Perang
Badar merupakan peperangan pertama yang dilalui oleh umat Islam. Ia bepunca
daripada sekatan ekonomi dan rampasan harta penduduk Islam di Mekah. Pada
mulanya kaum Muslimin hanya keluar untuk menyekat kemaraan rombongan Abu Sufian
dan merampas barang dagangan milik penduduk Islam dari kafilah tersebut, akan
tetapi kehendak Allah s.w.t berjalan bertentangan dengan kehendak mereka di
mana Allah s.w.t.telah mempertemukan mereka dengan rombongan tentera Abu Jahal
maka berlakulah satu pertempuran yang dahsyat.
Allah s.w.t telah
merakamkan di dalam al-Quran :
Maksudnya
: “ Supaya Allah s.w.t menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang
salah (kufur dan syirik).”
Sesungguhnya
perang Badar yang bermula dan berakhir dengan pentadbiran Allah s.w.t serta kepimpinan dan anjuranya itu merupakan
pemisah di antara kebenaran dan kebatilan. Mengikut apa yang dikatakan oleh
ulama’-ulama’ tafsir secara ringkasnya bahawa pemisahan (al-furqan)
bermaksud lebih komprehensif, menyentuh hati, luas dan mendalam.
Lembaran
al-Quran ada menukilkan :
Maksudnya
: “ … jika kamu beriman kepada
Allah s.w.t dan kepada apa yang diturunkan oleh kami (Allah) kepada hamba kami
(Muhammad) pada hari “al-furqan”, iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam
dan Kafir di medan Perang Badar)…”
As-Syahid
Sayyid Qutub menjelaskan kepada kita tentang makna pemisahan dalam perang
Badar. Perang Badar merupakan pemisah kepada dua gambaran memungkinkan,
kemenangan dan kekalahan. Meskipun, kemenangan secara zahirnya masih tergambar
kepada kaum Musyrikin dan kekalahan secara batiniah masih tergambar kepada kaum
Muslimin sehingga ada golongan Munafik berkata, “ Orang-orang Muslimin telah
ditipu oleh agama mereka sendiri”. Namun hakikatnya Allah s.w.t sengaja menghendaki
kaum Musyrikin lebih ramai berbanding kaum Muslimin. Ini bertujuan untuk
membezakan di antara yang kalah dan yang menang tanpa melihat kepada kekuatan
mereka sendiri. Allah s.w.t juga
menyedarkan kaum Muslimin bahawa kekuatan sebenar terletak pada aqidah yang
kukuh, dan bukan pada tentera atau canggihnya senjata semata-mata.
Perang Badar juga merupakan pemisah antara dua
era di dalam sejarah kemanusiaan. Manusia keseluruhannya sebelum muncul
perundangan Islam adalah sangat berbeza berbanding selepas terlaksananya sebuah
perundangan Islam. Dengan sifatnya tersendiri, ia memberi lembaran baru bagi
kehidupan manusia, manhaj baru bagi kewujudan insani, sistem baru dalam
sesebuah masyarakat serta pengisytiharan umum bagi kebebasan manusia di atas
muka bumi berlandaskan ketetapan ketuhanan semata-mata disamping mengenepikan
kuasa taghut yang mencabul keagungan Tuhan dan kekuasan-Nya. Islam tidak akan
mampu berterusan dengan akidah penganut-penganutnya yang hanya zahir di
celah-celah slogan penghambaan diri kepada Allah s.w.t semata-mata dan hanya
zahir di dalam akhlak kewibawaan sesama mereka. Islam tidak mungkin bertahan
tanpa bangun menuju ke arah pembentukan sebuah lembaran baru, manhaj baru,
kerajaan baru dan masyarakat baru di dalam realiti sebuah kehidupan akan tetapi
Islam juga dengan sifatnya yang tersendiri telah menghakis segala halangan
materialisme yang mengekang kehidupan umat Islam di dalam proses melaksanakan
ajarannya dan seterusnya melangkah ke arah pembentukan kehidupan manusia
sejagat. Sesungguhnya pembelajaran secara langsung ini datang daripada Allah
s.w.t.
Kebanyakan
golongan Zionis yang datang dari Barat untuk memerangi Islam serta
memusnahkannya turut terpengaruh dengan nilai-nilai murni yang terdapat di
dalam masyarakat Islam. Seterusnya mereka kembali ke negara mereka untuk
memusnahkan undang-undang diktator yang terdapat di negara mereka selepas
mereka menyaksikan saki baki perundangan masyarakat Islam. Seperti mana yang
kita ketahui, golongan Tatar yang datang dari Timur untuk memerangi Islam serta
memusnahkannya turut sama terpengaruh dengan aqidah Islam pada akhirnya. Mereka
membawa dan menyebarkannya di serata dunia dan menegakkannya di bawah sebuah
pemerintahan bermula dari kurun ke lima belas hingga kurun ke dua puluh di tengah-tengah bumi Eropah.
Walau bagaimanapun, sejarah manusia bermula dari ekspidisi Badar telah
terpengaruh dengan pemisahan ini.
Perang
Badar jika kita lihat dari sudut kesannya adalah merupakan fenomena alam yang
telah dirayakan oleh semua makhluk Allah s.w.t
termasuk jin dan malaikat. Manakala di atas pentas dunia pula,
disebutkan bahawa surah ar-Rum ketika diturunkan ke atas baginda seolah-olah
merealisasikan harapan ribuan kaum Muslimin Mekah untuk melihat bangsa Rom yang
terdiri dari golongan ahli kitab dapat mengalahkan bangsa Parsi yang terdiri
daripada golongan penyembah berhala. Dua negara ini merupakan pemegang paksi
dunia ketika itu. Kaum Muslimin dan kaum Musyrikin merupakan kekuatan sejarah
dan pelbagai fenomenanya telah memaparkan peristiwa dramatik yang besar di
pentas dunia yang patut dijadikan contoh pelajaran bagi gerakan Islam pada hari
ini.
Inilah
isyarat kepada hakikat ketentuan yang besar, di mana hak mahupun batil tidak
akan terlaksana jika hanya berdasarkan teori, ia perlu bersifat realiti di mana
kebatilan perlu dihapuskan dan kebenaran di angkat tinggi dengan tangan umat
Islam sendiri. Bukan sekadar bercakap, berdebat ataupun berdialog kosong tanpa
bergerak ke arah itu.
Kebenaran tidak akan tertegak selagi kebatilan tidak
dikalahkan dengan kuasa Islam. Itulah agama yang bermanhajkan gerakan yang
nyata bukan sekadar kepercayaan untuk mencapai pengertian atau untuk bahan
berdebat mahupun untuk kepercayaan negatif.
Justeru
itu, semua kejadian di atas merupakan titik pemisah di antara sifat manhaj
Islam itu sendiri. Tabiat dan hakikat sistem ini terserlah apabila dipamerkan
oleh keperibadian umat Islam tersebut. Kini fenomena perbezaan (al-furqan)
itu akan selalu kita saksikan dikala keberadaan Islam dalam mengalami
detik-detik cemas. Hal ini sangat jelas jika pemahaman kaum Muslimin terhadap
agamanya bersifat padu dalam keadaan semasa, sehingga pemahaman kaum Muslimin
ini dipengaruhi oleh jiwa-jiwa para pendakwah. Itulah fenomena perang Badar
merupakan petunjuk-petunjuk yang begitu menyentuh lubuk hati. Sesungguhnya
Allah s.w.t jualah yang berkuasa atas
tiap-tiap sesuatu.