Tuesday, April 27, 2021

MINDA PIMPINAN | PENGURUSAN MASA PAKSI SISTEMATIK


MINDA PIMPINAN | PENGURUSAN MASA PAKSI SISTEMATIK

Firman Allah SWT :
وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا 
وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْر(3) 

Maksudnya :
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati supaya pada kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran."
(Surah al-Asr : Ayat 1-3)

  Pengurusan dan masa adalah dua elemen yang tidak dapat diasingkan mahupun dipisahkan dalam mana-mana keadaan. Ini kerana andai tiada salah satunya, maka akan menjadi pincang sesuatu penyusunan dan pengurusan dalam sesuatu perkara. Masa dan pengurusan boleh diibaratkan seperti pen dan dakwat yang saling memerlukan , tanpa dakwat mahupun tinta, tidaklah mampu tercoret mahupun satu huruf di atas lembaran kertas yang kosong. Dalam konteks ini, sukalah saya untuk berkongsi berkaitan pengurusan masa sesuai sebagai seorang mahasiswa/ wi yang perlu melunaskan segala amanah dan tanggungjawab yang dipundakkan ke atas bahunya dengan sebaik mungkin. Hakikatnya, dengan menjaga masa segala yang dirancang dapat dilaksanakan sebaik mungkin, baik urusan peribadi yang kecil mahupun urusan organisasi dengan objektif yang lebih besar.

Sahabat-sahabat sekalian,

  Sebelum saya berkongsi dengan lebih jauh berkaitan pengurusan masa, apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan masa?
Pengurusan masa adalah kemampuan seseorang untuk merancang dan mengawal penggunaan 24 jam masa yang diberikan Allah SWT dengan cara yang efektif untuk mencapai matlamat tertentu. Penggunaan masa yang efektif merujuk kepada cara atau kaedah kita merancang dan menyusun masa itu dengan lebih berkesan dan mendatangkan keuntungan kepada kita. Selaku mahasiswa hari ini, berbagai-bagai hak perlu kita tunaikan seperti hak kepada Allah SWT, hak kepada agama, hak kepada keluarga, hak kepada kawan-kawan, hak kepada masyarakat atau organisasi, , hak kepada pelajaran dan hak kepada badan (diri sendiri).

Sahabat dan sahabiah yang dihormati,

  Oleh itu, seharusnya peringkat kita mempunyai penyusunan dan pengurusan yang rapi, agar segala hak dapat ditunaikan dengan baik dan sekaligus melancarkan perancangan yang telah disusun di peringkat organisasi. Sehubungan dengan itu, suka untuk saya berkongsi secara ringkas berkaitan prinsip "First Comes First". Apakah yang dapat kita fahami daripada prinsip ini? Persoalannya, sebagai seorang mahasiswa/wi yang selalu disibukkan dengan pelbagai tugasan dan segala macam urusan kehidupan, bagaimanakah kita menguruskan segala bebanan tanggungjawab dan amanah yang datang itu dalam satu gerak kerja yang tersusun? Jawapannya adalah dengan menilai dan meletakkan perkara - perkara yang ingin kita lakukan itu di tingkat keutamaan yang tepat. Selepas kita mengenal pasti peringkat - peringkat keutamaan bagi setiap perkara, barulah kita mampu untuk menyelesaikan satu persatu kerja yang telah disusun itu dalam aturan yang berstrategi.

  Sehubungan dengan itu, terdapat empat pertimbangan utama yang perlu dilakukan sebelum memulakan sesuatu perkara :
1. Tentukan kategori sesuatu perbuatan sama ada termasuk dalam kategori Daruriyyat, Hajiyyat atau Tahsiniyat.
2. Timbangkan semua perkara tersebut menggunakan 'Neraca Timbangan Fiqh Awlawiyyat' iaitu : Penting, Tidak penting, Segera dan Tidak Segera.
3. Timbangkan semua perkara tersebut menggunakan 'Neraca Timbangan Fiqh Muwazanat' iaitu :
a) Jika bertembung antara satu perkara baik dengan satu perkara baik yang lain, manakah yang patut diutamakan?
b) Jika bertembung antara satu perkara buruk dengan satu perkara buruk yang lain, manakah yang utama untuk kita elakkan?
c) Jika bertembung antara satu perkara baik dengan satu perkara buruk yang lain, manakah yang utama untuk kita lakukan tindakan?

Sahabat dan sahabiah yang disayangi Allah SWT,

  Saya yakin dan percaya perkara tersebut sudah dihadam dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang mahasiswa /wi Islam yang berjiwa dan bermatlamat besar. Di samping itu, terdapat beberapa faktor penting dalam menentukan pola pengurusan waktu, antaranya  ialah dengan mengetahui kepentingan waktu dan menyedari setiap detik berlalu ada perhitungannya di hadapan Allah SWT,
Dari Abu Bazrah Al - Aslami katanya, Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak akan melangkah kaki anak Adam pada hari kiamat sehingga ditanyakan mengenai umurnya pada apa ia dihabiskan, mengenai ilmu pada apa ia lakukan, mengenai harta dari mana ianya diperoleh, dan ke mana ianya dibelanjakan dan  mengenai tubuhnya, pada apa ianya dihabiskan.”

