Friday, August 20, 2010

Iftor Mahabbah AJKT dan AJK HEWI



19 Ogos 2010 - Sempena Ramadhan Karim,kita digalakkan untuk menambahkan amalan-amalan bagi merebut ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T. Diantaranya, merapatkan ukhuwah silaturrahim sesama muslim bagi memastikan hubungan kita sentiasa kukuh.

Oleh yang demikian, AJKT dan AJK HEWI sesi 2010/2011 telah memulakan langkah menuju ke arah mengukuhkan ukhuwah antara pimpinan dan ahli KPIPM. Hari ini AJKT dan AJK HEWI telah berbuka puasa bersama gabungan ahli mutazawwijin iaitu Ustaz Firdaus B. Abd Razak serta pasangan,Ustaz Khalil B. Yahaya serta pasangan, dan Ustaz Muhammad Mujahid B. Mohammad Fadzil serta pasangan. Majlis berbuka puasa tersebut bertempat di rumah ustaz Firdaus B. Abd Razak serta pasangan di Hayyu ‘Asyir.

Kami AJKT dan AJK HEWI mengucapkan jutaan terima kasih kepada ketiga-tiga pasangan dalam melayani dan kesanggupan menerima kami sebagai tetamu. Semoga ukhuwah sesama kita sentiasa utuh dan kukuh.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...