Saturday, February 5, 2011

Mangsa Ditampar Ketika Diperiksa

Gambar hiasan

KAHERAH, 5 Februari – 3 orang pelajar warga Perak ditahan semalam ketika di dalam perjalanan pulang ke Kaherah bagi urusan pemindahan ke Jeddah. Mereka yang bertolak dari Tanta diawal pagi telah menuju ke Wisma Darul Ridzuan kerana dijadualkan terbang pada hari ini.

Pengalaman pahit itu dirasakan oleh mereka setelah ditahan oleh penduduk tempatan yang sedang berkawal bagi memastikan keselamatan kawasan mereka. Salah seorang dari mereka turut ditampar apabila cuba mempertikaikan perlakuan memunggahkan beg mereka.

Tidak cukup dengan tamparan,ditambah dengan cubaan menggunakan stunt gun elektrik ke badan mangsa. Namun,berjaya dielak oleh mangsa yang menyedari keadaan tersebut. Keadaan tersebut dibiarkan sebelum dibawa ke markaz tentera sebelum disoal siasat dan ditahan sementara.

Penduduk tempatan melakukan sekatan jalanraya besar-besaran berikutan rancangan mengadakan perhimpunan terbesar di Medan Tahrir. Rata-rata tempat turut melakukan sekatan jalan raya bagi keselamatan kawasan mereka.

“Mujur saya sempat mengelak alat itu sebelum mengenai badan saya.” adu mangsa ketika menceritakan detik-detik cemas itu. Dan kira-kira jam 8.30 malam mereka dibenarkan keluar dari tempat tersebut.

Mereka sekali lagi ditahan ketika berdekatan di ‘Abud sebelum dibawa ke markaz tentera di situ. Namun,mereka memilih untuk tidak meneruskan perjalanan kerana bimbang keadaan yang sama berulang.

“Kami ambil keputusan untuk stay di sana bimbangkan perkara lain pula terjadi.”ulas mangsa.

Mereka diberi kebenaran untuk bermalam di kawasan tersebut sebelum meneruskan perjalanan keesokan harinya.

Pihak KPIPM juga menasihatkan kepada semua ahli yang ingin pulang ke Kaherah,sila pastikan bertolak pada waktu yang selamat dan sentiasa mematuhi perintah berkurung yang ditetapkan oleh pihak keselamatan Mesir.

1 comment:

  1. Nama saya Rahma Henny dari Ajman di Dubai UAE, saya adalah korban penipuan di tangan pemberi pinjaman, saya ditipu $ 3.000 karena saya membutuhkan pinjaman $ 90.000 untuk modal usaha dan hutang. Saya frustrasi saya tidak punya tempat untuk pergi, dan bisnis saya hancur dalam proses.

    Itu semua terjadi pada bulan Maret 2019, sampai saya bertemu orang-orang daring yang bersaksi tentang pemberi pinjaman nyata Mrs. GRACE ALEXANDER jadi saya mengajukan pertanyaan dan dia memperkenalkan saya kepada seorang ibu GRACE yang baik yang akhirnya membantu saya mendapatkan pinjaman tanpa jaminan $ 90.000 dengan suku bunga rendah. di perusahaan pinjaman GRACE ALEXANDER.

    Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada Ny. Grace, semoga Tuhan terus memberkati Anda, Ibu Grace atas kejujuran dan perbuatan baik Anda.

    Jika Anda membutuhkan pinjaman atau pinjaman tanpa jaminan, segera hubungi ibu Grace dengan mengirim email ke (gracealexanderloancompany@gmail.com)

    Anda juga dapat menghubungi saya melalui rahmahenny45@gmail.com

    ReplyDelete

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...