Tuesday, July 13, 2010

Zikir : Kajian Sains

Otak merupakan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf dan dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ianya berfungsi dengan sempurna. Setiap hari , 14 juta saraf yang membentuk sebagai otak ini, berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita terima adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan saraf-saraf otak tersebut. Apabila zikir diulang-ulang, aktiviti saraf ini bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama kelamaan, kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain yang turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak memulakan perkara baru dengan melihat daripada sudut perspektif yang berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak lansung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Menurut kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan hasil kajian tersebut dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Melalui ujian PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar, sukarelawan diberikan senarai perkataan. Kemudian mereka dikehendaki membaca senarai perkataan tersebut satu-persatu dan mengaitkannya dengan kata kerja yang berkaitan. Berdasarkan pemerhatian, beberapa bahagian otak yang berbeza mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila mereka mengulangi perkataan tersebut, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkannya. Apabila perkataan baru disebut, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Hal ini membuktikan bahawa perkatan yang diulang-ulang seperti zikir meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu sahabat-sahabat, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat yang telah dipilih telah lama mengamal dan menerima manfaat daripadanya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...