KAHERAH, 16 FEBRUARI 2015 - Biro Pelajaran dan Ilmiah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2014/2015 telah menyambung kembali kelas Tafaqquh An-Nisa' setelah dihentikan seketika kerana memberi laluan kepada imtihan fasa 1 yang lalu. Pada kali ini, Tafaqquh An-Nisa' menyajikan kepada ahli HEWI KPIPM dengan pembentangan Kitab ' Al-Iltizam Fil Islam ', Silsilah Muhadharah Al-Ustaz Dr. Wajdi Ghanim yang telah dibentangkan oleh Ustazah Siti Nabilah Binti Zakaria, selaku Timbalan Ketua HEWI KPIPM sesi 2014/2015.
Pembentangan tersebut telah dijalankan di Dewan Syeikh Sya'rawi, Baitul Rahman, pada jam 4.30 petang. Aktiviti ini juga mendapat sambutan yang baik dari kalangan mahasiswi Perak.
Antara isi kandungan kitab ini adalah :
1- Iltizam dengan cara hidup Islam merupakan tanggungjawab setiap individu
2- Seorang Muslim perlulah mengabdikan diri kepada Allah sahaja sehingga tidak lagi takut dan risau kehilangan rezeki yang telah ditentukan
3- Seorang Muslim perlu berpendirian tegas, tidak mudah terpengaruh dengan anasir jahat yang membawa kepada kebatilan
4- Iltizam tidak cukup dengan hanya melafazkan melalui kata-kata sahaja, malah ia perlu ditunaikan melalui perbuatan yang hakikat permulaannya memerlukan ilmu, kesedaran dan kefahaman yang betul
5- Sesungguhnya iltizam dengan Islam (iltizam dengan perintah Allah S.W.T) ini merupakan tuntutan yang sangat penting dan besar kepada umat manusia, bahkan ianya bakal menyelamatkan mereka di akhirat kelak seterusnya menjadi tiket untuk masuk ke syurga Allah S.W.T.
Kesimpulannya, semoga mahasiswi Perak yang hadir di majlis ilmu ini dapat mengambil pengajaran dan nasihat yang telah disampaikan oleh Dr. Wajdi Ghanim melalui kitab ini seterusnya dapat menjadi seorang muslimah yang berjaya di dunia dan di akhirat.
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"KEUNGGULAN SYAKHSIAH TUNJANG WAHDAH"
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"
No comments:
Post a Comment