1.
HIJRAH PERTAMA UMAT ISLAM
Hijrah
ke Habsyah (Ethiopia) pada bulan Rejab tahun ke-7 sebelum Hijrah. Hal terbabit
pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah s.a.w.
dan orang-orang mukmin ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada
Rasulullah s.a.w. tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah s.a.w.
memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan
hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan mendapatkan keselamatan diri di
samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah
untuk agenda seterusnya. Antara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Sayidina
Uthman r.a. dan isterinya Ruqiah anak Rasulullah s.a.w.
Jumlah
mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana
rajanya (Najasyi) dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya. Beliau tidak
menukar umat Islam walaupun akan dijanjikan berupa segunung emas sebagai
imbalan.
Setelah
Islam kembali kuat dan membina ketamaduna tersendiri dibumi Madinah, Rasulullah
s.a.w. telah mengutuskan Ja’afar bin Abi Thalib untuk mengajak Raja Najasyi
memeluk Islam.
Isi
Surat :
Dari
Muhammad utusan Islam untuk An-Najasyi, penguasa Abyssinia (Ethiopia). Salam
bagimu, sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah yang tidak ada Tuhan kecuali
Dia, Raja Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang
Maha Memelihara, dan aku bersaksi bahwa Isa putra Maryam adalah ruh dhari Allah
yang diciptakan dengan kalimat Nya yang disampaikan Nya kepada Maryam yang
terpilih, baik dan terpelihara. Maka ia hamil kemudian diciptakan Isa dengan
tiupan ruh dari-Nya sebagaimana diciptakan Adam dari tanah dengan tangan Nya.
Sesungguhnya aku mengajakmu ke jalan Allah. Dan aku telah sampaikan dan
menasihatimu maka terimalah nasihatku. Dan salam bagi yang mengikuti petunjuk
”.
2.
KEMATIAN RAJA NAJASYI
Najasyi
meninggal pada bulan Rejab tahun ke-9 Hijrah. Sayyidah Aisyah binti Abu Bakar
melaporkan bahawa kubur Najasyi diliputii cahaya. Rasulullah mengadakan solat
ghaib iaitu sembahyang jenazah dari jauh. Rasulullah tidak pernah solat jenazah
ghaib sebelum ataupun sesudah meninggalnya raja Najasyi.
3.
PERANG TABUK
Perang
Tabuk pada tahun ke-9 Hijrah. Ia terletak antara Hijaz dan Syam (Syiria). Dalam
sejarah Islam, peperangan ini merupakan skop peperangan terakhir bagi Nabi
Muhammad s.a.w. Ia dikenali juga dengan “Perang al-‘Usrah” kerana keadaan cuaca
pada ketika itu adalah terlalu panas terik bahkan Tabuk merupakan destinasi
padang pasir yang terlalu jauh.
Kebiasaan
dalam peperangan Nabi s.a.w. tidak memberitahu lokasi dan destinasi yang hendak
dituju kerana untuk merahsiakannya daripada pengetahuan musuh, namun pada
peperangan Tabuk berlaku sebaliknya. Ini kerana besarnya persiapan dan
perbekalan yang harus disiapkan kerana amat sukar perjalanannya agar semuanya
dapat memperlengkapkan diri secukupnya bagi menghadapi angkatan musuh yang
besar.
Namun
dalam masa yang sama, ketika inlah Allah s.w.t. ingin memperlihatkan sikap
sebenar golongan munafik yang mencari pelbagai alasan untuk menghindari diri
mereka keluar berperang kerana kesukaran tersebut bahkan dalam masa yang sama
mengajak pula sahabat-sahabat lain untuk bersama mereka.
Lalu
Allah s.w.t. berfirman : "Orang yang ditinggalkan (tidak ikut ke medan
perang) berasa gembira dengan tinggalnya mereka di belakang Rasulullah dan
mereka tidak suka berjihad (menegakkan ajaran Allah) dengan harta dan jiwa
mereka dalam jalan Allah, dan mereka berkata: Janganlah kamu berangkat(pergi
berperang)dalam panas terik ini. Katakanlah(wahai Muhammad, api neraka lebih
panas, jika mereka mengetahui." (Surah At-Taubah,ayat:81)
Namun,
Rasulullah s.w.t. hanya mempercayai tiga orang dikalangan mereka yang
memberikan alasan tersebut kerana benar-benar jujur mengakui kesilapan mereka.
