Kaherah,
28 Mac 2013 – KPIPM dengan jayanya mengadakan Program
Pemantapan Du’at (PEMANDU) bagi siri ketiga dengan tajuk “ Medic Dan Shifa’ ”.
Program ini telah diadakan di Dewan Syeikh Sya’rawi. Turut berlangsung, Majlis
Pelancaran “KPIPM CREW” sesi 2012/2013 dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Hanif Bin
Abdullah selaku Yang Dipertua KPIPM dengan upacara menandatangani gimik
perasmian. KPIPM Crew merupakan sebuah krew multimedia yang akan melancarkan
gerak kerja program KPIPM disamping mencungkil kemahiran ahli di dalam bidang
teknikal dan multimedia.
Pada
siri kali ini, PEMANDU telah mengadakan sebuah wacana yang bertajuk Medic Dan
Syifa’. Wacana ini bertujuan, memberi pencerahan kepada ahli tentang perubatan
sains dan ruqyah. Selain itu, ahli juga didedahkan tentang kepentingan
perubatan islam kepada individu khususnya dan kepada masyarakat amnya.
Antara ahli
panel yang mewarnai program tersebut adalah Dr. Muhammad Izzuddun Bin Nadzif, Kuliah
Perubatan Tahun 6, Kasr el-Ainy Medical School, Ustaz Abdul Hadi Bin Jusoh,
Tahun 3 Maahad Qiraat Shoubra dan seorang moderator iaitu Ustaz Muhammad Sufi,
Kuliah Syariah Islamiah Tahun 1.
Seperti
biasa, acara kemuncak bagi Program PEMANDU adalah persembahan sajak kemanusiaan
daripada Usrah Al-Muhazzirun iaitu Mohamad Nor Zafri Bin Mohamad Ayob, Kuliah
Markaz Bahasa Arab, Al-Azhar. Akhir sekali, program diakhiri dengan jamuan
bersempena dengan aqiqah yang dilakukan oleh Ustaz Hafizul Akhbar Bin Abd
Rahman.
Keseluruhan
program kali telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada
semua ahli KPIPM mahupun bukan ahli. Semoga program untuk siri-siri yang akan
datang dapat terus dijalankan dengan jayanya dalam usaha melahirkan tenaga
kerja dan generasi pelapis yang berkredibiliti dan berkemahiran daripada segala
aspek.