  Oleh itu, marilah kita merancang dan menyusun sebaik mungkin waktu yang telah diberikan oleh Allah SWT ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud :
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara. Usia mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa senangmu sebelum miskin, masa hidupmu sebelum mati dan masa lapangmu sebelum sibuk.”
Konklusinya, suka untuk saya berkongsi pesanan Imam al-Ghazali "Waktumu ialah umurmu, dan umurmu itu ialah hartamu. Maka bagi hartamu itu ada perniagaan untukmu, dengannya (membolehkan) engkau sampai kepada nikmat yang kekal di sisi Allah SWT. Maka setiap nafas (waktu) daripada itu permata yang tidak ternilai harganya, tiada ganti baginya dan jika terlepas maka ia tidak boleh kembali semula.”

  Bertitik tolak daripada itu, dapatlah kita ketahui bahawa betapa pentingnya pengurusan masa yang tersusun dan rapi oleh seseorang individu. Tentunya, perkara ini kita dapat peroleh dengan melibatkan diri dengan organisasi atau gerak kerja persatuan yang tidak dapat tidak akan mengajar kita mengurus dan membahagi masa.

Sahabat-sahabat sekalian,

  KPIPM merupakan organisasi atau persatuan yang menjadi wasilah untuk mahasiswa/wi Perak di Mesir dalam mempraktikkan pengurusan dari segenap sudut. Lihatlah, Pembawaan KPIPM sesi 2020/2021 yang kedua iaitu “Meningkatkan kualiti Sumber Tenaga dan hubungan luar menerusi pengurusan yang lebih sistematik.” Pembawaan ini menekankan binaan pengurusan yang bersistematik baik dari sudut pergerakan organisasinya mahupun aktiviti ahlinya. 

  Hakikatnya, konteks pengurusan itu luas dan kali ini kita menekankan pengurusan masa yang menjadi induk kepada segala sistem pengurusan. Islam menganjurkan umatnya untuk menyusun atau melaksanakan sesuatu perkara dengan kesungguhan dan tekad yang tinggi. Maka perlulah untuk kita memperkasakan segala bentuk pengurusan yang berkaitan dengan KPIPM. 

  Sepertimana Hadis Nabi Muhammad SAW :
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ
“Sesungguhnya, Tuhan Yang Maha Esa menyukai bahawa jika salah seorang daripada kamu melakukan pekerjaan, maka dia tekun dalam pelaksanaannya.”
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

  Oleh itu, pihak kami meletakkan pembawaan kedua sebagai langkah untuk kami menambah baik pengurusan KPIPM dengan pelaksanaan beberapa aktiviti berbentuk pengurusan dan penghasilan sumber tenaga serta pelaksanaan kunjungan hormat sebagai bentuk pemerkasaan hubungan luar.

  Kedua-dua pembawaan yang telah disebutkan tadi merupakan pembawaan yang menjayakan usul yang telah sama-sama kita persetujui dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-54 yang lalu dengan matan usul yang berbunyi :
“Mengoptimumkan peranan KPIPM sebagai persatuan induk anak-anak Perak dengan memperkasakan kebajikan dan sumber tenaga.”

  Moga Allah SWT pandu setiap perancangan dan memberi taufiq hidayah kepada kita semua. Siiru Ala Barakatillah.

#KPIPMKeluargaKita
#BersamaBersatuJayakanUsulYDP
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
“MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN”

Nukilan daripada :
Siti Suriah binti Dahari
Timbalan Setiausaha (Bendahari) HEWI KPIPM sesi 2020/2021

Saturday, April 3, 2021

MAKLUMAN | PEMANGKUAN JAWATAN TIMBALAN KETUA HEWI KPIPM SESI 2020/2021

MAKLUMAN | PEMANGKUAN JAWATAN TIMBALAN KETUA HEWI KPIPM SESI 2020/2021
Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2020/2021

Berikut merupakan pemakluman pemangkuan jawatan Timbalan Ketua HEWI sesi 2020/2021. Pemangkuan adalah seperti berikut : 

Ustazah Syarifah Khairul Bariah binti Ahmad Daud 
Timbalan Ketua HEWI KPIPM sesi 2020/2021
📞 +201554278616
📧 kpipmtkhewi64@gmail.com 

▶️ Dipangku oleh : 

Ustazah Siti Suriah binti Dahari 
Timbalan Setiausaha (Bendahari) HEWI KPIPM sesi 2020/2021
📞 +201551885464
📧 kpipmtsubendhewi64@gmail.com 

Sebarang urusan yang berkaitan, boleh merujuk kepada pemangku yang telah dilantik.

#KPIPMkeluargakita
#BersamaBersatuJayakanUsulYDP
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM 
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS 
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...