Islam amat menitikberatkan soal pembinaan akhlak didalam
diri umatnya. Pentingnya kedudukan akhlak di dalam Islam ini sehingga ianya
menjadi salah satu misi yang utama diutuskan Rasulullah S.A.W ke atas dunia. Baginda menegaskan dalam sebuah hadis yang
bermaksud: "Sesungguhnya aku diutus hanya untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia." (Riwayat al-Hakim).
Misi yang telah diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad
S.A.W itu telah menjadikan ilmuan barat mengiktiraf Nabi sebagai
manusia no 1 paling berjaya merubah peradaban manusia dari zaman kegelapan
kepada zaman cahaya Islam. Apabila Siti Aisyah r.a.h di tanya oleh seorang Arab
Badawi mengenai akhlak baginda, maka beliau menjawab : “Akhlak Rasulullah saw
adalah seperti Al-Quran”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sejarah Islam telah
membuktikan bahawa pembinaan akhlak islamiah itu adalah merupakan faktor yang
penting dalam membentuk sesebuah masyarakat yang unggul. Rasulullah S.A.W telah
mendidik para sahabatnya mengikut acuan yang ditentukan oleh Allah S.W.T. Maka
natijahnya ia telah berjaya membentuk sebuah masyarakat yang terbaik, beriman
dan bertakwa, berkeperibadian mulia dan amat cenderung dan mencintai kebaikan.
Begitu juga umat yang dapat menghindarkan diri dari kejahatan serta sentiasa
berusaha mencegah kemungkaran.
Dengan segala
kekuatan dan kelebihan yang ada pada umat ketika itu, ianya telah berjaya
membina sebuah peradaban yang unggul sehingga tidak dapat ditandingi oleh
mana-mana tamadun ciptaan manusia yang lain. Umat Islam ketika itu berpegang
teguh dengan prinsip mentaati segala perintah Allah S.W.T dan menjauhi segala
laranganNya.
Dengan erti kata
lain, segala usaha yang dilakukan hanyalah semata-mata untuk mendapatkan
keredhaan dari Allah S.W.T dan rasulNya. Tidak sama sekali melanggar sempadan
yang telah ditetapkan oleh syarak yang akan membawa kepada kemurkaan Allah
Taala.
Namun, kejayaan ini
tidak kekal lama hanya kerana umat Islam pada zaman kini telah jauh terpesong
dari landasan sebenar. Tidak menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan
utama dalam kehidupan seharian. Tambahan pula dengan kemunculan pelbagai aliran
pemikiran yang menyesatkan telah menjadi salah satu punca masyarakat kini jauh
dengan Islam.
Apabila manusia telah
hilang pedomannya yang utama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, maka ia sekaligus
telah meruntuhkan akhlak Islamiah dalam diri seseorang. Punca inilah sebenarnya
yang menyebabkan berlakunya gejala sosial yang berleluasa dan semakin meruncing
di kalangan masyarakat Islam pada hari ini.
Justeru, kaedah
penyelesaian bagi kemelut ini sebenarnya digariskan dengan terang dan nyata
oleh Islam. Cuma yang tinggal untuk berusaha menyelesaikan persoalan itu
mengikut keimanan, keyakinan dan kebijaksanaan diri. Perkara ini yang akan
membimbing untuk menyelesaikan segala permasalahan itu dengan berpandukan
al-Quran serta sunnah. Kedua-duanya adalah sumber rujukan yang ditinggalkan
oleh Rasulullah.
Prinsip yang digariskan al-Quran dan sunnah ini dihayati sepenuhnya oleh
masyarakat yang dibina oleh Rasulullah. Ia mendorong untuk menunaikan hak
saudara mereka dengan kadar dan ruang lingkup yang begitu luas. Ia adalah tanda
kasih serta cinta mereka yang tulen dan sejati terhadap saudara Islam yang
lain.
Hak yang ditunaikan itu bukan saja meliputi hak asas yang ditetapkan oleh Islam. Ia juga membabitkan hak untuk ditegur dengan penuh bijaksana dan dibimbing ke jalan yang benar jika terlanjur melakukan kesilapan. Secara mudah, masyarakat yang dibentuk oleh Rasulullah sentiasa berusaha memastikan saudara Islam mereka yang lain sentiasa terhindar daripada melakukan kemungkaran. Perbuatan yang dianggap menzalimi diri sendiri sehingga mengakibatkan kemurkaan Allah.
Dalam keadaan ini, tidak timbul pula soal hak individu untuk mengatur kehidupan peribadi. Kehidupan individu itu akan memberikan pengaruh terhadap kehidupan bermasyarakat keseluruhannya. Atas kesedaran ini, generasi yang dibentuk oleh Rasulullah sentiasa memikirkan kesan tindakan peribadi mereka terhadap masyarakat umumnya. Mereka sentiasa mendahulukan kepentingan masyarakat berbanding kepentingan peribadi.
Kesedaran itu berjaya mengangkat kedudukan mereka sebagai masyarakat terbaik, terpilih dan berjaya yang disebut oleh al-Quran. Firman Allah bermaksud: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)..." (Surah Ali Imran, ayat 110)
Akhirnya, renungi kata-kata penyair dan pemikir Muahammad Iqbal (m.d.1938): "Usaha untuk mencontohi (kepemimpinan) Nabi Muhammad menuju jalan kehidupan yang benar adalah dengan mengikuti langkah Baginda. Kegagalan kamu mencapainya adalah suatu kepalsuan dan kesilapan."