakan ziarah ke rumah- rumah sewa ahli Perak yang berada
di sekitar Kaherah. Program ini bersambung pada malam dengan acara di sebelah
ikhwah, BBQ dan Malam Tayangan Perdana , manakala di sebelah akhawat telah
diadakan Malam Aspirasi Seni bagi menggilap bakat-bakat dalam kalangan ahli
HEWI KPIPM. Antara pertandingan kesenian yang dipertandingkan adalah Sketsa
Raya, Musical Raya, Boria Raya dan Iklan Raya. Acara berakhir pada jam
11.30 malam.
Keriangan
raya diteruskan lagi pada hari ketiga , bersamaan 2 Syawal 1436 h dengan
aktiviti indoor. Acara indoor ini bermula pada jam 9 pagi hingga 12 tengah
hari. Acara "Suka Ria Raya" disebelah ikhwah mempertandingkan tiga
acara, antaranya Tebar Roti Canai, Cabaran Teh Tarik serta Gubahan Buah.
Manakala di sebelah akhawat pula dinamakan “Riang Ria Raya” mempertandingkan
tiga acara juga iaitu Explorace Raya, pertandingan menganyam ketupat serta
Fashion of The Year. Pelbagai gaya dan ragam dapat dilihat menerusi ketiga-
tiga acara tersebut, memeriahkan lagi suasana program. Di sebelah malamnya
pula, aktiviti diteruskan dengan aktiviti rewang ikhwah dan akhawat bagi
persediaan rumah terbuka Aidilfitri pada keesokan harinya.
Kini
tibalah masa yang dinanti- nantikan , pada hari keempat bersamaan 3 Syawal 1436
h Keluarga Pelajar- pelajar Islam Perak Mesir telah mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri KPIPM yang
berlangsung di Baitul Rahman. Rumah terbuka ini bermula pada jam 11 pagi dan
berakhir pada jam 4 petang . Jelas terpancar kegembiraan pada setiap tetamu
yang hadir walaupun berjauhan dengan keluarga di Malaysia. Setelah berlangsung
selama empat hari , kini tibalah upacara Malam Penutup Riang Ria Family Raya (
RIA'15 ). Malam penutup RIA'15 telah dirasmikan oleh Penasihat KPIPM Sesi
2014/2015 , Saudara Muhammad Ainuddin Bin Mohd Ishak. Acara diteruskan lagi
dengan dua persembahan dari Usrah Al- Muhazirun iaitu di bawah kelolaan Biro
Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM. Hadirin dihiburkan dengan
persembahan pertama dari Usrah Al- Muhazirun iaitu persembahan silat yang
diketuai oleh Saudara Amirul Fahmi bin Zulkifli seterusnya persembahan kedua
dari kumpulan nasyid Usrah Al- Muhazirun . mereka mendendangkan tiga buah lagu
raya. Lebih menarik lagi mereka menjemput Yang Dipertua KPIPM , Saudara Muhamad
'Asri Bin Mohd Salim serta Pengarah Program RIA'15 , Saudara Azri Syazwan Bin
Ahmad bersama-sama mempersembahkan nasyid pada malam penutup tersebut.
Kemudian, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang sepanjang program
RIA'15 , dimulakan penyampaian di sebelah ikhwah . Kumpulan terbaik ( ikhwah )
disandang oleh kumpulan Sungai Patin, manakala di sebelah akhawat , kumpulan
terbaik disandang oleh kumpulan Mak Ngah , persembahan terbaik untuk Malam
Aspirasi Seni Akhawat dimenangi oleh kumpulan Mak Long . Majlis berakhir pada
jam 11.30 malam dengan jamuan ringan.
Besarlah
harapan dari pihak kami Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi
2014/2015 agar program- program sebegini dapat mengeratkan ikatan kasih sayang
yang padu serta jalinan ukhwah yang
kukuh di antara semua ahli Perak di bumi Mesir ini dan dapat melahirkan
mahasiswa dan mahasiswi yang berbakat dalam pelbgai bidang walaupun di mana
posisi sekalipun.
"Jalinan Jiwa Menggamit Suasana"
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"
kesaksian nyata dan kabar baik !!!
ReplyDeleteNama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyarataan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan
Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar
Anda tidak perlu membayar biayaa pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda
untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mahammadismali234@gmail.comdan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com