Sebagai ‘iqab (denda) yang dikenakan kepada mereka sebagai peringatan,
Rasulullah dan para sahabat memulaukan ketiga-tiganya selama hampir 50 hari
sehinggalah datangnya Firman Allah s.w.t. :
"Terhadap
tiga orang yang tidak keluar perang, hingga bumi terasa sempit bagi mereka
(kerana dipulau oleh Nabi dan Sahabat) padahal bumi itu luas, lalu jiwa mereka
pula menjadi sempit, serta mereka telah mengetahui bahawa tiada tempat lari
dari pengajaran Allah melainkan kepada-Nya jua, kemudian Allah menerima taubat
mereka agar mereka thabat dengan taubat mereka, seungguhnya Allah Maha Penerima
Taubat dan Maha Penyayang”. (Surah al-Taubah : 118).
Pulangnya
angkatan tentera Islam dari Tabuk tanpa berperang kerana bantuan tentera Allah
melalui pengutusan Malaikat. Dikatakan semasa angkatan Rom ingin memasuki
wilayah Tabuk, mereka telah digentarkan 100,000 malaikat yang menyamar sebagai
panglima-panglima tentera Islam yang berpakaian serba putih, berbadan besar,
sasa dan tegap disamping mempunyai sut serta alatan tempur yang lengkap seperti
angkatan berkuda dan memanah. Hal tersebut segera mematahkan perasan tentera
Rom untuk memerangi Islam.
4.
ISRAK MIKRAJ RASULULLAH S.A.W.
Menurut
catatan sejarah yang masyhur pada tanggal 27 Rejab tahun ke-11 dari masa
kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu diraikan setiap tahun
oleh seluruh umat Islam dengan pelbagai amalan dan peringatan sebagai ‘ibrah
(pengajaran).
Walaupun
disana terdapat pelbagai khilaf dikalangan ulama’ pada menentukan tarikh dan
tahun yang tepat namun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah
mencatatkan dalam kitabnya al-Tobaqatil Qubra, bahawa berlaku Israk Mikraj
terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke
Madinah.
Israk
ertinya berjalan manakala Mikraj ertinya diangkat kelangit menghadap Allah
s.w.t. Dalam peristiwa tersebut Rasulullah dipertontonkan pelbagai perkara
disetiap lapisan langit sehinggalah sampai ke hadrat Allah dengan difardhukan
kepada Baginda dan semua umat Islam akan solat lima waktu.
Ianya
sejarah penting memperlihatkan mukjizat Rasulullah s.a.w.
5.
LAHIR IMAM SYAFIE R.A
Nama
sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafie’.
Beliau lahir di Ghazzah, Palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijrah. Beliau
adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Fiqh.
Antara
jasa besar beliau adalah menggabungkan antara dua jenis institusi pengajian
(madrasah Hadith di Hijjaz dan madrasah Ra’yu di ‘Iraq). Beliau juga ulama’
pertama yang menyusun dan menulis Kitab Usul Fiqh dan diberi nama al-Risalah.
Antara
peninggalan imam Syafie yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan
sehingga sekarang ialah kitab al-Umm, al-Risalah, al-Hujjah, Ikhtilaful Hadith
dan lain-lain.
6.
PEMBEBASAN BAITUL MAQDIS
Baitul
Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar al-Khattab di zaman
pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan umat Islam di zaman
pemerintahan Abasiyah, golongan Kristian (tentera Salib) telah melakukan
serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota
suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera
Salib tmenduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun.
Setelah
itu ia dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin al-Ayubi.
Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib
pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H.
Pada
tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin)
dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
KESIMPULAN
Alangkah
manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih,
tahlil, tahmid, qiyam, sedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab sebagai
persediaan awal kepada pembukaan Bulan Ramadhan nanti. Semoga amalan Rejab ini
menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kejayaan dan anugerah
Allah s.w.t.
Gelap
malam pasti terang, sang mentari pasti datang. Pencarian hakikat Rejab
sebenarnya datang menyuluh dan menerangi para mukmin. Sucikan kalam, amalan dan
hati semata-mata kerana-Nya. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi
milik kita. Menjadi pemangkin keberjayaan kita dalam imtihan dunia dan akhirat.
Imam
al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab,
Baginda mendoakan: “ Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban
dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”
Imam
al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada
kami Imam Syafie mengatakan : 'Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam :
malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan
malam nisfu Syaaban".
SALAM
IMTIHAN, SALAM KEJAYAAN
"Membentuk
Dengan Acuan Al-Azhar"
"Memartabat
Keilmuan Memimpin Kesatuan"
Disediakan
oleh:
Muhammad
Zuhairi bin Zainal Abidin
__________________________________________
RUJUKAN:
1.
Kitab Lathoiful Maarif karangan Ibn Rejab al-Hanbali
2.
Kitab Fiqh Sirah karangan Syeikh Saied Ramadhan al-Buthi
3.
Kitab Mausu'ah Tarikhul Islami karangan Dr. Raghib al-Surjani
4.
Kitab Manaqib al-Syafie karangan Imam Baihaqi